Thursday, December 3, 2009

PERMULAAN YANG MANTAP

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan tampil garang pada aksi sulung dalam acara bola sepak Sukan SEA 2009 apabila membelasah Timor Leste 11-0 di Stadium Nasional Laos di Vientiane petang semalam.

Nyata penundaan 24 jam penerbangan skuad negara ke Laos tidak menjejaskan rentak anak-anak buah K. Rajagobal itu, malah mereka mungkin mahu melepaskan geram dengan Timor Leste menjadi mangsa pertama mereka.

Malaysia selesa mendahului 6-0 pada separuh masa pertama sebelum menambah lima lagi gol pada babak kedua.

Ahmad Fakri Saarani menjaringkan hatrik, Norshahrul Idlan Talaha meledak dua gol manakala Baddrol Bakhtiar, Zaquan Adha Radzak, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Radzak, Amirulhadi Zainal dan Amar Rohidan masing-masing menyumbang satu gol.

Norshahrul membuka tirai jaringan seawal minit ketiga sebelum Baddrol merembat gol kedua pada minit ke-11 diikuti jaringan Zaquan pada minit ke-14.

Safiq menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-28 dan Malaysia menambah dua lagi gol sebelum waktu rehat menerusi jaringan kedua peribadi Norshahrul (30) dan Fakri (42).

Sebaik babak kedua bermula, Aidil tampil menjaringkan gol ketujuh Malaysia pada minit ke-57 sebelum Fakri melengkapkan hatriknya menerusi dua jaringan berturut pada minit ke-70 dan 77.
Baki dua gol Malaysia dijaringkan dua pemain gantian, Amirulhadi pada minit ke-80 dan Amar pada minit ke-90.

Malaysia selepas ini akan berdepan ujian sebenar menentang Vietnam pada perlawanan kedua Ahad ini.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan Kumpulan A semalam, juara bertahan Thailand sekadar seri 1-1 dengan Vietnam.

Thailand mendahului pada minit ke-70 menerusi Kirati Keawsombut sebelum Vietnam menyamakan kedudukan pada minit ke-89 hasil jaringan Nguyen Quy Suu.

Jumaat ini, Thailand akan bertemu Kemboja manakala Vietnam bertemu Timor Leste sementara Malaysia diberi rehat.

MALAYSIA: 1-Farizal Marlias, 6-Nasriq Baharom, 7-Aidil Zafuan Radzak (c), 24-Muslim Ahmad, 2-Sabre Mat Abu, 13-Ahmad Fakri Saarani, 10-Safiq Rahim (12-Amar Rohidan), 15-K.Gurusamy, 23-Baddrol Bakhtiar (16-S.Kunanlan), 9-Norshahrul Idlan Talaha (21-Amirulhadi Zainal), 8-Zaquan Adha Radzak.

Friday, November 27, 2009

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

TAWAU: Seramai 1,001 penghidap HIV dan 366 pesakit Aids dikesan di Sabah di antara tahun 1991 sehingga Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Majlis Penasihat Wanita Dr. Maria Suleiman berkata, dari jumlah tersebut, 150 daripadanya telah pun meninggal dunia.

Bagi daerah Tawau pula katanya, kes terkumpul pesakit HIV/Aids yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan bagi tempoh yang sama ialah seramai 172 orang, termasuk 21 pesakit yang dikesan pada tahun ini.

Sembilan daripada jelasnya meninggal dunia pada tahun ini.

Hubungan seks katanya dikesan menjadi antara punca merebaknya penyakit itu dan kadar jangkitan HIV/Aids di daerah ini ialah 5.54 orang bagi setiap 100 ribu penduduk.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Linah Bagu, pada Program Penutupan Bengkel Wanita: Penyakit Kelamin dan HIV/Aids yang diadakan di salah sebuah hotel, di bandar ini kelmarin.

Bengkel anjuran Jawatankuasa Kesihatan, Majlis Penasihat Wanita dan Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia itu telah berlangsung selama tiga hari, bermula 23 November lalu.

Dalam pada itu, Dr. Maria mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan langkah berhati-hati serta melakukan amalan hidup secara sihat.

Tambahnya, masyarakat juga perlu menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong risiko penyakit berkenaan seperti seks rambang atau berkongsi jarum suntikan.

Pasangan yang sudah berkahwin pula katanya haruslah setia pada pasangan manakala yang belum berkahwin perlu menjauhkan diri dari pelakuan seks bebas.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Aids/STD, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Norzehan Mohd Asri.

Beliau merupakan salah seorang penceramah di dalam program terbabit.

Lebih 50 peserta terdiri daripada golongan surirumah, kakitangan awam dan swasta serta pekerja berisiko tinggi, mengikuti bengkel berkenaan.

Sunday, November 22, 2009

Pendidikan untuk semua

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati, tiga hingga empat peratus kanak-kanak di negara ini tidak mendapat pendidikan formal di sekolah.

Wakil Unicef ke Malaysia, Yousouff Oomar berkata, pihaknya tidak mengetahui punca kanak-kanak berkenaan tidak mendapat hak untuk menikmati alam persekolahan.

Pada masa sama, pihaknya juga tidak pasti golongan atau kaum mana yang paling banyak menghadapi masalah tersebut.

"Apa yang saya fikirkan, tiga hingga empat peratus ini mungkin daripada golongan Orang Asli atau penduduk di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan asas.

"Kanak-kanak yang tiada status kerakyatan juga menghadapi masalah sama kerana sukar untuk mendapatkan surat beranak dan mendaftarkan diri di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri forum sempena ulang tahun ke-20 Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang dirasmikan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di sini hari ini.

Aktivis masyarakat, Datin Paduka Marina Mahathir; Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kesavan dan Yousouff menjadi penceramah pada majlis tersebut.

Malaysia mempunyai kira-kira 40 peratus kanak-kanak daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Yousouff menambah, pihaknya sedang mengenal pasti punca-punca keciciran kanak-kanak terbabit dan bekerjasama dengan Majlis Peguam bagi membanteras masalah berkaitan.

Dalam pada itu, Marina berkata, Kementerian Pelajaran harus memberi fokus kepada usaha memberi hak pendidikan sama rata kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

"Kita harus terpanggil membantu kanak-kanak untuk mendapatkan hak mereka demi mengharungi masa depan yang penuh cabaran," katanya.

Dalam pada itu, Emi Eriza Jasut, 16, daripada keluarga Orang Asli yang ditemui dalam forum tersebut berkata, dia sangat bernasib baik kerana berpeluang bersekolah walaupun lahir dalam keluarga Orang Asli.

Menurutnya, dia bercita-cita menjadi doktor haiwan atau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan ingin mengubah corak kehidupan Orang Asli.

"Kebanyakan masyarakat Orang Asli masih tidak peka mengenai kepentingan pelajaran.

"Saya dan adik beradik sangat bertuah kerana bapa kami sangat mementingkan pelajaran demi masa depan kami," katanya.

Sementara itu, Faezlan Angah, 13, juga daripada keluarga Orang Asli berkata, dia bercita-cita menjadi doktor untuk memberi rawatan percuma kepada masyarakat Orang Asli.

Katanya, dia juga akan memberi pendedahan mengenai kepentingan pendidikan kepada golongan itu pada suatu hari nanti.

Saturday, November 21, 2009

Dapatlah orang Labuan makan sayur segar yang banyak lepas ni yes

LABUAN 21 Nov — Labuan, yang sangat bergantung kepada barangan pertanian yang diimport dari tanah besar Sabah dan negeri-negeri lain, merancang untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar di pulau itu bagi aktiviti pertanian.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Sahbudin Jair berkata pada masa ini pulau itu mengimport kira-kira 60,000 tan sayur-sayuran dan 48 tan daging sedar sebulan dari Sabah dan negeri-negeri lain.

Sebagai langkah mengurangkan kebergantungan pulau itu untuk keperluan barangan makanannya, satu pelan tindakan sedang digubal untuk dilaksanakan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata rancangan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar, berkeluasan kira-kira 400 hektar di pulau itu sebagai kawasan pertanian dipersetujui kira-kira 400 peladang dan penternak pada satu taklimat Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) minggu lepas.

Sahbudin berkata pertubuhan itu juga merancang untuk melatih para lepasan sekolah dan siswazah dalam beberapa bidang kemahiran pertanian, terutamanya penternakan dan penanaman.

Beliau berkata tindakan juga perlu diambil oleh beberapa pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan zon kawasan di pulau itu sebagai zon pertanian.

Pada masa ini, terdapat peladang yang mengusahakan ladang sayur-sayuran tetapi bukan dalam skala besar-besaran, tetapi “hanya tanaman di kawasan rumah masing-masing”. Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML) Yussof Mohammad berkata dewan telah mengenal pasti projek pertanian untuk dibangunkan di satu kawasan seluas 60 hektar di Kiansam, yang akan dimulakan pada awal tahun depan.

"Kami akan membangunkan tanah berkenaan dengan beberapa jenis tanaman,” katanya.

Yussof berkata DPMML sedang meneliti pelatih-pelatih yang berkelayakan untuk projek usahasama dewan dengan PPN bagi penternakan kambing dan ayam.

"Kami memerlukan pelatih-pelatih sepenuh masa untuk menjalani latihan selama enam bulan sebelum mereka boleh dibenarkan melakukan aktiviti penternakan masing-masing. Kami akan membantu mereka mendapat pembiayaan pinjaman daripada Agro Bank atau Tekun,” katanya.

Tuesday, November 3, 2009

SAYA SOKONG SEKOLAH 1 ALIRAN DEMI 1MALAYSIA!

Memetik laporan Utusan Malaysia bertarikh 2 Nov, Cadangan penubuhan sekolah satu aliran tidak mustahil dilaksanakan jika semua pihak melupakan kepentingan politik demi perpaduan negara.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee berkata, beliau menyokong cadangan itu tetapi menyifatkan pelaksanaannya amat sukar kerana banyak pihak masih mempertahankan kepentingan sendiri.

Setakat ini, katanya, terdapat banyak pandangan berbeza disuarakan yang menggambarkan cadangan itu sukar dilaksanakan kerana masih terdapat ramai pihak yang menentang.

''Semua pihak menyokong idea 1Malaysia tetapi tidak mahu menerima cadangan ini untuk menjaga kepentingan politik mereka agar terus mendapat sokongan daripada kaum masing-masing.

''Bagaimanapun, ia bukanlah satu yang mustahil jika masyarakat sanggup melupakan kepentingan politik dan ingin berubah demi perpaduan negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Bengkel Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini dengan disertai seramai 52 pelajar cemerlang dari tujuh buah sekolah di sekitar Cheras.

Sementara itu bercakap mengenai program tersebut, Syed Ali berkata, Program Bengkel Kecemerlangan SPM 2009 ini dapat meningkatkan pengetahuan dan semangat pelajar untuk menduduki peperiksaan tersebut.

''YPC berjanji akan memberi insentif RM1,000 kepada setiap seorang pelajar sekolah di kawasan Cheras yang mendapat keseluruhan A dalam SPM nanti.

''Ini adalah suntikan semangat kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh dan berkeyakinan menghadapi peperiksaan itu,'' katanya.

Tuesday, October 27, 2009

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ambilan 2010 Tidak Diiklankan

Pengambilan Calon Guru Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mode Sepenuh Masa bagi ambilan Januari 2010 adalah tidak diiklankan. Pemilihan calon guru adalah berdasarkan calon simpanan yang memohon bagi KPLI-SR Ambilan Khas Jun 2009.

Sekian.

Bahagian Pendidikan Guru

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010 UNTUK 1MALAYSIA

Perkara no.1 paling menarik perhatian saya melalui bajet yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri yang merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada petang tadi ialah penubuhan 50 buah Klinik 1Malaysia di setiap bandar atau Taman Perumahan terpilih dijangka memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Umum mengetahui pemandangan biasa di bandar ialah lambakan klinik swasta yang mengenakan kos rawatan yang amat mahal. Bayangkan ubat ULSER mulut yang lebih kecil daripada minyak kapak berharga RM8. Alhamdulillah, kini Klinik swasta harus bersaing dengan Klinik 1Malaysia. Bersainglah demi kebajikan rakyat...
KUALA LUMPUR, 23 Okt - Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang mengandungi tiga strategi utama iaitu untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan, dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.Najib dalam bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama memperuntukkan RM138.3 bilion atau 72.2 peratus untuk perbelanjaan mengurus dan RM53.2 bilion atau 27.8 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.Peruntukan belanjawan 2010 ini merupakan pengurangan sebanyak 11.2 peratus berbanding dengan jumlah peruntukan belanjawan 2009 sebanyak RM215.7 bilion, katanya ketika membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat.Najib berkata dalam strategi bagi memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta, mempergiat penyelidikan pembangunan dan pengkomersilan, memanfaatkan sepenuhnya bidang khusus, memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa industri kecil dan sederhana, membangunkan teknologi hijau dan menggalakkan industri kreatif.Bagi strategi kedua iaitu memastikan pembangunan holistik dan mapan, kerajaan akan meningkatkan modal insan berkemahiran tinggi, memantapkan sistem perbankan dan kewangan, memerangi rasuah, pembangunan wilayah koridor, dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kerajaan.Katanya dalam strategi ketiga pula, kerajaan akan berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar serta pedalaman, dan menambahbaik pengangkutan awam.Menurutnya dalam langkah pertama ke arah meningkatkan pelaburan swasta, kerajaan akan menyediakan persekitaran mesra pelanggan, meningkatkan pelaburan swasta, pelaksanaan inisiatif penswastaan, meningkatkan inisiatif projek awam-swasta dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing.Bagi memanfaatkan sepenuhnya pembangunan bidang khusus pula, kerajaan akan merancakkan industri pelancongan, memantapkan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan mempergiatkan industri halal, tambahnya.Juga di bawah strategi memacu ekonomi berpendapatan tinggi, Najib berkata kerajaan akan memajukan sektor pertanian, menggalakkan industri pembinaan, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana, pembangunan industri hijau yakni menggalakkan pembangunan bangunan hijau, dan menggalakkan industri kreatif.Perdana Menteri berkata bagi mencapai strategi kedua iaitu pembangunan holistik dan mapan, langkah pertama membabitkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi yang akan ditingkatkan manakala akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan akan diperluaskan.Seterusnya, kata Najib, kerajaan akan menjaga kebajikan golongan pelajar, menggilap kemahiran tenaga kerja, mempergiatkan program Permata, dan memperkasa institusi pengajian tinggi awam.Bagi langkah kedua strategi itu , kerajaan juga akan memantapkan sistem perbankan dan kewangan dengan cara mencergaskan pasaran saham, memajukan lagi sistem kewangan Islam, memperluaskan program mikro kredit Ar Rahnu. Najib berkata di bawah peruntukan mengurus, sejumlah RM42.2 bilion adalah bagi emolumen dan RM20.8 bilion bagi Perkhidmatan dan Bekalan.Sebanyak RM73.9 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap manakala sejumlah RM524 juta disediakan bagi pembelian aset dan baki RM800 juta untuk perbelanjaan lain.Bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM25.4 bilion disediakan bagi menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.Perdana Menteri berkata sejumlah RM20.3 bilion diperuntukkan untuk sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.Sebanyak RM3.7 bilion diperuntukkan untuk pembangunan sektor keselamatan, RM1.8 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. (133) Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka berkurangan 8.4 peratus kepada RM148.4 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2009.Bagaimanapun, katanya defisit kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 dijangka lebih baik pada paras 5.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 7.4 peratus pada tahun 2009.Perdana Menteri berkata walaupun bajet 2010 merupakan bajet terakhir bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), ia amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).Najib berkata sejak menerajui kerajaan kira-kira enam bulan lepas, beliau telah mengambil langkah-langkah bagi merangsangkan ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat.Merujuk kepada Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, beliau berkata ia adalah berteraskan nilai-nilai murni berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini."Maksudnya, dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara. Oleh itu setiap langkah diambil memerlukan pengorbanan dan kerjasama padu daripada semua lapisan masyarakat," katanya.Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengambil pendekatan baru berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi bagi melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi."Langkah ini akan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.Pada penghujung ucapannya yang mengambil masa lebih dua jam, Najib menggesa seluruh rakyat supaya bersama-sama dalam usaha membentuk satu cita untuk Malaysia tercinta."Bersama api semangat Bagan Pinang yang masih bergejolak dan membakar sukma, bersama harapan yang marak lagi menyala, marilah kita membuat satu transformasi besar-besaran seraya menjulang Malaysia tercinta ini ke persadanya," katanya merujuk kepada kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi negeri Bagan Pinang 11 Okt lepas."Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat."Bulatkanlah tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung gagasan 1Malaysia, segala yang mustahil kan pasti menjadi nyata. 1Malaysia, Kemakmuran Bersama," kata beliau mengakhiri ucapan disambut gemuruh tepukan meja oleh penyokong-penyokong kerajaan di dalam dewan.-- BERNAMA

