Monday, November 8, 2010

Semua yang mengenaliku dijemput datang

ke Majlis Perkahwinan adik perempuan saya Noorelmaswatty pada 13 Nov 2010 ( Sabtu ) di Kg Kota Klias ( rumah warna biru paling dekat dengan jambatan Pandiki berdekatan SMK Kota Klias )

Warna warnikan hidup anda

Kegembiraan adalah milik semua.

Tuesday, August 24, 2010

Mensyukuri nikmat Ramadan

dikesali kesilapan tak bermakna hanyut lemas dalam kekecewaan..
tiada istilah kegagalan dalam perjuangan..
semangat menang terus membara..

Monday, May 24, 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SKPS

Saya dan Rizal mendapat naib Johan bergu lelaki kategori losser.

Wednesday, May 19, 2010

BADMINTON ALL ENGLAND PIBG SK PEKAN 1


21 May 2010 jam 8.00 malam, Kejohanan Badminton All England PIBG SK Pekan Satu W.P Labuan akan dilangsungkan di Dewan Badminton sekolah. Saya menyertai pertandingan ini dalam acara bergu. Bergandingan dengan Unit ICT sekolah iatu En Rizal, saya meramalkan kombinasi ini akan melakukan satu kejutan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir. Mendapat undian sukar dipusingan awal, kami akan menentang bergu meningkat naik dan pilihan ketiga kejohanan iaitu Cikgu Pica dan Cikgu Rajus. Andai kami berjaya mengatasi mereka, tugas lebih getir menanti di suku akhir di mana kami terpaksa berdepan Ustaz Azmee - Ustaz Rafaie (pilihan utama kejohanan) atau Cikgu Hashim-En Ngian(Pilihan kedua). Apa-apapun, sama-sama kita saksikan kejohanan berprestij ini. Jangan lupa siaran ulangan di Youtube.

Tuesday, May 18, 2010

17 May Hari Isnin aku CRK

aku mendapat tahu adik perempuanku kemalangan motorsikal di sipitang, patah kaki n dikejarkan ke Q.E Hospital..hari yang sama isteriku disengat penyengat di rumah kota marudu. Bengkak di telinga menyebabkan beliau demam dan dimasukkan ke wad..tpaksa ditambah darah. aku terlewat sampai di menumbok untuk mengejar feri. Yang ada hanya bot laju tapi harganya boleh mencecah RM20 hingga RM400. aku bermalam di homestay menumbok dengan bayaran RM20..tp 1 jam lepas tu aku nekad tidur di kereta kerana pintu bilik selalu dibuka orang dan keadaan tilam yang tidak selesa serta banyak nyamuk. Tidu di kereta oh sangat indah. selamat..nyenyak sekali walaupun sekali sekala nyamuk mengacau di telinga. jam 6.30pagi aku naik bot laju..RM15 saja tambang kalau waktu pagi..tapi malangnya enjin bot rosak ketika bot betul2 di hadapan Waterfront..terapung2lah kami selama stgh jam lebih sebelum ditarik oleh bot yang lain..smpi di terminal aku meluru ke parking motor..aarggh motor lagi tak mau hidup..tpaksala menyorong ke workshop..jadi aku lewat sampai sekolah hari ni..jam 7.50 pg akhirnya aku menjejakkan kaki ke sekolah tercinta..

Hari Ahad lepas..16May Hari guru

aku jalan2 d sinsuran kota kinabalu kira2 jam 10 pg. Tapi aku mengalami kejutan di jantung kerana terlanggar dengan seorang lelaki seperti ketakutan untuk melarikan diri daripada ancaman. Bila aku memandang ke hadapan, seorang pemuda memegang parang lebih kurang 1.5 meter di hadapanku. Well..tiada apa2 yang berlaku..mungkin pemuda itu bukan mengamuk membabi buta hanya sanya fokus melunaskan dendam dengan orang yang berlari tadi. Tamat.

China Juara Piala Thomas

Malaysia perlu pemain muda berbakat yang lebih ramai

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas 2010..Malaysia-China 50-50

Selepas mengharungi lima jam yang amat mencemaskan, Muhammad Hafiz Hashim akhirnya muncul wira membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Denmark di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Selepas suasana suram menyelubungi skuad badminton negara ekoran kekalahan 2-3 kepada Jepun di peringkat kumpulan kelmarin, Hafiz mengetuai kebangkitan Malaysia dengan menumpaskan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Kemenangan ini menghidupkan kembali harapan untuk menamatkan kemarau 18 tahun, biarpun lawan yang bakal ditentang Malaysia adalah juara tujuh kali dan pilihan utama, China, yang hadir dengan misi mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0, namun keadaan bertukar menjadi amat tegang selepas Wong Choong Hann dan beregu serpihan, Zakry Latif-Hoon Thien How membenarkan Denmark menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika Hafiz turun ke gelanggang, ribuan penyokong Malaysia di stadium masih dibayangi igauan ngeri ketika bertemu Jepun kelmarin, apabila dia gagal memberi mata kemenangan ketika berdepan Shoji Sato hingga menyebabkan kita tunduk 2-3.

Begitupun, juara All England 2003 itu memastikan kekalahan tersebut tidak mengganggu tumpuannya apabila tenang menjinakkan Persson hanya dalam masa 31 minit

Meskipun China tampak terlalu mantap ketika ini, namun jika semangat 1992 mampu diserap, tidak mustahil negara tembok besar itu mampu ditumbangkan.

Kali terakhir kita menjulang Piala Thomas 18 tahun lalu, jalan ceritanya hampir sama, Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan di peringkat kumpulan, tetapi bangkit menumbangkan China 3-2 di separuh akhir, sebelum menumpaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir.

Semalam, Chong Wei memulakan langkah kanan Malaysia dengan menundukkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 untuk melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh veteran Denmark itu kepada 9-1.

Kien Keat-Boon Heong mempamer aksi mantap ketika mengutip mata kedua negara dengan menumpaskan naib juara All England, Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19.

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas 2010 mungkin bukan milik Malaysia

Malam tadi saya menyaksikan perlawanan badminton Piala Thomas peringkat kumpulan membabitkan Malaysia menentang Jepun di tv. Umum mengetahui kita kalah 3-2 kepada Jepun walaupun sudah mendahului 2-0 melalui Lee Chong Wei dan bergu Koo Ken Keat-Tan Boon Heong. Mengulas lebih dalam perlawanan malam tadi saya rasakan pasukan kita masih belum bersedia untuk menjadi jaguh sebenar badminton dunia secara berpasukan. Kurangnya semangat juang melawan seperti semangat pasukan Jepun amat meresahkan saya. Bermain di negara sendiri seharusnya memberi kelebihan moral kepada pemain tetapi malangnya mereka tenggelam dalam tekanan dan cemuhan penonton. Salah siapa? Walaupun layak ke suku akhir, pasukan negara akan bertemu lawan yang lebih kuat hari ini iaitu Denmark sebagai jaguh Eropah. Mungkin semangat juang Denmark yang mungkin kurang sedikit berbanding Jepun boleh dijadikan asas kebangkitan Malaysia. Lupakan kekalahan malam tadi. Jurulatih seharusnya menurunkan pemain muda yang lebih bertenaga. Mungkin perubahan taktikal harus dilakukan seperti menurunkan Lee Chong Wei sebagai perseorangan kedua. Apa-apapun jika Malaysia berjaya malam ini, dan bertemu China di separuh akhir, secara meritnya China lebih layak ke final dengan kelebihan 51%. Bukan niat saya menidakkan kemampuan Malaysia, tetapi mungkin pandangan saya akan berubah setelah melihat prestasi Malaysia malam ini bertemu Denmark. Ramalan saya....Malaysia 3 Denmark 2

Tuesday, May 11, 2010

Gambar kami


































Kembali menulis blog

Salam semua..
Alhamdulillah saya kembali ke sekolah setelah bercuti seminggu. Syukur saya panjatkan kepada Allah di atas anugerahnya menghadiahkan kami cahaya mata pada jam 2.23 pagi 1 May 2010 di Hospital Kota Marudu Sabah. Sejarah tercipta dengan lahirnya insan bernama Muhammad Iman Ramadan Bin Mohd Hisyammieddy. Secara rasminya saya sekarang bergelar bapa.. Hari ini, anak kami dengan panggilan nama mesranya Iman akan discaj(keluar dari hospital) setelah berkampung di wad hampir 2 minggu. Tahniah kepada isteriku yang tercinta anne @ Marni kerana bekerja keras setiap masa agar anak kami cepat sembuh dan sihat.
:)

Thursday, April 22, 2010

Mynotes

Definisi Masa:
Masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti (Yusof Ismail, 1991).

A definite moment, hour, day or year as indicated or fixed period by a clock or calendar during which something exists or continues.

Definisi Jadual Waktu
A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur
(Cambridge International Dictionary of English – 1995)

Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.

JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
-Mematuhi kursus pengajian KBSR/KBSM
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid

Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu
1 Faktor Undang-Undang
Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]

2 Surat Pekeliling Ikhtisas:
- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/90
Sukatan Pelajaran & Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSM bagi sekolah menengaha atas mulai 1992

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/94
Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSR bagi seminggu dan Jadual Pelaksanaan matapelajaran KBSR

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)
Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:
1 Semua mata pelajaran yang diajar
2 Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTUPerkara 6 (2)
Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:
• Salinan sukatan pelajaran yang diajar
• Senarai murid di bawah tanggungjawabnya

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 10
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
- suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
- satu jadual waktu yang diluluskan

Jika tidak, dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda:
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)
• Seorang Pengetua, Guru Besar atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan kesalahan
• Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981: Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru

Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P & P SEMINGGU AKTA PEND. 1996 P.U.(A).531 –Berkuatkuasa 1 Januari 1998
• Menengah Rendah 1640 minit
• Menengah Atas (Sains) 1640 minit
• Menengah Atas (Sastera) 1560 minit

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P&P SEMINGGU – AKTA PEND. 1996
• Sekolah Keb. (Tahap 1) 1350 minit

• Sekolah Keb. (Tahap 2) 1440 minit

• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 1) 1350 minit

• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 2) 1440 minit

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
• Mengandungi
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran harian
• Objektif:
- Bagaimana cara untuk mencapai objektif
- Sejauh mana objektif itu tercapai

FAKTOR-FAKTOR FIZIKAL
1 Jumlah Enrolmen Murid
2 Jumlah Staf Akademik dan Opsyen & Bilangan K/tangan
3 Jumlah Bangunan, Bilik Darjah, Makmal, Bilik Khas, dll.
4 Jumlah Peralatan dll yang berbentuk fizikal (padang) dan prasarana sukan & permainan
5 Jarak antara bangunan

AGIHAN TUGAS MENGAJAR
• 5 waktu seminggu - Guru Besar / Pengetua
• 12 waktu seminggu GPK
• 18 waktu seminggu GKMP/ Guru Perpustakaan/Media, S/U Sukan, Guru Pemulihan & Penyelaras Pendidikan Khas
• Mematuhi peruntukan jumlah waktu mengajar minimum (Guru Penolong)
• Mengikut opsyen
• Seimbang dalam tugas akademik dan kokurikulum
• Mengikut kelulusan akademik
• Mengikut kebolehan & minat
• Mengikut pengalaman
• Mengikut keperluan sekolah

FAKTOR PSIKOLOGI
• Faktor yang mempengaruhi:
- minat
- sikap
- motivasi
- harapan dan jangkaan
- masa

JENIS JADUAL WAKTU

1 Jadual Waktu Besar /Induk
2 Jadual Waktu Peribadi
3 Jadual Waktu Kelas
4 Jadual Waktu Makmal
5 Jadual Waktu Ganti
5 Jadual Waktu Bilik Khas (Bilik Komputer, Bilik Masak, Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dll)
6 Jadual Waktu Padang
7 Jadual Waktu Kokurikulum

JADUAL WAKTU INDUK
•Menunjukkan perjalanan aktiviti kurikulum sebuah sekolah dari waktu bermula hingga akhir tiap-tiap hari persekolahan
•Mengandungi maklumat semua kelas, mata pelajaran dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
•Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua/GB dan dipamirkan di pejabat

JADUAL WAKTU PERIBADI
• Mengandungi maklumat semua kelas dan mata pelajaran yang di ajar oleh seorang guru tertentu
• Di lulus dan ditandatangani oleh guru berkenaan dan Pengetua / Guru Besar
• Disalin dalam Buku Rekod Mengajar guru
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU KELAS
• Mengandungi maklumat mata pelajaran dan guru yang mengajar bagi sebuah kelas tertentu
• Dilulus dan ditandatangani oleh guru kelas dan Pengetua / Guru Besar
• Dipamir disetiap kelas pada papan kenyataan
• Disalin oleh guru kelas - Buku Rekod Mengajar
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU BILIK KHAS
• Mengandungi maklumat kelas, masa dan guru yang menggunakan bilik tersebut
• Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
• Dipamir pada papan kenyataan bilik khas
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU GANTI
• Tujuan – untuk mengawal murid apabila guru tidak hadir
• Mengandungi maklumat mengenai kelas, mata pelajaran, masa dan nama guru yang ganti guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
• Di lulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar atau GPK
• Dipamir pada papan kenyataan di bilik guru
• Rekod disimpan oleh GPK

