Monday, April 20, 2009

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN

S.K SG BEDAUN : 20 Apr, PERTANDINGAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN AKHIR BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN telah berlangsung. Perlawanan yang bermula jam 2.30 petang itu dimulakan dengan perlawanan separuh akhir yang membabitkan pasukan lelaki S.K Pekan Satu. Dalam perlawanan tersebut, pasukan lelaki S.K Pekan Satu berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang pasukan S.K Pantai.

Ini bermakna pasukan bola tampar lelaki dan perempuan S.K Pekan Satu berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Walaupun demikian, dalam perlawanan akhir yang berlangsung kira-kira jam 3 petang berakhir dengan sedikit kehampaan apabila sekadar menjadi naib juara bagi kedua-dua kategori.

Pasukan lelaki S.K Pekan Satu terpaksa tunduk dengan pasukan S.K Pantai manakala pasukan perempuan S.K Pekan Satu tidak dapat membalas kekalahan kepada pasukan S.K Pekan Dua pada peringkat kumpulan sebelum ini apabila tewas dalam perlawanan akhir.

Walaupun saya tidak menyaksikan kemuncak perlawanan-perlawanan tersebut, saya yakin pasukan S.K Pekan Satu telah berjuang sehabis upaya untuk melakukan kejutan pada perlawanan akhir. Tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahi.

Namun demikian, secara keseluruhannya saya mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana telah berjaya mencapai sasaran yang saya tetapkan beberapa hari sebelum pertandingan bermula. Sasaran bagi lelaki adalah separuh akhir, tetapi mereka berjaya membuktikan lebih baik dengan melangkah ke perlawanan akhir. Bagi pasukan perempuan, sasaran awal adalah melayakkan diri ke perlawanan akhir dan ia telah tercapai.

Sebagai jurulatih bola tampar pasukan S.K Pekan Satu bagi tahun ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan jurulatih yang membantu saya mengendalikan latihan pada setiap petang antaranya Cikgu Faisal Hj Moin, Ustaz Ikram, Cikgu Jauleh, Cikgu Faridah Kasim, Cikgu Norlianah serta suami dan semua guru S.K Pekan Satu yang turut memberikan sumbangan kepada kejayaan pasukan. Semoga pada tahun mendatang pasukan S.K Pekan Satu dapat merangkul kejuaraan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Saya sangat yakin mereka dapat membuktikan semangat juara kerana 95% yang ada dalam pasukan terdiri daripada murid darjah empat dan darjah lima.

Tahniah kepada
NORAZWAN, MADWAN, SHADAN, MUHD IZZAT, MOHD AZHAR, RAZMI,
MOHD AMIL, MD.FARIS, MD.AJWAD, NORAZMAN, ROHAIZAT, SYAZRIL
NUR IZZATI, MARLISSA, MARDIYAH, CHERYLN, NAYLI, AMIRAH,
SITI NABILAH, HANISSAH, ZAUFFA RASID

dengan pencapaian sangat membanggakan yang anda pamerkan pada tahun ini.

No comments: