Sunday, April 26, 2009

PARKING KERETA DI ONE BORNEO RM5 PER ENTRY

ADA KEMUNGKINAN IA AKAN MENGURANGKAN TARIKAN PENDUDUK TEMPATAN BERBELANJA DI SANA. APAKAH DALAM BEBERAPA TAHUN IA AKAN MENJADI GAJAH PUTIH?

AAAHAAA TAK TAHU

Saturday, April 25, 2009

KOMEN TENTANG WAYANG KISAH SALAHUDIN AL AYUBI YANG DITAYANG TV3 MALAM TADI

TERDAPAT BEBERAPA FAKTA TELAH DIMANIPULASIKAN BARAT TENTANG KISAH SEBENAR BELIAU TERUTAMA LAYANAN TERHADAP RAJA TENTERA SALIB YANG DIARAK SEPARUH baju DI ATAS KELDAI. ITU TAK BENAR

FAKTA

Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin “menurut panggilan orang Barat“ lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ´tersumbat´ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Kisah pahlawan agung ini juga bakal menemui kita dalam bentuk animasi tidak lama lagi..hasil dari kerjasama MSC Malaysia dan MDEC ( http://www.saladin.tv )

NOTA CERAMAH PEMBELIAN DAN PEROLEHAN HARTA AWAM OLEH EN ABDUL GHAFAR BIN SALLEH 8.10 PAGI

1. Kita bekerja atas pekeliling kerajaan
2. Harta awam dibeli melalui duit kerajaan
3. Prinsip perolehan(akauntabiliti awam,diurus secara telus,nilai faedah yang terbaik,saingan terbuka, adil dan saksama)
4. Kerajaan adalah penggerak ekonomi
5. Pusingkan pemodal berdaftar
6. Nota minta, LPO - e perolehan
7. Jenis perolehan (kerja,bekalan,perkhidmatan)
8. Kerja(kontraktor hendaklah ada Sijil Pendaftaran seperti Pusat Khidmat Konduktor PKK dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia CIDB)
9. Bekanalan(kontraktor hendaklah ada Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan)
10. Perkhidmatan(perunding dan bukan perunding)
11. Bidang Kerja ( Kepala dan sub kepala)
12. Kod no bersiri sijil contoh 220102Mesin-mesin pejabat
13. Cara - cara membuat perolehan(pembelian terus, lantikan terus, kerja2 baik pulih, sebut harga, tender, rundingan terus)

Ada had kuasa menandatangani melalui surat kuasa yang diberikan S/U
Spesifikasi kerja jelas, skop kerja dan syarat-syarat tambahan
Dasar Kerajaan adalah meransang ekonomi
Dasar berubah melalui pekeliling
AP59
Peti tawaran dibuat daripada kayu supaya orang tidak tahu siapa masukkan tender..ia adalah rahsia
Jawatankuasa Sebutharga boleh mempertimbangkan tawaran tender selain Lembaga Perolehan
Proses berbeza ikut negeri. Di Labuan ada 26 sekolah

Friday, April 24, 2009

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 24 APRIL 2009 BUDAYA KERJA CEMERLANG by AG ADI AG TUAH 2.16 petang
MENGAPA KITA DI SINI?coming together is a beginning
keeping together is a progress
working together is a succes
Cara hidup(cara berfikir, cara bertindak, hasil tindakan,tamadun dan peradaban)
elemen bkc(sedia berkorban,sanggup mengambil risikio,mengutamakan masa, orang-orang penting rela dikorbankan,keikhlasan, berkemahiran, keseimbangan emosi, tahu peranan masing-masing)
pegawai sinaran VS pegawai siaran VS pegawai sialan
arahan perlu secara bertulis
minta penjelasan jika tidak jelas atau kurang faham
dont take for granted
ubah paradigma
hormati idea rakan, perbezaan nilai tidak menghalang kecemerlangan, keunikan individu dijadikan aset organisasi, tolak ansur amat penting, terima keputusan majoriti dengan hati terbuka, komunikasi berkesan,
ada kemahiran, kerjasama, beria-ia, bersemangat, berasa seronok, yakin,
pekerja dalam organisasi (berpencapaian dan pekerja biasa)
kategori pekerja ( tak tahu tak mahu, tak tahu mahu,tahu tak mahu, tahu mahu)
Bintang(mahu dan tahu)
tahu melaksanakan tugasnya, mahu melaksanakan tugasnya, memahami standard cemerlang, berusaha ke arah cemerlang, komitmen dan iltizam tinggi, meningkatkan kemahiran kepakaran
mahu tapi tak tahu(sikap positif,menerima kritikan,cemuhan, sentiasa berusaha, bertanya dan merujuk, perlukan motivasi, dorongan dan bimbingan)
tak mahu tetapi tahu (kecewa dan tak puas hati,tiada inisiatif,tidak aktif)
tak mahu dan tak tahu (curi tulang,kurang berdisiplin,suka menghabiskan masa,suka melawan, pemalas, kerja sambil lewa, tidak cekap, menghasut)

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) BY TN HJ MOHAMAD HAMKA BIN HJ HAMZAH 10.30 PAGI
16 jan 2007 pulau bum bum semporna pipp dilancarkanoleh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi
1962 pendemokrasian pendidikan
sekolahku syurgaku
tidak ada satu titik noktah tentang kualiti yang terbaik
evolusi pendidikan ( zaman pramerdeka sebelum 1957, zaman pasca merdeka 1957-1970 ,zaman dasar ekonomi baru 1971-1990, zaman dasar pembangunan negara1991-2000, zaman dasar wawasan negara 2001-2010)
indikator pendidikan (kadar penyertaan peringkat rendah, kadar penyertaan peringkat menengah rendah, kadar penyertaan peringkat menengah atas,purata saiz kelas rendah, purata saiz kelas menengah, nisbah guru murid rendah, nisbah guru murid menengah)
agenda yang belum selesai (sekolah tiada bekalan elektrik 24jam, sekolah tiada bekalan air awam, bilik darjah tidak mencukupi 2sesi, sekolah masih menumpang atau usia usang lebih 30 tahun, tiada kemudahan bilik makmal sains, kadar penyertaan murid yang rendah, guru terlatih di pedalaman, kadar murid belum menguasai 3m, wujud keciciran, )
terima kasih kepada guru GSTT
hasrat KPM dalam 15 tahun:-
-membangunkan modal insan
rimup
pengisian sekolah cemerlang
300 buah sekolah perkara 2006-2010
sekolah bestari memerlukan sekolah itu lengkap fasiliti dari aspek ict
pemantapan kepimpinan sekolah
guru berkualiti
budaya sekolah
merapatkan jurang(lokasi,digital,dalam bandar,pencapaian,sosioekonomi,normal-khas)

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

En Ramzi Hanan Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM W.P Labuan ceramah tentang integriti 8.00 pagi-10.05 pagi

harapan rakyat dan matlamat kerajaan
berhati-hati dengan hal dalaman yang tidak dilaporkan kepada SPRM
one four me one four you (istilah)
Buku Pelan Integrasi Nasional (PIN)..tekad 2008
-mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan
-meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
-meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
-memantapkan institusi keluarga
-meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
Integriti individu dan integriti organisasi
Penjawat awam hendaklah melaksanakan amanah diberi untuk kepentingan awam
Apabila kita biasa dengan zaman keselesaan hidup, kita lupa zaman kesengsaraan
nilai teras (amanah, telus, bijaksana, bersyukur, adil)
nilai kembangan ( berdisiplin, kemesraan, bekerjasama, tatasetia, komitmen..)
Laksanakan keyakinan yang diberikan orang ramai
tuntutan palsu
hindari budaya memberi sagu hati, buah tangan ke jabatan
Kalau ada peruntukan buat kursus seperti jemput SPRM ke
Faktor kemerosotan integriti(budaya,individu,pemimpin,sistem prosedur,struktur institusi)
Seksyen 25 membenarkan penjawat awam melaporkan kes rasuah
Seksyen 73 kerahsiaan pemberi maklumat
Penjawat awam Dilarang pembelian saham
Faktor penentu kejayaan (pendidikan berterusan berulang, dasar yang jelas dengan matlatamat utuh, kesediaan individu untuk berubah,kecukupan dan kecekapan sumber,kerangka perundangan berkesan dan kehakiman bebas, kerjasama jentera politik dan jentera pentadbiran,persekitaran budaya yang kondusif,komunikasi berkesan)
Ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia
Perubahan minda perlu dibuat untuk jalankan amanah dengan berkesan
Bolehkah anda lakukan?
Manusia suka mendapat penghargaan dan pujian
Cari inisiatif dalam melaksanakan arahan. Boleh membantah jika arahan tak jelas / salah

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

En Ramzi Hanan Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM W.P Labuan ceramah tentang integriti

harapan rakyat dan matlamat kerajaan
berhati-hati dengan hal dalaman yang tidak dilaporkan kepada SPRM
one four me one four you (istilah)
Buku Pelan Integrasi Nasional (PIN)..tekad 2008
-mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan
-meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
-meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
-memantapkan institusi keluarga
-meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
Integriti individu dan integriti organisasi
Penjawat awam hendaklah melaksanakan amanah diberi untuk kepentingan awam
Apabila kita biasa dengan zaman keselesaan hidup, kita lupa zaman kesengsaraan
nilai teras (amanah, telus, bijaksana, bersyukur, adil)
nilai kembangan ( berdisiplin, kemesraan, bekerjasama, tatasetia, komitmen..)
Laksanakan keyakinan yang diberikan orang ramai
tuntutan palsu
hindari budaya memberi sagu hati, buah tangan ke jabatan
Kalau ada peruntukan buat kursus seperti jemput SPRM ke
Faktor kemerosotan integriti(budaya,individu,pemimpin,sistem prosedur,struktur institusi)
Seksyen 25 membenarkan penjawat awam melaporkan kes rasuah
Seksyen 73 kerahsiaan pemberi maklumat
Penjawat awam Dilarang pembelian saham

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 23 APRIL 2009 9.08 malam En Mohd Nizam Yasim Penyimpanan Rekod Kerajaan
semakin banyak rekod disimpan semakin hebat keunggulan sekolah itu
Tajuk fail mesti tulis dengan tulisan tangan
Rekod kerajaan tidak boleh dimusnahkan kecuali dengan izin Arkib Negara
contoh Buku Rekod Pengajaran(BKP) guru hendaklah sentiasa diselenggara
Jangan gunakan pen berwarna merah untuk menulis Buku Rekod Pengajaran. Hanya biru dan hitam sahaja. Merah boleh digunakan untuk markah sahaja
BKP hendaklah dihantar kepada GB dan sekolah akan simpan selama 5 tahun
Pegawai Rekod Jabatan gred 27 dan setaraf
Jangan salahgunakan bilik rekod untuk tujuan lain
Dapatkan nasihat daripada Arkib Negra
Rekod berusia lebih 5-20 tahun ke atas boleh disimpan di Arkib Negara
Perlu juga punyai nilai sejarah
Transformasi pendidikan akan berlaku di mana penilaian murid lebih tertumpu di sekolah pada tahun depan
penilaian berasaskan sekolah
transformasi kurikulum dan transformasi penilaian
UPSR 30% + sekolah 70%



NOTA 23 APRIL 2009 8.02 malam En Mohd Nizam Yasim Surat-menyurat
Surat rasmi perlu mengikut pekeliling
Surat yang diminitkan guru besar
saya yang menurut perintah


NOTA 23 APRIL 2009 2.06ptg En Mohd Nizam Yasim Panduan Pengurusan Pejabat(fail & pengurusan sumber
Sebut nama semua murid dalam kelas
Bertindak berdasarkan punca kuasa mempertahankan diri
Buku Rekod perkhidmatan
Sistem Punch Card dan persamaan masa borneo&semenanjung diperkenalkan pada zaman Tun Mahathir
Borang penilaian prestasi (berbincanglah dengan ketua jabatan/penilai)
Rezeki itu datang daripada Allah SWT Yang Maha Adil
Penilaian adalah berasaskan kompetensi
Proses menilai prestasi
Ciri-ciri penilaian prestasi(sasaran kerja tahunan(untuk bukan guru)=rancangan pengajaran tahunan(untuk guru)..tetapi guru perlu ikut kata pemimpin di sekolah kalau perlu buat SKT.
SKT bukan untuk mengugut guru
PPSM(panel pembangunan sumber manusia) jika berpuas hati baru dapat APC
Tempoh penyeliaan prestasi sekurang-kurangnya 6 bulan
Petunjuk Prestasi ( KPI )
Bila kita bekerja selama 15 tahun tanpa masalah tatatertib, layak menerima sijil penghargaan






NOTA 23 APRIL 2009 10.03pagi Pn Maimoon Matnoh

KSSR(PERDANA DAN VOKASIONAL)KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
KSPK (PRASEKOLAH)
kaedah mentaksir 5 serangkai
pentaksiran holistik dan menyeluruh
pentaksiran psikometrik
sistem semester persekolahan
penglibatan masyarakat dalam pentaksiran melalui nasihat






NOTA 23 APRIL 2009 8.07pagi Pn Maimoon Matnoh
Pengurusan organisasi perlu mempunyai persefahaman baik bagi mewujudkan suasana harmoni
Kepimpinan memainkan peranan penting
Keputusan perlu dalam mesyuarat
perancangan taktikal ialah 1 tahun
perancangan strategik 3-5 tahun
Jadikan organisasi kita adalah organisasi pembelajaran
program di sekolah perlu ada 5p perancangan pelaksanaan penilaian pemantauan penambahbaikan
transformasi kurukulum
KPM hanya ada misi dan tiada visi(tetapi visi berasaskan visi negara wawasan 2020)
dasar yang dilaksanakan apabila ada pemantauan dan tanggungjawab guru sendiri
sekolah didirikan bukan memberi kerja kepada guru tetapi ia didirikan untuk mendidik murid.
murid amat penting
apa yang ada di sekolah gunakanlah sepenuhnya, janganlah membazir sumber
ketinggian manusia adalah kerana ilmunya

Wednesday, April 22, 2009

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

Akauntabiliti 2.15 petang by Dr Shafie Hj Lugom

Guru hendaklah menerima hakikat latar belakang murid yang pelbagai
Buat kajian terhadap anak murid
Perlu akur kepada peraturan dan undang-undang
tanggungjawab terhadap murid
tanggungjawab perlu supaya segala program dapat dilaksanakan dengan lancar
setiap perbezaan adalah keistemewaan
berhati-hati dengan duit rakyat, hindari rasuah. Tak perlu berlagak mewah kerana ia akan menyumbang syak wasangka
kesediaan menerima risiko akibat tanggungjawab
kebertanggungjawaban kepada pelanggan
sebelum mengajar pastikan guru dan murid bersedia
saling hormat menghormati sesama manusia
jangan tertekan dengan expectation awam
kawalan dalaman
jangan beritahu masalah peribadi dengan orang lain
cara menyelesaikan masalah (nyatakan masalah dan lupakannya, nyatakan masalah & mengendalikan masalah itu tidak boleh diatasi tanpa sumber tambahan, memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya)
jangan buat skandal dalam satu sekolah
Berfikir secara refleksi(keinginan tahu,cadangan:harus beraneka mendalam :,ketertiban)
betulkah tindakan anda. Fikirkan sendiri
teori kadang-kadang tak betul
manusia yang tidak berjaya kerana mereka tidak dapat menguruskan masa dengan baik
menilai usaha untuk penambahbaikan
Mendidik supaya fikiran menjadi lebih terbuka, dinamik dan berkesan
apabila kita terlalu memikirkan perkara negatif, kita akan menjadi gila
idea perlu diuji untuk tindakan pemahaman yang baharu
Refleksi buku rekod mengajar hendaklah dibuat setelah beberapa minit selesai pengajaran berlaku dengan menggunakan tulisan tangan
jangan melenting dengan kritikan membina
kehidupan sebagai guru sebenarnya bukanlah lubuk pendapatan.
guru perlu berusaha mengatur kehidupan sendiri. Boleh buat kerja lain tapi jangan mengganggu masa pengajaran di sekolah
guru adalah insan terpilih
jadilah matahari menerangi diri sendiri dan orang lain
guru penjana modal insan cemerlang

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA KESERONOKAN BEKERJA 8.00 pagi by Dr Shafie Hj Lugom
KUALITI
SPECIAL
MOTIVASI
TUGASAN
KAWALAN
KARAKTER
Jangan bawa tekanan dalam kelas
Belanjakan duit dengan tujuan yang betul
Bekerjalah berdasarkan visi
Kepedulian/ambil tahu penting
Orang selalu risau mudah dapat penyakit
Minda perdana
Ramai orang jadi gila sebab berhutang
Janganlah perbelanjaan mengatasi pendapatan
Berusaha untuk berjaya
fikirkan ( minda perdana, minda makan gaji, minda papa kedana, minda parasit )
Sikap membezakan kita
guru yang baik (suka belajar,suka mengajar, suka murid)
kalau anda dapat mengawal nafsu, anda akan menjadi orang yang tiada masalah
jangan jadi orang yang kita tak boleh jadi
Dalam kehidupan ini banyak benda yang kita nak, apa yang penting happy


NOTA KESERONOKAN BEKERJA 10 pagi by Dr Shafie Hj Lugom
Tugas guru memanusiakan manusia
manusia yang bermasalah ialah manusia yang gagal mengawal emosi
manusia adalah sama kecuali jantina
Kemahiran emosi sangat penting
kepercayaan emosi/minda
lima faktor kejayaan(jujur dengan semua orang,mempunyai disiplin yang baik, bersama-sama dengan orang lain, mempunyai pasangan yang menyokong, bekerja lebih kuat daripada orang lain )
Kawal kemarahan dan marah pada semua keadaan yang tepat
Kalau isteri meleter, tengok mulut isteri. Biar dia berleter sampai letih
Kalau sakit hati, jangan bergaul dengan orang tersebut
Malu bertempat
Gunakan kemahiran EQ untuk hapuskan kemurungan
lihatlah dan hargai pengorbanan isteri bagi seorang lelaki
Gunakan kekuatan kita
Yakin pada diri kita sendiri ( saya hebat )
Mentertawakan diri sendiri (tak ada)
Senjata paling utama ialah senyuman
tabiat orang ber EQ tinggi(melabelkan perasaan sendiri, luahkan perasaan sendiri,bertanggungjawab atas perasaan sendiri, gunakan perasaan utk buat keputusan, hormati perasaan org lain, berasa bertenaga positif,mengesahkan perasaan org lain, berlatih mendapatkan nilai positif drp emosi negatif,tidak membebel, tidak menghiraukan orang yg tidak menerima atau menghormati perasaannya)
jika hati baik, maka baiklah manusia itu

Monday, April 20, 2009

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN

S.K SG BEDAUN : 20 Apr, PERTANDINGAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN AKHIR BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN telah berlangsung. Perlawanan yang bermula jam 2.30 petang itu dimulakan dengan perlawanan separuh akhir yang membabitkan pasukan lelaki S.K Pekan Satu. Dalam perlawanan tersebut, pasukan lelaki S.K Pekan Satu berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang pasukan S.K Pantai.

Ini bermakna pasukan bola tampar lelaki dan perempuan S.K Pekan Satu berjaya melangkah ke perlawanan akhir. Walaupun demikian, dalam perlawanan akhir yang berlangsung kira-kira jam 3 petang berakhir dengan sedikit kehampaan apabila sekadar menjadi naib juara bagi kedua-dua kategori.

Pasukan lelaki S.K Pekan Satu terpaksa tunduk dengan pasukan S.K Pantai manakala pasukan perempuan S.K Pekan Satu tidak dapat membalas kekalahan kepada pasukan S.K Pekan Dua pada peringkat kumpulan sebelum ini apabila tewas dalam perlawanan akhir.

Walaupun saya tidak menyaksikan kemuncak perlawanan-perlawanan tersebut, saya yakin pasukan S.K Pekan Satu telah berjuang sehabis upaya untuk melakukan kejutan pada perlawanan akhir. Tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahi.

Namun demikian, secara keseluruhannya saya mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana telah berjaya mencapai sasaran yang saya tetapkan beberapa hari sebelum pertandingan bermula. Sasaran bagi lelaki adalah separuh akhir, tetapi mereka berjaya membuktikan lebih baik dengan melangkah ke perlawanan akhir. Bagi pasukan perempuan, sasaran awal adalah melayakkan diri ke perlawanan akhir dan ia telah tercapai.

Sebagai jurulatih bola tampar pasukan S.K Pekan Satu bagi tahun ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan jurulatih yang membantu saya mengendalikan latihan pada setiap petang antaranya Cikgu Faisal Hj Moin, Ustaz Ikram, Cikgu Jauleh, Cikgu Faridah Kasim, Cikgu Norlianah serta suami dan semua guru S.K Pekan Satu yang turut memberikan sumbangan kepada kejayaan pasukan. Semoga pada tahun mendatang pasukan S.K Pekan Satu dapat merangkul kejuaraan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Saya sangat yakin mereka dapat membuktikan semangat juara kerana 95% yang ada dalam pasukan terdiri daripada murid darjah empat dan darjah lima.

Tahniah kepada
NORAZWAN, MADWAN, SHADAN, MUHD IZZAT, MOHD AZHAR, RAZMI,
MOHD AMIL, MD.FARIS, MD.AJWAD, NORAZMAN, ROHAIZAT, SYAZRIL
NUR IZZATI, MARLISSA, MARDIYAH, CHERYLN, NAYLI, AMIRAH,
SITI NABILAH, HANISSAH, ZAUFFA RASID

dengan pencapaian sangat membanggakan yang anda pamerkan pada tahun ini.

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 20 APRIL 2009 EN SAHAR MISRON 7.59MALAM
1. Perlantikan akan menjadikan guru lebih cemerlang
2. Pengesahan dalam perkhidmatan
3. Sendiri mau ingat

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 20 APRIL 2009 EN SAHAR MISRON 7.59MALAM
1. Perlantikan akan menjadikan guru lebih cemerlang
2. Pengesahan dalam perkhidmatan
3. Sendiri mau ingat

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 20 APRIL 2009 EN SAHAR MISRON 7.59MALAM
1. Perlantikan akan menjadikan guru lebih cemerlang
2. Pengesahan dalam perkhidmatan
3. Sendiri mau ingat

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 20 APRIL 2009 2.07 petang EN OMAR BAKI MATUSIN KEPIMPINAN
1. Menjadi pemimpin berkesan
2. Pemimpin apa salahnya kalau ada spy melaporkan kelemahan kita
3. Yang penting niat baik
4. Pemantauan berterusan perlu bagi seseorang pemimpin
5. sesuaikan diri dengan sikap takut dipantau
6. Organisasi cemerlang
7. Integriti dan tegas jika ingin melakukan perubahan
8. Pemimpin berkualiti akan menghasilkan organisasi cemerlang
9. pemergiannya akan diingati
10. Sebagai pemimpin, janji hendaklah ditepati




NOTA 20 APRIL 2009 10.35PAGI EN OMAR BAKI MATUSIN PKPA
1. PKPA BIL 7/91 KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA ( KMK )
2. Buat satu inovasi dalam kumpulan kerja
3. Ia menuju kepada pertandingan Anugerah Kualiti Perdana Menteri contohnya
4. Fikirkan dan bincang cara mengatasi masalah yang timbul
5. Anugerah penghargaan
6. Jadual pelaksanaan
7. Buat Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ( semua kakitangan )
8. Kemaskini setiap kerja kerana perubahan sistem
9. lantik seorang guru jadi penyiasat atau penyelaras aduan bukan mengadili
10.


NOTA 20 APRIL 2009 8.00PAGI EN OMAR BAKI MATUSIN 8.12 A.M PKPA

1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ( Buku Kuning )
2. Hasil kerja akan lebih berkualiti jika kita rujuk pkpa
3. Hari ini 10 pekeliling ingin disentuh
4. PKPA BIL 2/1991(PANDUAN MESYUARAT DAN URUSAN KERAJAAN )
5. Pengurusan mesyuarat (pra mesyuarat, semasa mesyuarat, selepas mesyuarat)
6. Kehadiran wajib mesti juga sediakan senarai nama kerana ISO
7. Cara hormat bertujuan menaikkan mood JK mesyuarat
8. ICT dicipta untuk tingkatkan prestasi kerja
9. Perutusan Pengerusi
10. pengesahan minit
11. perkara berbangkit
12. perbincangan kertas kerja
13. hal-hal lain
14. penutup ( ditangguhkan pada jam 1malam, mesyuarat akan datang akan diadakan pada 3 April 2019 )
15. Format maklum balas
16. Perkara berbangkit yang telah dilaksanakan oleh yang ambil tindakan mohon perkara itu digugurkan dalam minit
17. Catat keputusan sahaja. Keputusan muktamad melalui pengerusi

PKPA BIL 4/1991(PANDUAN MESYUARAT DAN URUSAN KERAJAAN )
1. 7 strategi peningkatan q (cadangan, proses, pemeriksaan, slogan, hari, sistem maklum balas, sistem maklumat)

Transformasi Kurikulum Kebangsaan
1. Mulai 2010 tiada lagi KBSR menjadi KSSR kurikulum standard sekolah rendah
2. KSSR memerlukan standard juga mesti ada bagi setiap guru
Etika Perguruan
1. Tanggungjawab terhadap masyarakat & negara, pelajar, rakan sejawat dan ibubapa
3K
1. kecekapan, keberkesanan, kualiti

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 20 APRIL 2009 2.07 petang EN OMAR BAKI MATUSIN KEPIMPINAN
1. Menjadi pemimpin berkesan
2. Pemimpin apa salahnya kalau ada spy melaporkan kelemahan kita
3. Yang penting niat baik
4. Pemantauan berterusan perlu bagi seseorang pemimpin
5. sesuaikan diri dengan sikap takut dipantau
6. Organisasi cemerlang
7. Integriti dan tegas jika ingin melakukan perubahan
8. Pemimpin berkualiti akan menghasilkan organisasi cemerlang
9. pemergiannya akan diingati
10. Sebagai pemimpin, janji hendaklah ditepati




NOTA 20 APRIL 2009 10.35PAGI EN OMAR BAKI MATUSIN PKPA
1. PKPA BIL 7/91 KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA ( KMK )
2. Buat satu inovasi dalam kumpulan kerja
3. Ia menuju kepada pertandingan Anugerah Kualiti Perdana Menteri contohnya
4. Fikirkan dan bincang cara mengatasi masalah yang timbul
5. Anugerah penghargaan
6. Jadual pelaksanaan
7. Buat Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ( semua kakitangan )
8. Kemaskini setiap kerja kerana perubahan sistem
9. lantik seorang guru jadi penyiasat atau penyelaras aduan bukan mengadili
10.


NOTA 20 APRIL 2009 8.00PAGI EN OMAR BAKI MATUSIN 8.12 A.M PKPA

1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam ( Buku Kuning )
2. Hasil kerja akan lebih berkualiti jika kita rujuk pkpa
3. Hari ini 10 pekeliling ingin disentuh
4. PKPA BIL 2/1991(PANDUAN MESYUARAT DAN URUSAN KERAJAAN )
5. Pengurusan mesyuarat (pra mesyuarat, semasa mesyuarat, selepas mesyuarat)
6. Kehadiran wajib mesti juga sediakan senarai nama kerana ISO
7. Cara hormat bertujuan menaikkan mood JK mesyuarat
8. ICT dicipta untuk tingkatkan prestasi kerja
9. Perutusan Pengerusi
10. pengesahan minit
11. perkara berbangkit
12. perbincangan kertas kerja
13. hal-hal lain
14. penutup ( ditangguhkan pada jam 1malam, mesyuarat akan datang akan diadakan pada 3 April 2019 )
15. Format maklum balas
16. Perkara berbangkit yang telah dilaksanakan oleh yang ambil tindakan mohon perkara itu digugurkan dalam minit
17. Catat keputusan sahaja. Keputusan muktamad melalui pengerusi

PKPA BIL 4/1991(PANDUAN MESYUARAT DAN URUSAN KERAJAAN )
1. 7 strategi peningkatan q (cadangan, proses, pemeriksaan, slogan, hari, sistem maklum balas, sistem maklumat)

Transformasi Kurikulum Kebangsaan
1. Mulai 2010 tiada lagi KBSR menjadi KSSR kurikulum standard sekolah rendah
2. KSSR memerlukan standard juga mesti ada bagi setiap guru
Etika Perguruan
1. Tanggungjawab terhadap masyarakat & negara, pelajar, rakan sejawat dan ibubapa
3K
1. kecekapan, keberkesanan, kualiti

DRAF UNTUK UCAPAN DASAR SAYA PADA 21 APRIL 2009 DI BORNEO PARADISE CONVENTION

TAJUK SEJAUH MANAKAH BIDANG AERO ANGKASA BOLEH MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA PADA MASA AKAN DATANG

EHEM..ASSALAMUALAIKUM BLA BLA BLA

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sebagai mukadimah, saya ingin membawa anda kembali pada hari ini 10 Oktober 2007 27ramadhan pada pukul 9.21 malam, kapal angkasa Soyuz TMA-11 telah melonjak meninggalkan bumi dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan. Tiga orang penumpang di dalamnya ialah Komander Peggy A. Whitson dari Amerika Syarikat, Jurutera Penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Mereka menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa yang terletak lebih daripada 300km dari bumi.kita kagum dan teruja apabila rakan sewarganegara kita iaitu Dr Sheikh Muzaffar Syukor menjadi angkasawan pertama Negara setelah 50 tahun merdeka dan setelah 50 tahun roket pertama buatan manusia sputnik dari rusia sampai ke angkasa. Saya yakin majority rakyat Malaysia menyaksikan detik bersejarah tersebut melalui kaca tv. Semua yang berlaku ini telah membangkitkan minat rakyat terhadap penerokaan angkasa.
Islam juga mencabar manusia maju dalam bidang ini seperti dalam
Surah Ar Rahman , Ayat 33 yang bermaksud
“ Hai jama’ah jin dan manusia , jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi , lintaslah , kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan”


Tuan-tuan dan Puan-puan,
Jika ada orang tanya saya sejauh mana, saya akan nasihatkan orang itu kita jangan bandingkan Negara kita yang baru merangkak ini dengan program Negara maju yang sudah lama berpengalaman luas dalam bidang angkasa.

Yakinlah dengan wawasan menjadikan Negara kita pemain utama bidang ini menjelang 2015

21november 2009 diakui sendiri oleh Tun Abdullah akan bidang ini. Pada 2002 bidang ini menyumbang 12.7 bilion kdnk negara

Dengan masa yang terhad ini Secara jelas, saya rumuskan 3 Intipati utama yang ingin saya sampaikan berdasarkan isu ini iaitu

kebaikan dari perspektif pelancongan angkasa
memendekkan masa walaupun jarak terpencil

kebaikan dari perspektif peluang pekerja
-eurocopter group(2005,keuntungan mereka 3.5bilion) melabur dalam bidang perkhidmatan penyelengaraan dan pembaikan
- di Malaysia penubuhan eorucopter sejak 2002 telah menghasilkan sejumlah 37buah pesawat
-contoh pekerjaan saintis, jurutera,juruteknik, penerbangan awam boeing,airbus
- pembangunan penyelidikan
-razaksat
-
kebaikan dari perspektif pertahanan dan ketenteraan Negara
-kuasa2 besar berlumba2 menghantar satelit bg tujuan ketenteraan
-
Kesimpulan kita perlu kerjasama kerajaan dan pihak swasta. Kejayaan ini akan merangsang bidang aeronatik di mana kita boleh mencipta sendiri prototaip roket Negara.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN

SEMOGA PASUKAN BOLA TAMPAR S.K PEKAN SATU W.P MENJADI JUARA DALAM PERLAWANAN PADA PETANG NANTI

PASUKAN PEREMPUAN FINAL

PASUKAN LELAKI SEMI FINAL DAN INSYA ALLAH PASUKAN LELAKI JUGA MARA KE FINAL

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 18 APRIL 2009 2.15 PETANG

AG ADI HJ TUAH ( PENGUCAPAN AWAM )
Menyanyi lagu jalur gemilang
Menarik orang putih berpidato
Kebaikan yang kita lakukan bertahun-tahun akan hilang apabila kita melakukan sekali kejahatan yang orang akan kenang
Cari bahan menggunakan teknologi sedia ada dan yang terkini seperti penggunaan e-mobile
NOTA 18 APRIL 2009 8.05 MALAM ( KESELAMATAN ICT )..CHRISTOPER

Awasi keselamatan database maklumat murid
Keselamatan peralatan hendaklah dikunci/password
Data dan sistem seperti rumah dan orang
Data scramble..encryption
Bilik ICT hendaklah punyai pelan keselamatan bencana
Berhati-hati dengan pendaftaran untuk log in
Penipuan online
Updated data di laman web penipu. Berhati-hati
Fungsi Trojan/spyware adalah pelombong data untuk kegunaan komersial
Jangan bermain dengan kredit kad di internet. Pastikan ada ssl atau warna kuning2
Worm akan serap semua memory atau kelajuan komputer
Tengok rangking antivirus yang bagus setiap minggu di google seperti Bit defender, kaspersky
Kalau antivirus terlalu kuat tak juga elok jika ia mempengaruhi fungsi asal komputer
Yang penting fail boleh terjaga
Bombs sistem komputer
hrmis ( perkongsian maklumat pintar )
alert dengan sistem perisian baru
Pembudayaan komputer pada peringkat awal kanak-kanak
Jangan biarkan internet online ketika kita keluar

NOTA 19 APRIL 2009 8.05 PAGI ( HJ HAMKA )

Visi ialah apa nak buat. Pendek-pendek saja seperti maju 2019
Misi ialah apakah perkara yang hendak kita nak laksanakan dari aspek tujuan
Kita kurang penghayatan dan menghargai sesuatu apabila sesuatu benda itu kita dapat dengan mudah tetapi jika sukar adalah sebaliknya
Setiap kakitangan perlu ada fail meja
Perbaiki mutu kerja agar orang lain tidak boleh pertikai
Melaksana tugas atau kerja minta surat lantikan
Senarai tugas guru 5 sahaja iaitu (.......)
Punch kad warna kuning. Kalau lewat 3 kali tukar warna hijau. 2 kali lagi tukar kad merah. Dan jika teruk lagi akan diambil tindakan tatatertib
Disiplin ialah patuh kepada peraturan
Kursus 5S + safety
Amalan positif bekerja
Amalan Positif akan melahirkan keseronokan bekerja
EQ(emosi), IQ(intelek) dan SQ(sosial)
sabar umpama kepala bagi badan manusia
Berani mencuba idea baharu (jutawan muda penjual menu resepi Irfan Khairi)
Hargai nikmat walaupun nampak seperti kecil
Hidup ibarat aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair.

NOTA 19 APRIL 2009 10.55 PAGI ( PONIMAN BEJOK ) KOMUNIKASI
Komunikasi adalah memerlukan dialog dengan sesuatu atau seseorang
Pengurusan masa yang baik
Rasional larangan murid membawa hp ke sekolah
Proses mewujudkan persamaan antara dua individu
Komunikasi adalah seni menyalurkan maklumat
Kehadiran seseorang itu bergantung kepada persepsi
Betulkan kebiasaan dan biasakan perkara yang betul
Jangan mulakan ucapan dengan memohon maaf. Di penghujung boleh
Pindahkan maklumat dalam bentuk simbol bermakna.
Menginterpretasikan
Ok murid-murid, faham? Faham..tanya semula
Pemimpin yang sempurna
Halangan komunikasi faktor dalaman individu ( pengetahuan, nilai, pengalaman, sikap, persepsi )
Halangan komunikasi faktor luaran ( cuaca, bahasa, bunyi, fizikal, masa )
Rostrum adalah alat perlindungan daripada kelemahan diri
Jangan kita mengharapkan semua orang bersetuju dengan kita. Kalau majoriti seetuju, kira ok lah
Jangan kerana seorang murid hendak ditangani, murid yang lain tidak dapat belajar: ia adalah kesilapan yang jelas
Langkah-langkah mengatasi gangguan komunikasi ( bahasa, pembawaan mulut, kawal aliran maklumat, dengar secara aktif, gunakan tanda-tanda bukan lisan )
Kawal percakapan anda di khalayak kerana audience yang mempunyai latar belakang pelbagai
Sebagai guru, orang takkan peduli. Yang dikisahkan mereka ialah samada kita boleh ambil berat dan ada sifat kasih sayang terhadap orang lain.
Tanamkan azam teruslah belajar
Komunikasi bertulis ( surat, arahan, gambar, laporan, email,peraturan, carta, memo)
Pola komunikasi (atas-bawah,bawah-atas, mendatar )
Halangan mendengar ( berpura-pura mendengar dan menunjukkan minat, mendengar untuk mencari peluru )
Tukarkan perkataan saya kepada kita supaya ada rasa kepunyaan
Mesej hendaklah supaya lebih jelas
Bahasa positif ( sanjungan secara menyeluruh, penghargaan, mengiktiraf)
Lawak kena pada masa dan tempatnya
Teknik memuji(pada pendapat saya, laporan ini baik )
Sebut dengan tepat perkara yang dipuji
Kemahiran mengkritik( kamu sudah ada peningkatan dan hasil kerja yang saya inginkan, tetapi cuba kurangkan kesilapan supaya usaha kamu lebih mantap) bukan ayat seperti( kerja kamu masih tak elok )

Saturday, April 18, 2009

NOTA 18 APRIL 2009 2.15 PETANG

AG ADI HJ TUAH ( PENGUCAPAN AWAM )
Menyanyi lagu jalur gemilang
Menarik orang putih berpidato
Kebaikan yang kita lakukan bertahun-tahun akan hilang apabila kita melakukan sekali kejahatan yang orang akan kenang
Cari bahan menggunakan teknologi sedia ada dan yang terkini seperti penggunaan e-mobile
PENGENALANPENGUCAPAN AWAM
Satu aspek penting dalam bidang pembangunan diri. Penggunaan kemahiran ini menentukan kejayaan bagi diri seseorang.
kurnian
berusaha
Memerlukan penguasaan teknik yang betul dan latihan yang serius.
PERSEDIAN AWAL
TUJUAN CERAMAH
memberi maklumat (informative)
mewujud semangat membuat sesuatu (persuasive)
pandangan baru
Memberi panduan terhadap tindakan tertentu.
smbg……
MENGAPA ANDA DIPILIH
pakar
reputasi
Pengalaman
mengisi kekosongan
smbg…
TAJUK UCAPAN
jika ditetapkan
pasti mempunyai pengetahuan mengenai bidang berkenaan serta tidak kekok untuk berbicara.
jika bebas
pilih tajuk yang paling disenangi
smbg…..
TARIKH
perlu diketahui awal
tiada komitmen lain
Masa yang cukup untuk persediaan
smbg…..
TEMPAT CERAMAH
bentuk
keluasan bilik
susunan tempat duduk
peralatan
smbg….
KEMUDAHAN – KEMUDAHAN YANG LAIN
alat – alat bantuan
mimbar (rostrum )
papan tulis
projector OHP
komputer riba
LCD
dll.


smbg….
TEMPOH CERAMAH
berapa jam
waktu bila

smbg…..
KANDUNGAN UTAMA
pastikan kandungan utama
pastikan skop ceramah
smbg….
PROFAIL AUDIEN
Melalui analisis sebelum
bilangan yang hadir
umur
pekerjaan
pengalaman
tahap pendidikan
sikap
sex
smbg….
Melalui analisis semasa
Mengenalpasti tanda negatif
Membuat perubahan (kandungan , bahasa , penyampaian , sebagainya )
JENIS PENGUCAPAN AWAM
Impromptu
Memorized ( Penghafalan )
Manuscript
Extemporaneous
TUJUAN PENGUCAPAN AWAM
Memberitahu
Mempengaruhi
Memberi Inspirasi
Menghibur
Mengacara
STRUKTUR UCAPAN
PENGENALAN
menarik perhatian
memperkenalkan tajuk
mewujudkan kemesraan
ISI
mesti diberitahu (must know)
harus diberitahu (good to know)
boleh diberitahu (nice to know)
smbg….
PENUTUP
ingat kembali
kemuncak
memberikan penekanan
memorable statement

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN AKAN DISAMBUNG PADA 20 APRIL 2009 JAM 2 PETANG

SEMI FINAL
PASUKAN LELALKI

FINAL PASUKAN PEREMPUAN

KURSUS INDUKSI SSM KUMPULAN 1 BIL 1 / 2009 ANJURAN JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN 17-30 APRIL 2009

NOTA 18 APRIL 2009 8.00PAGI

Tuan Hj Mohd Hamka berasal dari Johor Ketua Sektor Kaunseling JPWPL jam 8.09 AM PEMBANGUNAN KUMPULAN:-
Berharap bilangan tidak akan berkurangan
LDK / Kumpulan dinamika / ice breaking umpama kepala keretapi
Peringkat awal adalah paling kritikal dalam kursus
Berbanggalah dengan apa yang ada
Segala tindakan, lihat dulu diri kita
Ambil bahagian secara aktif
Sesi perkenalan diri 8.19 pagi - 8.45 pagi

Friday, April 17, 2009

KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN SEHINGGA JAM 5.30 PETANG

PASUKAN PEREMPUAN S.K PEKAN SATU BERJAYA MELANGKAH KE FINAL.

MANAKALA

PASUKAN LELAKI S.K PEKAN SATU SEBENTAR TADI DENGAN PENUH BERGAYA MELANGKAH KE SEMI FINAL

TAHNIAH.. TERUSKAN PERJUANGAN

KEPUTUSAN SEMASA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN SEHINGGA JAM 4 PETANG

SAYA DIMAKLUMKAN MELALUI SMS DARIPADA RAKAN JURULATIH SEBENTAR TADI BAHAWA

PASUKAN LELAKI S.K PEKAN SATU BERJAYA MENGALAHKAN PASUKAN S.K PEKAN DUA

SYABAS DAN TERUSLAH KONSISTEN

Thursday, April 16, 2009

HARI KEDUA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN : SEMAKIN MENGHAMPIRI SASARAN BAGI PASUKAN S.K PEKAN SATU

S.K SUNGAI BEDAUN : 16 APR, Pasukan Perempuan S.K Pekan Satu pada petang tadi secara matematiknya telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada hari esok menentang johan kumpulan B.
Pada perlawanan pertama menentang Sjk ( Chi Wen ), pasukan sekolah telah menang 2-0. Perlawanan kedua menumbangkan pasukan S.K Tanjung Aru 2-0. Walaupun begitu, pada perlawanan terakhir terpaksa akur dengan kehebatan pasukan S.K Pekan Dua dengan keputusan tewas 1-2.
Secara keseluruhannya, saya melihat pasukan perempuan SK Pekan Satu bermain pada tahap sederhana bagi ketiga-tiga perlawanan. Dua pasukan yang berjaya dikalahkan mungkin bukanlah berada pada kelas prestasi setaraf dengan pasukan sekolah.

Kekalahan dalam perlawanan terakhir menentang pasukan S.K Pekan Dua saya rumuskan di atas 3 faktor utama iaitu keletihan, salah percaturan pada set penentuan dan kegagalan mencari rentak permainan sebenar. Sekiranya pasukan ini dapat melepasi halangan separuh akhir, saya menjangkakan pertemuan ulangan SK Pekan Satu VS SK Pekan Dua akan berlaku pada peringkat akhir. Jika ia menjadi kenyataan, peluang pasukan perempuan SK Pekan Satu bergelar juara agak cerah dari segi taktikal.
Bagi pasukan lelaki, pada hari ini mereka tidak sempat beraksi kerana hari semakin maghrib. Pasukan yang ditentang juga saya ibaratkan sebagai juara sebenar pada peringkat akhir nanti. Walaupun begitu, jika pasukan lelaki SK Pekan Satu mengekalkan mentaliti yang tidak mudah mengalah seperti perlawanan semalam menentang SK Membedai, saya yakin pasukan ini akan memberikan kesukaran kepada pihak lawan untuk menjadi juara kumpulan A. Jika berjaya mengalahkan pasukan SK Pekan Dua esok, saya tidak lagi meletakkan sasaran pasukan ini hanya mara pada peringkat separuh akhir tetapi lebih jauh daripada itu.
Kepada para pemain pasukan bola tampar lelaki dan perempuan SK Pekan Satu, saya doakan anda berjaya walaupun esok yang merupakan detik penentuan penting tetapi saya tidak dapat bersama kalian di atas urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan. Terus berpegang kepada slogan "Apa yang penting? KERJASAMA "
Selamat maju jaya

BOLA TAMPAR LELAKI S.K PEKAN SATU VS SK MEMBEDAI : SATU PERMULAAN YANG BAIK

S.K SUNGAI BEDAUN : 15 Apr, Pertandingan bola tampar bawah 12 tahun peringkat MSSWPL telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Bagi pasukan bola tampar lelaki S.K Pekan Satu, walaupun terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk perlawanan menentang pasukan S.K Membedai, tekanan tersebut berjaya diserap oleh para pemain dengan semangat sepasukan yang tinggi dan kerjasama yang ampuh. Keputusan set pertama 25-20 dan set kedua 26-24.
Bermula dengan sedikit gugup sehingga memaksa lawan mendahului 15-7 pada set pertama, pasukan lelaki S.K Pekan Satu berjaya menunjukkan kebangkitan dan semangat tidak mudah mengalah. Demikian juga pada set kedua, pernah ditinggalkan pada mata 2-9 dan 22-24, mentaliti pemain yang tinggi berjaya mempastikan kemenangan pertama ini dapat digapai pada hari pertama semalam.
Perlawanan yang sungguh mendebarkan tersebut banyak memberikan pengajaran dan input berguna kepada pasukan akan kelemahan yang harus diperbaiki segera.
Pada hari kedua merupakan penentuan bagi pasukan sekolah, apakah mampu mencapai sasaran ditetapkan. Separuh akhir bagi pasukan lelaki dan final bagi pasukan perempuan.

Sunday, April 12, 2009

PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH

TARGET PERINGKAT NEGERI : SEMI FINAL
LELAKI
UTAMA
1. MOHD NORAZWAN ( KAPTEN )
2. MADWAN ( SPIKER )
3. MOHD SHADAN ( SETTER )
4. MUHD IZZAT (SPIKER)
5. MOHD AZHAR ( SETTER )
6. RAZMI ( SPIKER )
SIMPANAN
7. MOHD AMIL( GOOD SERVICE )
8. MD FARIS( GOOD SERVICE )
9. MD AJWAD( GOOD SERVICE )
10. NORAZMAN( GOOD DIGGING )
11. ROHAIZAT( GOOD SPIKER )
12. SYAZRIL( GOOD SERVICE )

TARGET PERINGKAT NEGERI : FINAL
PEREMPUAN

UTAMA
1. NUR IZZATI OTHMAN ( KAPTEN )
2. MARLISSA UMOS ( SPIKER )
3. MARDIYAH ( SETTER )
4. CHERYLN APIANG (SPIKER)
5. NAYLI NUR INSYIRAH ( SETTER )
6. HAIZATUL AMIRAH ( SPIKER )
SIMPANAN
7. SITI NABILAH AG SULAIMAN ( GOOD SERVICE )
8. SITI HANISSAH BTE JAINUDIN ( GOOD SPIKER )
9. ZAUFFA RASID ( GOOD SERVICE )

BENGKEL PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN SUMBER MEDIA UNTUK PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM

UJANA CONVENTION CENTRE : 11 APR, BENGKEL PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN SUMBER MEDIA UNTUK PENDIDIKAN NILAI MERENTASI KURIKULUM KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BELIA BERETIKA, KREATIF DAN CELIK IT telah dilaksanakan bermula 9 hingga 11 April 2009 di W.P Labuan. Hadir menyertai bengkel tersebut ialah guru terpilih dari semua sekolah di W.P Labuan. Bengkel yang bertemakan Penghasilan Bahan Sumber dan Teknologi Mobil itu telah merangsang para peserta untuk menggunakan fasiliti sedia ada khususnya laptop dan telefon bimbit dalam menghasilkan produk pengajaran yang kreatif dan menarik. Bengkel tersebut adalah kerjasama UKM, Jabatan Pelajaran Labuan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri W.P Labuan.



























Saturday, April 4, 2009

mtq09 note

24 MAC 2009 ( SELASA )
1. Jam 7.30 Pagi berkumpul di Lapangan Terbang Labuan untuk daftar masuk penerbangan MH2601 ke Kuala Lumpur ( KL). Tiba di KL jam 11.30 pagi.
2. Jam 2.50 penerbangan MH1336 ke Terengganu dan mendarat pada jam 4.00 petang.
3. Jam 4.15 petang menaiki teksi ke Hotel YT Midtown dan tiba di lobi hotel jam 4.30 petang untuk pendaftaran dan daftar masuk serta minum petang.
4. Jam 8.30 malam sesi taklimat bermula
i) Ustaz Ahmad Shuhaimi memberikan ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada para peserta kursus.Beliau minta peserta dapat laksanakan amanah yang diberi untuk melatih murid yang terpilih walaupun bukan murid di sekolah sendiri. Curahkan segala khidmat, ilmu dan kepakaran sepanjang berkursus dengan sebaiknya.
ii) 8.44 malam hingga 8.57 malam sesi memperkenalkan diri
iii) Ahli kursus sebulat suara melantik Cikgu Zainoren Bin Hj Jaik dari Sarawak sebagai Penghulu dan Cikgu Rasenah Bte Mat Yasin dari Putrajaya sebagai penghuluwati.
iv) Ustaz Ahmad Shuhaimi (pegawai pengelola)memperkenalkan penceramah setiap slot.
v) Ustaz Ismail Bin Hashim( Penolong Pengarah BPK) menyampaikan ucapan perasmian pembukaan.
- Beliau memulakan ucapan dengan salam keagamaan dan Surah Yusuf ayat 55.
- Menyatakan tentang jawatan ada dua iaitu jawatan yang dianugerah Allah dan jawatan yang kita harus berusaha mencari. Sebagai jurulatih, kita mesti bertanggungjawab dengan manh yang diberi.
- BPK akan memohon kepada JPA untuk menempatkan pegawai agama di Unit Pendidikan Khas negeri.
- 2 pendapat pemilihan jurulatih kursus ini ialah regular ( kekalkan jurulatih kursus tahun lalu untuk tingkatkan kualiti ) dan multi ( pilih jurulatih baharu supaya berlaku percambahan ilmu ). Beliau akan lihat hasil kursus tahun ini untuk pertimbangan pemilihan jurulatih tahun depan.
- Letakkan di minda ‘Akulah Jurulatih’.
- Dalam pendidikan khas perubahan akan berlaku
- Pesanan kepada kursus, bila pulang ke negeri masing-masing buat kursus jurulatih kepada guru-guru di negeri masing-masing.
- Sepatutnya kursus atau latihan peringkat negeri diadakan pada setiap bulan Februari oleh JPN. Harus diingat, duit JPN beratus ribu. Alasan Ketua Unit tak ambil perhatian tidak diterima. Bincang buat kertas kerja dan panggil penceramah. Pastikan takwim tahunan pendidikan khas negeri diselitkan perkara ini.
- Percayalah sehingga 2014, pendidikan khas tak mungkin dapat penuhi kouta guru agama pendidikan khas. Jurulatih mainkan peranan beri input berguna kepada rakan-rakan guru yang lain dalam pendidikan khas
- Motivasi kepada warga pendidik dalam pendidikan khas,sebelah kaki guru yang terlibat dalam dunia pendidikan khas sebenarnya di syurga dan tinggal sebelah lagi bergantung kepada keikhlasan serta usaha gigih kita. Anak didik kita yang berada di syurga akan memohon kepada Tuhan supaya guru yang pernah memberikan mereka pendidikan terbaik semasa di dunia dahulu.
- Tetapkan niat kerana Allah
- Jangan selalu merasa rendah diri ketika berhadapan dengan orang besar. Pengalaman talk level adalah contoh terbaik. Apabila kita bercerita mengenai ilmu pendidikan khas kepada mereka sebenarnya kita adalah orang yang lebih cerdik daripada mereka kerana mereka tidak tahu apa-apa pun.
- Beliau cabar jurulatih lahirkan lebih ramai hasil.

vi. Ustaz Ahmad Shuhaimi memaklumkan peserta etika pakaian ketika berkursus, tepati jadual dan sila berikan kerjasama yang terbaik. Sesi taklimat berakhir jam 10.18 malam.

25 MAC 2009 ( RABU )
Jam 8.35 pagi bermula. Penghulu minta peserta lelaki duduk di bahagian sebelah kanan dan perempuan bahgian sebelah kiri dewan kuliah.
8.48 Pagi bermula Slot 1 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Merupakan seorang pencipta lagu patriotik
- Gunakan ilmu supaya tidak berkarat
- 3 perbezaan lagu ialah lirik, irama dan cara menyanyi
- Nasyid adalah baiti lagu
- Pilih lagu mudah. Melodi yang sama dan tukar lirik sahaja.
- Perbezaan irama masri dan rentak masri
- Burdah ialah lenggang lenggok atau cara nyanyian
- Jangan paksa budak nyanyi lagu dengan suara yang memekik kuat nanti tone lari
- Definisi lagu ialah irama atau melodi yang dibunyikan
- Kewujudan nasyid melalui pengaruh Arab Parsi seperti burdah, ghazal, hadrah, nazam, marhaban dan berzanji.
- Perkembangan nasyid di atas melahirkan nasyid moden seperti pop, pop kreatif, pop etnik dan kontemporari
- Lagu banyak pattern harus berhati-hati supaya tidak menjadi medley
- Lagu mesti genap ( soal-jawab-soal-jawab-soal-jawab)
- Kesinambungan lagu ( masri-qasidah-masri)
- Nyanyian yang diiringi muzik bertujuan mewujudkan mood
- Bridge ialah jambatan penghubung lagu
- 4 bar berturut-turut dianggap lagu ciplak
- Belajar not suara DO RE ME FA SO LA TI

11.07 pagi bermula Slot 2 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Berlatih menyanyikan lagu bertajuk Cinta Abadi
- Lagu yang disampaikan hendaklah mengikut kesesuaian mesej. Pastikan ada semangat dan eksperesi
- Kalau perempuan, jaga adab yang sesuai
- Kesesuaian julat melodi
- Perbafasan
- Semangat/ riang
- Penceritaan lagu
- Kesesuaian melodi dan pelbagai rentak
- Disiplin lagu dan kreativiti perlu sesuai dengan penyanyi
- Lirik tidak tergantung



2.53 petang bermula Slot 3 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- Latihan dalam kumpulan mencipta lagu nasyid moden atau kontemporari untuk persembahan pada slot 4 malam nanti
- 2 persoalan dijawab perbezaan irama dan rentak masri. Irama masri ialah melodi yang ada bunga tarannum manakala rentang masri ialag gendang atau pukulan yang menghasilkan bunyi rentak masri
- Latihan harmoni atau lapisan suara. Suara sembrono, bass. Harmoni dalam satu kod.
- Bahagian suara ada 2 iaitu vocal dan gubahan
- Suara dinilai dari segi muzikal
- Suara yang kuat adalah menyeksa! Jadi ia tak perlu
- Pastikan 5 perkara berikut yang akan dinilai:-
i. Pic, nada, tempo, frasa: Pic ialah kedudukan not, tinggi, rendah, sederhana, bertingkat, bertangga
ii. Kualiti ton : suara kasar, halus, nipis, tebal, kelunakan, karektor
iii. Harmoni : lapisan suara SATB
iv. Eksperesi : Dinamik/penghayatan
v. Sebutan : kejelasan dalam penghasilan suara

8.32 malam bermula Slot 4 ( Nasyid ) disampaikan oleh En Ramlan Haron
- 5 kumpulan mempersembahkan lagu nasyid masing-masing
- Berhati-hati dengan muzik supaya tidak menjahanamkan lagu
- Keputusan hakim melalui penjurian bersama. Semua hakim tahu siapa yang patut menang
- Jika ingin ilmu yang lebih kena cari sendiri
- Ubah diri sendiri dulu
- Kembangkan bakat sedia ada. Jadikan murid sebagai eksperimen
- Tahu sikit, cari lain dan tahu menghargai
-
26 MAC 2009 ( KHAMIS )
8.07 Pagi bermula Slot 5( TARANNUM ) disampaikan oleh Hj Mazlan Bin Ibrahim
- Bacalah Al Quran itu setartilnya yakni dengan betul dan bacaan merdu disukai Allah
- Balat boleh dipupuk
- Kita boleh meniru sesuatu
- Suara boleh digubah
- Mahattah pendek hasilkan harakat pendek yang cantik
- Kecantikan suara dan tingkatan suara harus difahami sebelum berlatih
- Kedudukan suara:-
i. Suara dalam rongga otak
ii. Suara dalam rongga hidung
iii. Suara halkum
iv. Suara yang keluar dari dada
- Suara mesti ada pembahagian supaya bila lama mengaji suara tak cepat serak
- Bentuk, perhati ,tiru
- Setiap gerigi suara dipanggil burdah
- 2 jenis burdah ialah asli(lembut) dan sinaie( keras dan jarang)
- Beberapa pokok Taranum ialah bayati, sabah, hijaz, nahwan, ras, siqah
- Fahami konsep :
Gabungan burdah = 1 qitaah
Gabungan qitaah = 1 mahattah
Gabungan mahattah = 1 harakat
Gabungan harakat = 1 tarannum
- Azan mengandungi tarannum terkenal iaitu husaini(Bilal Bin Rabah) dan hijaz(mekah,madinah)
- Curi nafas haram dalam membaca Al Quran. Sila berhenti di waqaf tertentu seperti hasan
- Tarik nafas dari hidung, simpan dan tahan dalam perut dan keluarkan suara banyak manakala angin dari perut sedikit demi sedikit supaya nafas panjang.
- Belajar tarannum bayati
2.12 Petang bermula Slot 6 ( TARANNUM ) disampaikan oleh Hj Mazlan Bin Ibrahim
- Belajar tarannum hijaz dan tarannum nahwan
- Belajar tarannum penutup iaitu bayati husaini
- Latihan praktikal semua tarannum
- Mendengar contoh tarannum yang disampaikan beliau sendiri

8.49 Malam bermula Slot 7 ( BERCERITA KISAH DARI AL QURAN ) disampaikan oleh Ustazah Roziana Bte Hj Tahir
- Kita perlu merasa hebat dan yakin dengan diri sendiri serta merasa amat diperlukan
- Sisipan dalam cerita seperti sajak, nasyid, syair dan props yang bersesuaian
- Letakkan diri kita dalam diri murid
- Mudahkan ayat atau skrip, rima
- Kalau ada perkara yang kita tidak inginkan terjadi ingatlah Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
- Bezakan bercerita dengan syarahan dan ingat kedudukan penonton kanan, depan, kiri
- Jadikan diri kita orang yang jarang menolak tanggungjawab dan pastikan saya menurut perintah
- Kerjaya guru bukanlah lubuk duit yang banyak tapi tempat menabur bakti
- Rakamkan aksi murid supaya dia boleh perbaiki kelemahan diri
- Ingat nada bercerita, fahamkan dahulu murid jalan cerita
- Dialog nabi jangan buat. Hanya dalam bentuk kenyataan ayat pendek saja
- Tak perlu aksi keterlaluan supaya cerita menjadi lebih dramatik
27 MAC 2009 ( JUMAAT )
8.13 Pagi bermula Slot 8 ( BERCERITA KISAH DARI AL QURAN ) disampaikan oleh Ustazah Roziana Bte Hj Tahir
- Sumber kekuatan yang ideal adalah melalui membaca
- Sebagai cikgu beliau merasakan seperti tidak berpakaian jika tidak memakai tanda nama. Beliau sanggup pulang ke rumah jika tanda nama tertinggal.
- Penyediaan isi cerita, rujuklah dalam 10 buah buku
- Isi, pengajaran, ehwal semasa dan sumber akan mencantikkan skrip
- Hidupkan suasana cerita
- Ikut keupayaan murid
- Jangan biarkan sisipan selingan memakan masa
- Hati-hati dengan cerita israiliat(keterlaluan/memburukkan nabi)
- Lagu ikut rentak cerita, lagu nasyid sahaja, hal ehwal semasa yang spesifik
- Jika murid mudah, mudahlah kerja guru
- Setiap perkara yang susah tetapi selalu dilakukan akan menjadi mudah
- Mengharap murid kita baik, bukan menganggap mereka baik
- Kalau UPSR rendah, salahkan guru sendiri
- 9.28 pagi latihan dalam kumpulan membuat isi dan skrip bercerita
- Pastikan buku peraturan pertandingan adalah yang terkini bukan yang terkuno
- Pembentangan hasil kerja setiap kumpulan







11.15 pagi bermula Majlis Penutupan Kursus
- Ucapan pengerusi majlis, doa dan Tarannum Al Quran daripada wakil peserta
- Ucapan Penghulu
i. Tahniah kepada penganjur kerana objektif berjaya
ii. Cadangkan buat kursus ke luar Negara bagi guru atau murid supaya pendidikan khas di Malaysia melangkah ke arah transformasi yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa
iii. Beliau memberi contoh kejayaan Pendidikan Khas Sarawak yang akan membawa murid ke Australia pada bulan September ini
iv. Murid boleh dibentuk
v. Kepentingan sosialisasi dan anjakan paradigma
- Ucapan Ustaz Ahmad Shuhaimi
i. BPK sentiasa memikirkan kaedah terbaik mencemerlangkan kualiti kursus
ii. Kurangkan kontroversi dan ikut peraturan
iii. Kad OKU mestilah original semasa pertandingan. Salinan tidak dilayan. Kad OKU akan disemak pegawai SPEK negeri penganjur
iv. Beliau berharap segala ilmu dapat dimanfaatkan sepenuhnya
- Ustaz Ismail Bin Hashim( Penolong Pengarah BPK) menyampaikan ucapan perasmian penutupan
i. 3 perkara yang perlu difikirkan warga pendidik pendidikan khas iaitu ke mana hala tuju murid pendidikan khas yang lebih 11 ribu orang ini dalam agama, ke mana pasaran kerja yang boleh disalurkan bagi murid ini dan kedudukan guru-guru agama pendidikan khas dari segi kenaikan pangkat
ii. Beliau memuji peserta kursus yang boleh bertarannum maknanya kursus kali ini menampakkan peningkatan dari segi kualiti
iii. Beliau merancang menghantar 15 orang yang terpilih dari kalangan peserta kursus ini untuk berkursus selama 2 bulan di ILIM atau Darul Quran. Gaji penuh jalan dan semua kos ditanggung. Tunggu surat siapa yang layak.
iv. Nasihat beliau kepada warga pendidik jangan jadikan pendidikan khas sebagai tempat melarikan diri dari bebanan tugas
v. Budak pendidikan khas sekarang bukan lagi pembeban tetapi sebagai pelengkap masyarakat
vi. Jalankan amanah, jangan jadi dajal
vii. Terima tanggungjawab sebagai amanah
viii. Sampaikan maklumat di negeri masing-masing
ix. Selamat berjumpa lagi pada Majlis TIlawah Al Quran Pendidikan Khas Kebangsaan 2009 pada 22 hingga 25 jun 2009 di uum kedah.
12.29 Tengahari majlis bersurai. 2.00 petang bertolak pulang dan tiba di Labuan tepat jam 9.15 Malam.

rpi kosong