JADUAL WAKTU CANTUMAN
Jadual Waktu yang terdapat di sekolah-sekolah rendah bagi menampung kekurangan guru, murid dan bilik darjah

JADUAL WAKTU ANJAL
• Surat Pekeliling Ikhtisas 10 / 1995 (30/10/95) – Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sek Rendah & Menengah
• Kesan kepada Prestasi P&P
• Isu beg berat sekolah murid-murid
• Menghadkan 5 mata pelajaran
• Satu pusingan dalam 2 minggu

JADUAL WAKTU ANJAL-CABARAN
• Change – Painful & Controversial
• Challenge – Making the transition
• Building support for change
• Planning time needed (minimum 2 yrs. Planning before implementation)
• Need for adequate staff development before implementation Need for adequate staff development
• Equip teachers with strategies and skills to teach successfully in large blocks of time
• Training in cooperative learning
• Class building and team formation
• Planning lessons in 3 parts – explanation, application and synthesis (PPP- Present Practice & Produce)

Tuesday, April 20, 2010

Pertarungan sotong dan manusia..bukan tajuk sebenar

WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.

Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut.

Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719).

Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.

Huang kemudian kembali 'mengejar' sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing.

Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut.

Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di laman YouTube di Internet. - Agensi

Saturday, April 17, 2010

Bilik Program Khas Penglihatan PPKI SK Pekan Satu

well..

tetap sokong Man City..

oh kecewanya..

gol pada masa tambahan separuh masa kedua oleh Paul Scholes memusnahkan impian Manchester City untuk sekurang-kurangnya seri..well..inilah bola sepak..its so emotional..tahniah kepada Manchester United yang sangat bernasib baik pada kali ni..

Tuesday, April 13, 2010

JADUAL WAKTU BAHARU

Tunggu giliran kamu

LONDON - 'Awas Manchester United, tunggu giliran kamu'.

Demikian amaran pengurus Manchester City, Roberto Mancini yang tidak sabar berdepan United pada pertemuan dua jiran setempat Manchester itu Sabtu ini.

Selepas menyaksikan City membelasah Birmingham 5-1 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin, Mancini pastinya berharap anak buahnya mampu mengulangi aksi cemerlang tersebut ke atas musuh setempat, United.

"Jika kami meneruskan aksi seperti hari ini (kelmarin) dan juga ke atas Burnley, maka kami memiliki peluang cerah untuk menduduki tempat keempat," kata Mancini.

"Kami akan turun pada pertemuan penting dengan berdepan sebuah pasukan yang hebat, tetapi bagus juga kami mempunyai masa selama seminggu sebagai persiapan kerana pemain saya menggunakan banyak tenaga hari ini.

"Kami perlu menghormati United dan sudah tentu kami juga mahu memenangi perlawanan itu, tetapi kami kena fikir tentang kedudukan kami dalam liga, bukan tentang United. Semuanya adalah mengenai kami."

Mancini juga memuji aksi hebat dua bintangnya, Carlos Tevez dan Emmanuel Adebayor yang masing-masing meledakkan dua gol dan satu lagi dijaringkan oleh Nedum Onuoha.

"Carlos dan Emmanuel adalah dua penyerang luar biasa dan jika mereka terus bermain seperti ini, peluang kami memenangi tempat keempat semakin cerah," katanya.

"Mustahil kami akan terus menjaringkan tiga atau empat gol pada pertemuan selepas ini. Kami akan cuba, tetapi kalau menang 1-0 pun saya sudah cukup gembira."

City kini enam mata selesa mengatasi Liverpool di tangga keempat dan dengan empat lagi baki saingan musim ini, pencabar utama kepada mereka adalah Tottenham Hotspur. - Agensi

Monday, April 12, 2010

corak permainan yang menghiburkan

Manchester City di landasan yang betul memburu tiket liga juara-juara Eropah. Minggu lepas membelasah Burnley 6-1. Malam tadi membelasah Birmingham 5-1..Apakah minggu depan Manchester City berupaya membalas dendam keangkuhan Manchester United? sama-sama kita nantikan aksi mereka tentunya di ESPN

Wednesday, April 7, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA TKRS 2010

Dewan Terbuka SK Pekan Satu, 7 April - Perjumpaan Unit Beruniform Ko Kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah telah dilangsungkan bermula 1.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Antara pengisian perjumpaan ialah perlantikan Sarjan dan Koperal serta Lans Koperal bagi lima platun yang ditubuhkan.