Thursday, October 23, 2008

TETAP SOKONG PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA!!!

Beberapa jam lagi pasukan negara akan turun menentang Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Pestabola Merdeka edisi ke 40. Tampak sekali usaha mempertahankan mahkota piala ini begitu sukar dijelmakan seandainya kelibat penyokong lawan lebih puluhan ribu berbanding puluhan orang penyokong tuan rumah sendiri. Sedih bangat seandainya rakyat Malaysia tidak menunjukkan sokongan sewajarnya terhadap pasukan negara sendiri. Walaupun prestasi pasukan negara sering dimaki, kejayaan membelasah pasukan sama status seharusnya membuka mata kita. KEHADIRAN ramai peminat bola sepak Myanmar di Pestabola
Merdeka kini mula menerbitkan rasa gerun buat B Sathianathan yang kian gelisah andai bilangan penyokong lawan melebihi penyokong tempatan menjelang saingan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Justeru, jurulatih skuad negara itu amat berharap suasana seperti pertemuan dengan Chelsea pada Julai lalu tidak berulang, di mana sebahagian besar peminat tempatan lebih banyak memberi sokongan kepada kelab Inggeris itu berbanding pasukan negara sendiri. Bagi Sathia, inilah masanya buat peminat tempatan mengalihkan semula sokongan terhadap skuad kebangsaan yang dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi, tahun lalu. Rakyat Myanmar yang bekerja di Lembah Klang amat mengharapkan pasukan negara asal mereka akan mengalahkan Malaysia pada perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Adam Robert, rakyat Myanmar yang bertugas sebagai pengurus dengan sebuah syarikat pembekal perabot terkenal di sini, berkata negara asalnya itu mampu mengalahkan Malaysia, walaupun menghadapi beberapa masalah."Kami mendapat tahu Yan Paing tidak akan bermain kerana cedera, tapi kami ada penyerang lain, yang mampu menjaringkan gol atau memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan Malaysia," kata Robert, yang fasih berbahasa Inggeris kepada Bernama hari ini.Apa yang berlaku tahun lepas tidak akan mempengaruhi kejohanan kali ini, katanya merujuk kepada kekalahan 1-3 negara itu di tangan Malaysia pada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka tahun lepas.Keyakinan Robert itu dikongsi kebanyakan rakyat Myanmar di sini."Bagi Myanmar, perlawanan separuh akhir ini merupakan perlawanan membalas dendam. Pada perlawanan akhir tahun lepas, kami lebih kuat, tapi pemain kami kalah kepada tekanan."Mungkin itu salah kami kerana beberapa pemain kami bermain secara kasar," kata Ming Aung, penyelia sebuah kilang di Kuang, Sungai Buloh dekat sini.Ming Aung, yang belum pernah terlepas menonton perlawanan Myanmar di sini, berkata beliau dan penyokong pasukan itu menghormati pasukan tuan rumah, tetapi berharap semangat dan keazaman pemain Myanmar menjadi senjata penting untuk mencapai kemenangan.Seorang lagi penyokong Myanmar Than Than mengaku bahawa pemain Malaysia mengatasi pemain negaranya daripada segi kemahiran dan kemampuan mengawal emosi."Tapi, kami mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya.Bagaimanapun, rakyat Myanmar ini turut memperkecilkan pasukan tuan rumah dengan mengatakan Malaysia hanya mampu mengalahkan pasukan lemah pada pusingan awal.Dalam perlawanan kumpulan sebelum ini, Malaysia membelasah Afghanistan 6-0, Sierra Leone (4-0) dan Nepal (4-0).Sebenarnya, prestasi Myanmar sendiri tidaklah begitu membanggakan apabila mereka kalah 1-3 kepada Vietnam, terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat mengalahkan Bangladesh 1-0 dan hanya mampu mengetepikan Mozambique 3-2.Untuk rekod, Malaysia menjuarai kejohanan ini pada 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1, manakala negara itu menjadi juara pada 2006 apabila mengalahkan Indonesia 2-1.Beratus-ratus pendatang Myanmar di Lembah Klang dijangka berada di stadium berkenaan esok bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka.Perlawanan peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok akan menyaksikan pertemuan antara Vietnam dan Sierra Leone pada 5.45 petang, diikuti Malaysia-Myanmar pada 8.45 malam.

Tuesday, October 7, 2008

PENDIDIKAN PALING UTAMA

Malaysia tidak akan mengurangkan peruntukan kewangan dan bantuan sokongan untuk bidang pendidikan walau apa juga keadaan ekonomi negara dan global, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ketika memberikan jaminan itu, beliau berkata bantuan pendidikan tidak pernah dikurangkan, malah ditambah dalam Bajet 2009 dan Kajian Separuh Penggal kerana Malaysia komited untuk melahirkan modal insan yang dapat bersaing di dunia. Hishammuddin, yang berada di sini bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), berkata badan antarabangsa itu sudah menyatakan kebimbangan mengenai kesan krisis kewangan global terhadap pelaksanaan program dan agenda badan itu seperti pendidikan untuk semua. “Dalam apa jua keadaan ekonomi negara dan dunia, Malaysia dari dulu lagi dasar kita terus dipertahankan di mana peruntukan dan bantuan sokongan terhadap pendidikan dan memberi akses pendidikan kepada semua tidak kira lokasi dan aliran sekolah,” katanya di sini. Hishammuddin berkata beliau akan menyatakan pendirian dan berkongsi pengalaman sistem pendidikan negara ketika gilirannya berucap pada mesyuarat lembaga eksekutif Unesco, esok. Beliau berkata adalah penting untuk Malaysia terbabit secara aktif dalam Unesco melalui keanggotaan dalam lembaga eksekutif badan itu.
Hishammuddin dipilih menjadi anggota lembaga eksekutif Unesco dengan undian tertinggi, sebanyak 147 dalam kumpulan negara Asia Pasifik semasa persidangan tahunan ke-34 pada Oktober tahun lalu. Lembaga 58 anggota itu bertemu dua kali setahun bagi menilai program kerja dan menganggarkan perbelanjaan kewangan bagi pertubuhan itu. Unesco mempunyai 193 anggota. Katanya penyertaan di dalam Unesco akan membolehkan Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan negara lain dan menurutnya sistem pendidikan Malaysia telah mencapai tahap yang membanggakan dan menepati standard pendidikan terbaik dunia.
“Banyak lagi kita kena buat itu benar tetapi kita tidak jauh dari apa yang telah ada di negara-negara di dunia dalam konteks pendidikan,” katanya. Beliau juga berkata program sekolah bestari Malaysia sedang dinilai oleh Arab Saudi

Monday, October 6, 2008

KEMBALI KE SEKOLAH..


Golongan guru di negara ini mungkin menyambut Hari Guru sebanyak dua kali dalam setahun, berikutan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov.Bagaimanapun persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara ini masih berbincang sama ada untuk menyambut Hari Guru sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.Sambutan Hari Guru di negara ini disambut pada 16 Mei setiap tahun."Tarikh sambutan Hari Guru Sedunia telah diisytihar oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB baru-baru ini," katanya di sini pada Isnin.Beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan dan dunia."Kedua-duanya tetap sama iaitu untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik," katanya.