Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas 2010 mungkin bukan milik Malaysia

Malam tadi saya menyaksikan perlawanan badminton Piala Thomas peringkat kumpulan membabitkan Malaysia menentang Jepun di tv. Umum mengetahui kita kalah 3-2 kepada Jepun walaupun sudah mendahului 2-0 melalui Lee Chong Wei dan bergu Koo Ken Keat-Tan Boon Heong. Mengulas lebih dalam perlawanan malam tadi saya rasakan pasukan kita masih belum bersedia untuk menjadi jaguh sebenar badminton dunia secara berpasukan. Kurangnya semangat juang melawan seperti semangat pasukan Jepun amat meresahkan saya. Bermain di negara sendiri seharusnya memberi kelebihan moral kepada pemain tetapi malangnya mereka tenggelam dalam tekanan dan cemuhan penonton. Salah siapa? Walaupun layak ke suku akhir, pasukan negara akan bertemu lawan yang lebih kuat hari ini iaitu Denmark sebagai jaguh Eropah. Mungkin semangat juang Denmark yang mungkin kurang sedikit berbanding Jepun boleh dijadikan asas kebangkitan Malaysia. Lupakan kekalahan malam tadi. Jurulatih seharusnya menurunkan pemain muda yang lebih bertenaga. Mungkin perubahan taktikal harus dilakukan seperti menurunkan Lee Chong Wei sebagai perseorangan kedua. Apa-apapun jika Malaysia berjaya malam ini, dan bertemu China di separuh akhir, secara meritnya China lebih layak ke final dengan kelebihan 51%. Bukan niat saya menidakkan kemampuan Malaysia, tetapi mungkin pandangan saya akan berubah setelah melihat prestasi Malaysia malam ini bertemu Denmark. Ramalan saya....Malaysia 3 Denmark 2

No comments: