Saturday, April 4, 2009

mtq09 note

24 MAC 2009 ( SELASA )
1. Jam 7.30 Pagi berkumpul di Lapangan Terbang Labuan untuk daftar masuk penerbangan MH2601 ke Kuala Lumpur ( KL). Tiba di KL jam 11.30 pagi.
2. Jam 2.50 penerbangan MH1336 ke Terengganu dan mendarat pada jam 4.00 petang.
3. Jam 4.15 petang menaiki teksi ke Hotel YT Midtown dan tiba di lobi hotel jam 4.30 petang untuk pendaftaran dan daftar masuk serta minum petang.
4. Jam 8.30 malam sesi taklimat bermula
i) Ustaz Ahmad Shuhaimi memberikan ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada para peserta kursus.Beliau minta peserta dapat laksanakan amanah yang diberi untuk melatih murid yang terpilih walaupun bukan murid di sekolah sendiri. Curahkan segala khidmat, ilmu dan kepakaran sepanjang berkursus dengan sebaiknya.
ii) 8.44 malam hingga 8.57 malam sesi memperkenalkan diri
iii) Ahli kursus sebulat suara melantik Cikgu Zainoren Bin Hj Jaik dari Sarawak sebagai Penghulu dan Cikgu Rasenah Bte Mat Yasin dari Putrajaya sebagai penghuluwati.
iv) Ustaz Ahmad Shuhaimi (pegawai pengelola)memperkenalkan penceramah setiap slot.
v) Ustaz Ismail Bin Hashim( Penolong Pengarah BPK) menyampaikan ucapan perasmian pembukaan.
- Beliau memulakan ucapan dengan salam keagamaan dan Surah Yusuf ayat 55.
- Menyatakan tentang jawatan ada dua iaitu jawatan yang dianugerah Allah dan jawatan yang kita harus berusaha mencari. Sebagai jurulatih, kita mesti bertanggungjawab dengan manh yang diberi.
- BPK akan memohon kepada JPA untuk menempatkan pegawai agama di Unit Pendidikan Khas negeri.
- 2 pendapat pemilihan jurulatih kursus ini ialah regular ( kekalkan jurulatih kursus tahun lalu untuk tingkatkan kualiti ) dan multi ( pilih jurulatih baharu supaya berlaku percambahan ilmu ). Beliau akan lihat hasil kursus tahun ini untuk pertimbangan pemilihan jurulatih tahun depan.
- Letakkan di minda ‘Akulah Jurulatih’.
- Dalam pendidikan khas perubahan akan berlaku
- Pesanan kepada kursus, bila pulang ke negeri masing-masing buat kursus jurulatih kepada guru-guru di negeri masing-masing.
- Sepatutnya kursus atau latihan peringkat negeri diadakan pada setiap bulan Februari oleh JPN. Harus diingat, duit JPN beratus ribu. Alasan Ketua Unit tak ambil perhatian tidak diterima. Bincang buat kertas kerja dan panggil penceramah. Pastikan takwim tahunan pendidikan khas negeri diselitkan perkara ini.
- Percayalah sehingga 2014, pendidikan khas tak mungkin dapat penuhi kouta guru agama pendidikan khas. Jurulatih mainkan peranan beri input berguna kepada rakan-rakan guru yang lain dalam pendidikan khas
- Motivasi kepada warga pendidik dalam pendidikan khas,sebelah kaki guru yang terlibat dalam dunia pendidikan khas sebenarnya di syurga dan tinggal sebelah lagi bergantung kepada keikhlasan serta usaha gigih kita. Anak didik kita yang berada di syurga akan memohon kepada Tuhan supaya guru yang pernah memberikan mereka pendidikan terbaik semasa di dunia dahulu.
- Tetapkan niat kerana Allah
- Jangan selalu merasa rendah diri ketika berhadapan dengan orang besar. Pengalaman talk level adalah contoh terbaik. Apabila kita bercerita mengenai ilmu pendidikan khas kepada mereka sebenarnya kita adalah orang yang lebih cerdik daripada mereka kerana mereka tidak tahu apa-apa pun.
- Beliau cabar jurulatih lahirkan lebih ramai hasil.

vi. Ustaz Ahmad Shuhaimi memaklumkan peserta etika pakaian ketika berkursus, tepati jadual dan sila berikan kerjasama yang terbaik. Sesi taklimat berakhir jam 10.18 malam.

25 MAC 2009 ( RABU )
Jam 8.35 pagi bermula. Penghulu minta peserta lelaki duduk di bahagian sebelah kanan dan perempuan bahgian sebelah kiri dewan kuliah.
8.48 Pagi bermula Slot 1 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Merupakan seorang pencipta lagu patriotik
- Gunakan ilmu supaya tidak berkarat
- 3 perbezaan lagu ialah lirik, irama dan cara menyanyi
- Nasyid adalah baiti lagu
- Pilih lagu mudah. Melodi yang sama dan tukar lirik sahaja.
- Perbezaan irama masri dan rentak masri
- Burdah ialah lenggang lenggok atau cara nyanyian
- Jangan paksa budak nyanyi lagu dengan suara yang memekik kuat nanti tone lari
- Definisi lagu ialah irama atau melodi yang dibunyikan
- Kewujudan nasyid melalui pengaruh Arab Parsi seperti burdah, ghazal, hadrah, nazam, marhaban dan berzanji.
- Perkembangan nasyid di atas melahirkan nasyid moden seperti pop, pop kreatif, pop etnik dan kontemporari
- Lagu banyak pattern harus berhati-hati supaya tidak menjadi medley
- Lagu mesti genap ( soal-jawab-soal-jawab-soal-jawab)
- Kesinambungan lagu ( masri-qasidah-masri)
- Nyanyian yang diiringi muzik bertujuan mewujudkan mood
- Bridge ialah jambatan penghubung lagu
- 4 bar berturut-turut dianggap lagu ciplak
- Belajar not suara DO RE ME FA SO LA TI

11.07 pagi bermula Slot 2 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Berlatih menyanyikan lagu bertajuk Cinta Abadi
- Lagu yang disampaikan hendaklah mengikut kesesuaian mesej. Pastikan ada semangat dan eksperesi
- Kalau perempuan, jaga adab yang sesuai
- Kesesuaian julat melodi
- Perbafasan
- Semangat/ riang
- Penceritaan lagu
- Kesesuaian melodi dan pelbagai rentak
- Disiplin lagu dan kreativiti perlu sesuai dengan penyanyi
- Lirik tidak tergantung



2.53 petang bermula Slot 3 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Latihan dalam kumpulan mencipta lagu nasyid moden atau kontemporari untuk persembahan pada slot 4 malam nanti
- 2 persoalan dijawab perbezaan irama dan rentak masri. Irama masri ialah melodi yang ada bunga tarannum manakala rentang masri ialag gendang atau pukulan yang menghasilkan bunyi rentak masri
- Latihan harmoni atau lapisan suara. Suara sembrono, bass. Harmoni dalam satu kod.
- Bahagian suara ada 2 iaitu vocal dan gubahan
- Suara dinilai dari segi muzikal
- Suara yang kuat adalah menyeksa! Jadi ia tak perlu
- Pastikan 5 perkara berikut yang akan dinilai:-
i. Pic, nada, tempo, frasa: Pic ialah kedudukan not, tinggi, rendah, sederhana, bertingkat, bertangga
ii. Kualiti ton : suara kasar, halus, nipis, tebal, kelunakan, karektor
iii. Harmoni : lapisan suara SATB
iv. Eksperesi : Dinamik/penghayatan
v. Sebutan : kejelasan dalam penghasilan suara

8.32 malam bermula Slot 4 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- 5 kumpulan mempersembahkan lagu nasyid masing-masing
- Berhati-hati dengan muzik supaya tidak menjahanamkan lagu
- Keputusan hakim melalui penjurian bersama. Semua hakim tahu siapa yang patut menang
- Jika ingin ilmu yang lebih kena cari sendiri
- Ubah diri sendiri dulu
- Kembangkan bakat sedia ada. Jadikan murid sebagai eksperimen
- Tahu sikit, cari lain dan tahu menghargai
-
26 MAC 2009 ( KHAMIS )
8.07 Pagi bermula Slot 5( TARANNUM ) disampaikan oleh Hj Mazlan Bin Ibrahim
- Bacalah Al Quran itu setartilnya yakni dengan betul dan bacaan merdu disukai Allah
- Balat boleh dipupuk
- Kita boleh meniru sesuatu
- Suara boleh digubah
- Mahattah pendek hasilkan harakat pendek yang cantik
- Kecantikan suara dan tingkatan suara harus difahami sebelum berlatih
- Kedudukan suara:-
i. Suara dalam rongga otak
ii. Suara dalam rongga hidung
iii. Suara halkum
iv. Suara yang keluar dari dada
- Suara mesti ada pembahagian supaya bila lama mengaji suara tak cepat serak
- Bentuk, perhati ,tiru
- Setiap gerigi suara dipanggil burdah
- 2 jenis burdah ialah asli(lembut) dan sinaie( keras dan jarang)
- Beberapa pokok Taranum ialah bayati, sabah, hijaz, nahwan, ras, siqah
- Fahami konsep :
Gabungan burdah = 1 qitaah
Gabungan qitaah = 1 mahattah
Gabungan mahattah = 1 harakat
Gabungan harakat = 1 tarannum
- Azan mengandungi tarannum terkenal iaitu husaini(Bilal Bin Rabah) dan hijaz(mekah,madinah)
- Curi nafas haram dalam membaca Al Quran. Sila berhenti di waqaf tertentu seperti hasan
- Tarik nafas dari hidung, simpan dan tahan dalam perut dan keluarkan suara banyak manakala angin dari perut sedikit demi sedikit supaya nafas panjang.
- Belajar tarannum bayati
2.12 Petang bermula Slot 6 ( TARANNUM ) disampaikan oleh Hj Mazlan Bin Ibrahim
- Belajar tarannum hijaz dan tarannum nahwan
- Belajar tarannum penutup iaitu bayati husaini
- Latihan praktikal semua tarannum
- Mendengar contoh tarannum yang disampaikan beliau sendiri

8.49 Malam bermula Slot 7 ( BERCERITA KISAH DARI AL QURAN ) disampaikan oleh Ustazah Roziana Bte Hj Tahir
- Kita perlu merasa hebat dan yakin dengan diri sendiri serta merasa amat diperlukan
- Sisipan dalam cerita seperti sajak, nasyid, syair dan props yang bersesuaian
- Letakkan diri kita dalam diri murid
- Mudahkan ayat atau skrip, rima
- Kalau ada perkara yang kita tidak inginkan terjadi ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
- Bezakan bercerita dengan syarahan dan ingat kedudukan penonton kanan, depan, kiri
- Jadikan diri kita orang yang jarang menolak tanggungjawab dan pastikan saya menurut perintah
- Kerjaya guru bukanlah lubuk duit yang banyak tapi tempat menabur bakti
- Rakamkan aksi murid supaya dia boleh perbaiki kelemahan diri
- Ingat nada bercerita, fahamkan dahulu murid jalan cerita
- Dialog nabi jangan buat. Hanya dalam bentuk kenyataan ayat pendek saja
- Tak perlu aksi keterlaluan supaya cerita menjadi lebih dramatik
27 MAC 2009 ( JUMAAT )
8.13 Pagi bermula Slot 8 ( BERCERITA KISAH DARI AL QURAN ) disampaikan oleh Ustazah Roziana Bte Hj Tahir
- Sumber kekuatan yang ideal adalah melalui membaca
- Sebagai cikgu beliau merasakan seperti tidak berpakaian jika tidak memakai tanda nama. Beliau sanggup pulang ke rumah jika tanda nama tertinggal.
- Penyediaan isi cerita, rujuklah dalam 10 buah buku
- Isi, pengajaran, ehwal semasa dan sumber akan mencantikkan skrip
- Hidupkan suasana cerita
- Ikut keupayaan murid
- Jangan biarkan sisipan selingan memakan masa
- Hati-hati dengan cerita israiliat(keterlaluan/memburukkan nabi)
- Lagu ikut rentak cerita, lagu nasyid sahaja, hal ehwal semasa yang spesifik
- Jika murid mudah, mudahlah kerja guru
- Setiap perkara yang susah tetapi selalu dilakukan akan menjadi mudah
- Mengharap murid kita baik, bukan menganggap mereka baik
- Kalau UPSR rendah, salahkan guru sendiri
- 9.28 pagi latihan dalam kumpulan membuat isi dan skrip bercerita
- Pastikan buku peraturan pertandingan adalah yang terkini bukan yang terkuno
- Pembentangan hasil kerja setiap kumpulan