Tuesday, September 15, 2009

Pernikahanku





Tarikh : 16 September 2009 ( Rabu )
Masa : 3.00 Petang

Tempat : Tingkat 7 ( Surau ), Bangunan Jabatan Kerajaan, Ujana Kewangan

Saturday, September 12, 2009

SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA TERUS GAGAH

Skuad bola sepak Malaysia kembali di landasan yang betul dalam usahanya meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa. Walaupun tumpuan kita lebih kepada kemenangan 5-1 England ke atas Crotia, tetapi bagi saya kemenangan 5-0 skuad Malaysia ke atas Lesotho satu petanda awal kebangkitan bola sepak Malaysia. Kepada Skuad Malaysia, teruskan kecemerlangan kalian. Buktikan Malaysia Hebat!
PETALING JAYA - Skuad bawah 23 Malaysia mengakhiri fasa kedua persediaan ke Sukan SEA Laos dengan membelasah Lesotho 5-0 dalam satu perlawanan persahabatan semalam. Mohd. Zaquan Adha Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Abd. Manaf Mamat (2) dan Amirul Hadi Zainal memastikan kemenangan di Stadium Petaling Jaya itu dengan gol pada minit ke-40, 44, 83, 87 dan 90. Kemenangan besar itu diperoleh selepas skuad negara pulang daripada Jelajah Asia Barat yang menyaksikan mereka dikalahkan Arab Saudi 1-2, Kelab Al-Qadisiyah 0-1 dan mengikat Jordan 0-0. Malaysia bagaimanapun dipaksa menunggu hingga ke penghujung babak pertama untuk membuka jaringan menerusi tolakan Zaquan hasil kesilapan bek kiri pelawat dan penjaga golnya. Gol kedua pula hadir menerusi tolakan mudah Norshahrul selepas hanya cuma berdepan dengan penjaga gol lawan. Abd. Manaf turut merobek gawang Lesotho yang berpunca hasil sepakan jauh penjaga gol negara, Syed Adni Syed Hussien sebelum disambung dengan umpanan Baddrul Bakhtiar dari sebelah kiri. Amirul Hadi turut tidak mahu ketinggalan menambah derita pelawat dengan gerakan solo pada minit ke-87. Manaf sekali lagi mencatat nama selaku penjaring Malaysia setelah memperdayakan beberapa pemain lawan pada minit-minit terakhir permainan. "Saya amat gembira kerana pemain berjaya mencapai kemenangan besar walaupun ia tidak membayangkan kekuatan sebenar pasukan lawan. "Saya tidak fikir ranking lawan yang lebih bawah menjanjikan kemenangan besar ini kerana lawan turut bermain dengan baik pada babak pertama khususnya bahagian pertahanan. "Kita telah bermain dengan Jordan, China , Kenya dan Arab Saudi yang lebih baik rankingnya tetapi mereka tidak mampu menjadikan kita pasukan belasahan," kata ketua jurulatih negara, K. Rajagobal.
SKUAD bola sepak kebangsaan mudah membenam Lesotho 5-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Malaysia memperoleh gol pembukaan pada minit ke-40 selepas Zaquan Adha Radzak mudah menolak bola masuk ke gawang Lesotho hasil kesilapan pertahanan lawan, Thabo Masualle. Gol kedua Malaysia menyusul empat minit kemudian menerusi Norshahrul Idlan Talaha. Malaysia memperoleh gol ketiga pada minit ke-83 hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Manaf Mamat. Amirulhadi Zainal menambah derita Lesotho apabila pantas menyambar bola hantaran Abdul Manaf pada minit ke-87 untuk gol keempat Malaysia. Abdul Manaf menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan.


Wednesday, September 9, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Menuju Gerbang Perkahwinan

Semua insan yang mengenali saya dijemput menghadiri walimatul urus saya dengan tunang saya Cik Marni Binti Abdullah ( Guru SMK Mutiara ) seperti ketetapan berikut :

Rumah Pengantin Perempuan
Tarikh : 23 September 2009 ( Rabu )
Masa : 1 Petang hingga larut malam
Tempat : Kg Marudu Darat, Kota Marudu Sabah

Rumah Pengantin Lelaki
Tarikh : 15 November 2009 ( Ahad )
Masa : 8 Pagi hingga 6 Petang
Tempat : Kg Pandiki, Kota Klias Beaufort Sabah





SESI PERSEKOLAHAN TAHUN DEPAN BERMULA 4 JAN 2010

KUALA LUMPUR 8 Sept — Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.
“Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011,” katanya.
Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.
— BERNAMA

TIKUS BESAR MACAM KUCING


PORT MORESBY - Sekumpulan ahli biologi dan jurukamera Perbadanan Penyiaran British (BBC) menemui beberapa ekor labah-labah ganjil, seekor tikus bersaiz kucing dan seekor katak bertaring di kawah Gunung Bosavi, Papua New Guinea, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus yang ditemui itu sepanjang 91.44 sentimeter dan seberat 1.49 kilogram dan sayur-sayuran menjadi makanannya.
Penerbit siri Lost Land of the Volcano, Steve Greenwood berkata, mereka menemui haiwan- haiwan berkenaan selepas memanjat puncak gunung berapi setinggi 2,800 meter.
"Penemuan utama kami termasuk sejenis cicak yang boleh menyamar, katak bertaring dan ikan yang kami panggil Henamo Grunter kerana ia mengeluarkan bunyi bising," kata Greenwood.
Menerusi bantuan penunjuk arah tempatan, pasukan itu menghabiskan masa dua minggu membuat dokumentasi haiwan yang ditemui mereka.
Pengembaraan itu dirancang sejak berbulan-bulan lalu kerana kesukaran untuk tiba di kawah gunung tersebut. - Agensi

Saturday, September 5, 2009

Masalah bekalan air di Labuan diatasi menjelang akhir 2010

LABUAN: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini dijangka dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut bernilai RM365 juta dari Beaufort, Sabah siap sepenuhnya menjelang akhir 2010. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata buat masa ini bekalan air di pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang diperlukan setiap hari. "Permintaan air lebih kurang 56 juta liter tetapi hanya 42 juta liter yang boleh dibekalkan kepada pengguna dan bekalan air itu turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas, menjadikan hanya 32 juta liter saja untuk penduduk," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 penduduk di Kampung Sungai Bedaun di sini, hari ini.
Beliau berkata, jumlah bekalan air itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna dan beliau akan menulis surat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican mengenai isu ini. "Mungkin Petronas boleh mencari air yang mereka perlukan untuk kilang mereka dari sumber yang lain di tanah besar Sabah," katanya. - Bernama

Tuesday, August 11, 2009

Kursus Eduweb Tv

Pusat Kegiatan Guru W.P Labuan, 11 Ogos-Kursus Eduweb Tv telah dijalankan bermula jam 2.30 petang anjuran Pusat Sumber S.K Pekan Satu. Antara pengisian kursus ialah pendaftaran ahli dan pendedahan maklumat yang terdapat dalam Eduweb Tv ini.

Thursday, August 6, 2009

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM ikut jadual

PUTRAJAYA 4 Ogos - Kerajaan tidak akan menangguhkan empat peperiksaan awam meskipun berlaku penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) kerana tidak mahu mengganggu jadual yang telah ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelajar yang dijangkiti H1N1 akan diasingkan atau diarah menduduki peperiksaan di hospital jika keadaannya tidak serius dan mendapat nasihat doktor.
"Kita telah putuskan peperiksaan-peperiksaan awam akan diadakan mengikut jadual. Ini penting supaya tidak terganggu jadual peperiksaan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.
Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan empat peperiksaan awam kerana ia boleh menjejaskan persediaan pelajar serta guru.
Berdasarkan takwim Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijadual dari 8 hingga 10 September ini manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober serta ujian bertulis (19 November-16 Disember) manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 19 hingga 21 Oktober.
Majlis Peperiksaan Malaysia juga menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, sekiranya ramai pelajar terbabit dengan peperiksaan menghidap H1N1, sekolah akan diberikan cuti bagi mengelak wabak tersebut menjangkiti pelajar-pelajar lain.
"Hanya pelajar yang ambil peperiksaan datang ke sekolah," ujarnya.
Selain itu, beliau menjelaskan, kerajaan juga tidak berhasrat mempercepatkan cuti sekolah pertengahan penggal pada penghujung bulan ini.

Tuesday, July 28, 2009

MACAM-MACAM


LITTLEHAMPTON - Seekor kucing menekan butang nombor 999 menyebabkan anggota-anggota polis bergegas ke rumah pemiliknya di East Preston, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota-anggota polis itu mendapati terdapat pasu pecah dalam rumah tersebut ketika memantaunya dari tingkap menyebabkan mereka bimbang jika perompak memasuki kediaman pemilik kucing berkenaan.
Tanpa membuang masa, anggota polis itu memecahkan pintu tetapi mereka gagal menemui pencuri.
Menurut pemilik kuicng itu, Lauren O'Shea: "Seorang rakan menghubungi saya selepas menyaksikan berlaku sesuatu di flat saya.
"Saya bergegas pulang dan anggota polis memberitahu bahawa mereka menyangka berlaku satu rompakan."
Menurutnya, dia kemudian memberitahu bahawa kucingnya mungkin menghubungi talian kecemasan kerana haiwan itu suka bermain dengan telefon bimbit. - Agensi

Tuesday, July 21, 2009

Malaysia 0 MU 2

Malaysia tetap hebat di mata dan hatiku. Ternyata barisan pemain negara terus dikagumi oleh pengurus MU dengan aksi kepantasan dan semangat juang yang ditunjukkan dan langsung tidak melepaskan gol pada separuh masa kedua walaupun MU memasukkan kesebelasan utama mereka di masa kedua.. Kerana ketumpulan penyudah dan membuat keputusan di bahagian serangan membuatkan skuad negara tumpas dengan jaringan pantas pada minit ke 10 dan 12 daripada Macheda dan Owen. MU setelah gol itu terus melancarkan serangan selepas itu, tetapi kekebalan pertahanan dan penjaga gawang Malaysia menidakkan pesta gol MU bahkan barisan pemain muda Malaysia pada masa kedua yang dilihat lebih bertenaga dan mendominasi permainan melawan pemain bintang MU. Dua gol mudah MU boleh dielak andainya pemain pertahanan tidak gugup pada awal permainanan. Apa-apapun tahniah Malaysia!!!

Monday, July 20, 2009

HARIMAU MALAYA BERSEDIA MEMBAHAM AMUKAN THE RED DEVIL ( SYAITAN MERAH )


Antara amukan harimau atau syaitan, yang mana satukah akan mendominasi pertarungan ulangan Malaysia menentang Manchester United malam ini. Tinggal 2 jam lagi sepak mula akan dilangsungkan. Rata-rata pengkrtitik begitu optimis Malaysia akan diganyang pada malam ini, tetapi tidak bagi saya. Yakinlah perlawanan pada malam ini akan menjadi sejarah hitam buat pasukan syaitan merah dengan tersungkurnya beberapa bintang utama mereka akibat tajamnya taring sang Harimau di atas padang. Para pemain Malaysia, ayuh berjuang habis-habisan. Pastikan kemenangan bergaya pada malam ini akan menjadi permulaan revolusi bola sepak Malaysia. Harimau baham Syaitan!!! hahahahaha...

Sunday, July 19, 2009

HAMPIR SERI !

Aksi penonton yang patriotik
Amri Yahyah wira Malaysia menjaringkan 2 gol menekan Manchester United

Saya meyaksikan perlawanan menarik antara Skuad Malaysia menentang Manchester United (MU)di dalam sebuah restoran makanan halal di kawasan Utama Jaya petang semalam. Dikelilingi penyokong bola sepak MU barangkali membuatkan saya rasa seperti asing berada di situ sehinggalah suasana yang sinis melihat dua gol awal MU bertukar menjadi teriakan padu maut saya disertai pelanggan restoran yang semakin bertambah ramai apabila Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia pada hujung babak pertama. Ternyata gol itu membangkitkan semangat juang pasukan Malaysia pada babak kedua dengan berjaya mengawal rentak permainan MU yang sering kehilangan bola. Gol kedua Amri juga telah membuka mata penyokong MU tentang sebenarnya hati mereka tetap menyokong bola sepak Malaysia.
Tahniah penyokong MU. Saya rasa sangat tergelak melihat gelagat rakyat Malaysia yang memakai jersi MU tetapi terlompat-lompat keriangan apabila Malaysia berjaya menjaringkan gol. Walaupun hampir segenap pelosok Stadium diwarnai warna merah jersi The Red Devil atau Syaitan Merah, ternyata ngauman dan amukan Harimau Malaya pantas mencemaskan barisan pemain MU yang terpaksa bekerja keras mencari gol kemenangan. Mungkin kerana kesilapan taktikal jurulatih Malaysia yang terikut melakukan pertukaran ramai pemain menyebabkan fokus pemain Malaysia terjejas sehingga membuka ruang pemain Prolifik Eropah dan MU yang baharu iaitu Michael Owen menjaringkan gol kemenangan MU.
Emm tapi gol pertama dan gol ketiga MU seperti Ofside. Kalau benar maknanya Malaysia 2 MU 1. Malaysia menang la.
Andai keputusan semalam berakhir seri tentunya akan menjadi muka depan akhbar seluruh dunia tetapi laporan muka depan media seperti ESPN, AL Jazeera, Agensi Berita Antara dan BBC memaparkan kemunculan Owen pertama bersama MU dengan langkah kanan. Apa-apapun kita lupakan sejenak masalah MU gara-gara terpalit malu dibolosi dua kali oleh pemain Asia yang tidak ternama. Mungkinkah selepas ini, Amri Yahyah akan dilamar oleh pasukan elit seperti Real Madrid, Barcelona, Inter Milan mahupun Arsenal? Agak sinis dan mustahil kenyataan itu.
Tetapi nampaknya Pasukan Malaysia atau MU berpeluang menebus kembali perlawanan semalam dengan kembali berentap dalam perlawanan ulangan pada Isnin ini 20 Julai 2009. Apa yang diharapkan, Pasukan Malaysia dapat beraksi lebih pantas dan bijak kali ini. Tidak mustahil pasukan negara akan mencapai kemenangan tipis 1-0 atau setidak-tidaknya seri 0-0. Semoga berjaya Malaysia. Kepada rakyat Malaysia di KL, penuhi stadium dengan memakai jersi kebangsaan dan membawa Jalur Gemilang atas nama semangat Malaysia Boleh!

Saturday, July 18, 2009

SEDIH DAN GERAM !!


Dua situasi berbeza ketika sesi latihan bersama penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis petang. Ternyata budaya terlalu mengagungkan orang asing masih menebal seperti era penjajahan dahulu. Ketika membaca berita secara online, ternyata hati ini tersentuh dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak patriotik. Lihat saja gambar di atas, kasihan pemain kebangsaan kita seperti dipulaukan di negara sendiri. Wahai rakyat Malaysia penyokong Manchester United, tatkala kalian membanjiri Stadium pada petang ini dengan memakai jersi merah MU kebanggaan kamu, jangan lupa bawa sekali Jalur Gemilang bagi menunjukkan kamu bukanlah rakyat Malaysia yang tidak patriotik. Ingat! tingkah laku kamu akan dipantau oleh saya menerusi Televisyen sebentar lagi haha. hehe..

KESANGSIAN?

Ya, kita lupakan seketika misi besar skuad bolasepak Malaysia membenam pasukan Manchester United jam 5.30 petang ini kerana kita ada satu topik yang besar untuk dibincangkan sebentar lagi iaitu BENARKAH NASA MENIPU BAHAWA KENYATAAN SEBENARNYA IALAH MANUSIA TIDAK PERNAH MENDARAT DI BULAN.
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.
Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Wednesday, July 15, 2009

JADUAL WAKTU BAHARU


YES!!! MALAYSIA MENANG LAGI. SYABAS!

Malaysia mengalahkan Zimbabwe 1-0 bagi mencatat kemenangan kali kedua berturut-turut pada perlawanan persahabatan antarabangsa keduanya di Stadium Shah Alam di sini Selasa.Pemain pertahanan V. Thirumurugan menjadi wira pasukan kebangsaan kerana berjaya menyumbat satu-satunya gol dalam perlawanan berkenaan pada minit ke-38, selepas membuat larian cantik dan mengelirukan dua pemain pertahanan Zimbabwe sebelum membuat rembatan kencang melepasi celah kelangkang penjaga gol dan ketua pasukan Zimbabwe Tapiwa Mafunga.Pada perlawanan persahabatan pertama mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras Ahad lepas, Malaysia, yang menggabungkan pemain muda dan senior bimbingan jurulatih K. Rajagobal, membelasah Zimbabwe 4-0.Pemain senior yang diturunkan oleh Rajagobal termasuk ketua pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah, penyerang Kelantan Indra Putra Mahyuddin dan pemain pertahanan tengah KL Plus Norhafiz Zamani Misbah.Setelah mengalahkan pasukan pelawat dari Afrika itu dengan jumlah jaringan selesa pada perlawanan pertama, Rajagobal memberi peluang kepada pemain muda skuad kebangsaan beraksi di padang dengan membuat tujuh penggantian pemain pada separuh masa kedua perlawanan hari ini.Dua perlawanan persahabatan dengan Zimbabwe itu merupakan sebahagian daripada persiapan yang dibuat pasukan kebangsaan sebelum menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil."Dalam dua perlawanan persahabatan itu, saya telah menurunkan kesemua 28 pemain. Kini, saya dah ada dalam fikiran saya siapakah yang akan diturunkan sebagai barisan kesebelasan utama bagi menentang Red Devils Sabtu ini," kata Rajagobal selepas perlawanan hari ini.Jurulatih itu berkata memandangkan corak permainan apabila menentang kelab Inggeris itu dijangka panas dan pantas, pemain muda Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk berdepan dengan aksi-aksi mendebarkan.

Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraduddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah, V. Thirumurugan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safiq Rahim, Amar Rohidan, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Khyril Muhymeen, Mohd Amri Yahyah, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Shakir Mohd Ali, Mohd Azmi Muslim, Khyril, K. Gurusamy, S.Kunanlan, Mazlizam Mohamad, Mohd Bunyamin Umar, Faderin Kadir, Stanley Bernard, Mohd Sharbenee Allawee, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.


ZIMBABWE: Godfrey Mangove, Brian Mapfumo, Voster Chitema, Tendai Samanja, Fidelis Mangezie, Charles Chiutsu, Asani Nhongo, Luckmore Simango, Chrisopher Semakwere, Daniel Zokoto, Abel Chimusaru, Darrly Nhahdoro, Daniel Kamunenga, Tapiwa Mafunga, Brian Mapfumo, Tendai Gwata, Lawrence Mdhluli, Makai Kawashu.

Monday, July 13, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Kejayaan pasukan bola sepak negara membenam Zimbabwe 4-0 malam tadi membuktikan masih ada sinar cerah masa depan bola sepak negara. Apa juga tafsiran negatif pengkritik tentang kemampuan dan keupayaan pasukan negara mempamer aksi terbaik malam tadi, jika saya sebagai pengurus pasukan akan mengambil sikap mengabaikan komen tidak membina tersebut.. Sebagai rakyat Malaysia, Kita harus rasa kagum dan bangga di atas kesungguhan pemain kebangsaan menjelang pertemuan menentang Pasukan Manchester United hujung minggu ini. Saya sebagai penyokong kuat nombor satu bola sepak Malaysia akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Maaysia. Andai kalah pun tidak bermakna kalah selamanya. Wahai pemain Malaysia, kekalkan rentak kemenangan anda. Malaysia Hebat!
KHABAR gembira dijelmakan pasukan bola sepak kebangsaan.
Skuad kendalian K. Rajagobal itu mencatat kemena- ngan bergaya 4-0 ke atas Zimbabwe pada perlawanan persahabatan di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.
Turun dalam misi membentuk pasukan terbaik menjelang aksi persahabatan menentang juara Liga Bola Sepak England, Manchester United hujung minggu ini, pasukan negara tampil pada kelas tersendiri.
Malah, kemenangan itu juga dianggap sesuatu yang positif berdasarkan perbezaan ranking antara pasukan negara dengan Zimbabwe.
Ketika ini, Zimbawe menduduki ranking ke-116 dunia, kedudukan yang jauh lebih baik berbanding Malaysia yang sekadar berada di tangga ke-157.
Selain itu, permainan agresif yang dipamerkan pemain negara turut menceriakan hampir 3,000 peminat bola sepak tempatan yang hadir memberi sokongan.
Pada aksi semalam, Safiq Rahim terlebih dahulu membuka jaringan apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.
Mereka memperoleh sepakan tersebut selepas Nor- shahrul Idlan Talaha dijatuhkan pemain Zimbabwe, Asani Nhongo dalam kawasan kotak penalti.
Babak kedua bersambung, giliran Indra Putra Mahayuddin meletakkan namanya selaku penjaring.
Indra yang menjadi nadi kepada kebangkitan pasu- kan Kelantan musim ini mudah menanduk masuk bola hantaran silang S. Kunalan pada minit ke-49.
Pada minit ke-85, derita pasukan pelawat bertambah apabila pemain gantian, Farderin Kadir menjadikan kedudukan 3-0.
Farderin bijak melepaskan rembatan leret dari sebe- lah kanan untuk menewaskan penjaga gol Zimbabwe, Godfrey Mangove.
Kerakusan skuad negara diteruskan apabila Nor- shahrul meledakkan gol peribadi keduanya untuk Malaysia melengkapkan kemenangan 4-0 pada minit ke-88 perlawanan itu.

Sunday, June 21, 2009

22 - 25 JUN 2009

MENJADI GURU PENGIRING MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN 2009 DI UUM, SINTOK KEDAH

Wednesday, June 10, 2009

PERGERAKANKU MINGGU INI

11-15 JUN 2009 - KURSUS BIRO TATANEGARA DI BALUNG RESORT, TAWAU

9-10 JUN 2009 - MESYUARAT MTAQ PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN DI HOTEL REGENCY, ALOR STAR