11.15 pagi bermula Majlis Penutupan Kursus
- Ucapan pengerusi majlis, doa dan Tarannum Al Quran daripada wakil peserta
- Ucapan Penghulu
i. Tahniah kepada penganjur kerana objektif berjaya
ii. Cadangkan buat kursus ke luar Negara bagi guru atau murid supaya pendidikan khas di Malaysia melangkah ke arah transformasi yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa
iii. Beliau memberi contoh kejayaan Pendidikan Khas Sarawak yang akan membawa murid ke Australia pada bulan September ini
iv. Murid boleh dibentuk
v. Kepentingan sosialisasi dan anjakan paradigma
- Ucapan Ustaz Ahmad Shuhaimi
i. BPK sentiasa memikirkan kaedah terbaik mencemerlangkan kualiti kursus
ii. Kurangkan kontroversi dan ikut peraturan
iii. Kad OKU mestilah original semasa pertandingan. Salinan tidak dilayan. Kad OKU akan disemak pegawai SPEK negeri penganjur
iv. Beliau berharap segala ilmu dapat dimanfaatkan sepenuhnya
- Ustaz Ismail Bin Hashim( Penolong Pengarah BPK) menyampaikan ucapan perasmian penutupan
i. 3 perkara yang perlu difikirkan warga pendidik pendidikan khas iaitu ke mana hala tuju murid pendidikan khas yang lebih 11 ribu orang ini dalam agama, ke mana pasaran kerja yang boleh disalurkan bagi murid ini dan kedudukan guru-guru agama pendidikan khas dari segi kenaikan pangkat
ii. Beliau memuji peserta kursus yang boleh bertarannum maknanya kursus kali ini menampakkan peningkatan dari segi kualiti
iii. Beliau merancang menghantar 15 orang yang terpilih dari kalangan peserta kursus ini untuk berkursus selama 2 bulan di ILIM atau Darul Quran. Gaji penuh jalan dan semua kos ditanggung. Tunggu surat siapa yang layak.
iv. Nasihat beliau kepada warga pendidik jangan jadikan pendidikan khas sebagai tempat melarikan diri dari bebanan tugas
v. Budak pendidikan khas sekarang bukan lagi pembeban tetapi sebagai pelengkap masyarakat
vi. Jalankan amanah, jangan jadi dajal
vii. Terima tanggungjawab sebagai amanah
viii. Sampaikan maklumat di negeri masing-masing
ix. Selamat berjumpa lagi pada Majlis TIlawah Al Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2009 pada 22 hingga 25 jun 2009 di uum kedah.
12.29 Tengahari majlis bersurai. 2.00 petang bertolak pulang dan tiba di Labuan tepat jam 9.15 Malam.

1 comment:

PPKI SMK JELAI (FELDA) said...

assalamualaikum cikgu...harap dapat berkongsi lagi tentang bercerita kisah nabi ni..selamat berjumpa kembali di MTAQ pend khas di uum sintok