Tuesday, July 28, 2009

MACAM-MACAM


LITTLEHAMPTON - Seekor kucing menekan butang nombor 999 menyebabkan anggota-anggota polis bergegas ke rumah pemiliknya di East Preston, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Anggota-anggota polis itu mendapati terdapat pasu pecah dalam rumah tersebut ketika memantaunya dari tingkap menyebabkan mereka bimbang jika perompak memasuki kediaman pemilik kucing berkenaan.
Tanpa membuang masa, anggota polis itu memecahkan pintu tetapi mereka gagal menemui pencuri.
Menurut pemilik kuicng itu, Lauren O'Shea: "Seorang rakan menghubungi saya selepas menyaksikan berlaku sesuatu di flat saya.
"Saya bergegas pulang dan anggota polis memberitahu bahawa mereka menyangka berlaku satu rompakan."
Menurutnya, dia kemudian memberitahu bahawa kucingnya mungkin menghubungi talian kecemasan kerana haiwan itu suka bermain dengan telefon bimbit. - Agensi

Tuesday, July 21, 2009

Malaysia 0 MU 2

Malaysia tetap hebat di mata dan hatiku. Ternyata barisan pemain negara terus dikagumi oleh pengurus MU dengan aksi kepantasan dan semangat juang yang ditunjukkan dan langsung tidak melepaskan gol pada separuh masa kedua walaupun MU memasukkan kesebelasan utama mereka di masa kedua.. Kerana ketumpulan penyudah dan membuat keputusan di bahagian serangan membuatkan skuad negara tumpas dengan jaringan pantas pada minit ke 10 dan 12 daripada Macheda dan Owen. MU setelah gol itu terus melancarkan serangan selepas itu, tetapi kekebalan pertahanan dan penjaga gawang Malaysia menidakkan pesta gol MU bahkan barisan pemain muda Malaysia pada masa kedua yang dilihat lebih bertenaga dan mendominasi permainan melawan pemain bintang MU. Dua gol mudah MU boleh dielak andainya pemain pertahanan tidak gugup pada awal permainanan. Apa-apapun tahniah Malaysia!!!

Monday, July 20, 2009

HARIMAU MALAYA BERSEDIA MEMBAHAM AMUKAN THE RED DEVIL ( SYAITAN MERAH )


Antara amukan harimau atau syaitan, yang mana satukah akan mendominasi pertarungan ulangan Malaysia menentang Manchester United malam ini. Tinggal 2 jam lagi sepak mula akan dilangsungkan. Rata-rata pengkrtitik begitu optimis Malaysia akan diganyang pada malam ini, tetapi tidak bagi saya. Yakinlah perlawanan pada malam ini akan menjadi sejarah hitam buat pasukan syaitan merah dengan tersungkurnya beberapa bintang utama mereka akibat tajamnya taring sang Harimau di atas padang. Para pemain Malaysia, ayuh berjuang habis-habisan. Pastikan kemenangan bergaya pada malam ini akan menjadi permulaan revolusi bola sepak Malaysia. Harimau baham Syaitan!!! hahahahaha...

Sunday, July 19, 2009

HAMPIR SERI !

Aksi penonton yang patriotik
Amri Yahyah wira Malaysia menjaringkan 2 gol menekan Manchester United

Saya meyaksikan perlawanan menarik antara Skuad Malaysia menentang Manchester United (MU)di dalam sebuah restoran makanan halal di kawasan Utama Jaya petang semalam. Dikelilingi penyokong bola sepak MU barangkali membuatkan saya rasa seperti asing berada di situ sehinggalah suasana yang sinis melihat dua gol awal MU bertukar menjadi teriakan padu maut saya disertai pelanggan restoran yang semakin bertambah ramai apabila Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia pada hujung babak pertama. Ternyata gol itu membangkitkan semangat juang pasukan Malaysia pada babak kedua dengan berjaya mengawal rentak permainan MU yang sering kehilangan bola. Gol kedua Amri juga telah membuka mata penyokong MU tentang sebenarnya hati mereka tetap menyokong bola sepak Malaysia.
Tahniah penyokong MU. Saya rasa sangat tergelak melihat gelagat rakyat Malaysia yang memakai jersi MU tetapi terlompat-lompat keriangan apabila Malaysia berjaya menjaringkan gol. Walaupun hampir segenap pelosok Stadium diwarnai warna merah jersi The Red Devil atau Syaitan Merah, ternyata ngauman dan amukan Harimau Malaya pantas mencemaskan barisan pemain MU yang terpaksa bekerja keras mencari gol kemenangan. Mungkin kerana kesilapan taktikal jurulatih Malaysia yang terikut melakukan pertukaran ramai pemain menyebabkan fokus pemain Malaysia terjejas sehingga membuka ruang pemain Prolifik Eropah dan MU yang baharu iaitu Michael Owen menjaringkan gol kemenangan MU.
Emm tapi gol pertama dan gol ketiga MU seperti Ofside. Kalau benar maknanya Malaysia 2 MU 1. Malaysia menang la.
Andai keputusan semalam berakhir seri tentunya akan menjadi muka depan akhbar seluruh dunia tetapi laporan muka depan media seperti ESPN, AL Jazeera, Agensi Berita Antara dan BBC memaparkan kemunculan Owen pertama bersama MU dengan langkah kanan. Apa-apapun kita lupakan sejenak masalah MU gara-gara terpalit malu dibolosi dua kali oleh pemain Asia yang tidak ternama. Mungkinkah selepas ini, Amri Yahyah akan dilamar oleh pasukan elit seperti Real Madrid, Barcelona, Inter Milan mahupun Arsenal? Agak sinis dan mustahil kenyataan itu.
Tetapi nampaknya Pasukan Malaysia atau MU berpeluang menebus kembali perlawanan semalam dengan kembali berentap dalam perlawanan ulangan pada Isnin ini 20 Julai 2009. Apa yang diharapkan, Pasukan Malaysia dapat beraksi lebih pantas dan bijak kali ini. Tidak mustahil pasukan negara akan mencapai kemenangan tipis 1-0 atau setidak-tidaknya seri 0-0. Semoga berjaya Malaysia. Kepada rakyat Malaysia di KL, penuhi stadium dengan memakai jersi kebangsaan dan membawa Jalur Gemilang atas nama semangat Malaysia Boleh!

Saturday, July 18, 2009

SEDIH DAN GERAM !!


Dua situasi berbeza ketika sesi latihan bersama penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis petang. Ternyata budaya terlalu mengagungkan orang asing masih menebal seperti era penjajahan dahulu. Ketika membaca berita secara online, ternyata hati ini tersentuh dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak patriotik. Lihat saja gambar di atas, kasihan pemain kebangsaan kita seperti dipulaukan di negara sendiri. Wahai rakyat Malaysia penyokong Manchester United, tatkala kalian membanjiri Stadium pada petang ini dengan memakai jersi merah MU kebanggaan kamu, jangan lupa bawa sekali Jalur Gemilang bagi menunjukkan kamu bukanlah rakyat Malaysia yang tidak patriotik. Ingat! tingkah laku kamu akan dipantau oleh saya menerusi Televisyen sebentar lagi haha. hehe..

KESANGSIAN?

Ya, kita lupakan seketika misi besar skuad bolasepak Malaysia membenam pasukan Manchester United jam 5.30 petang ini kerana kita ada satu topik yang besar untuk dibincangkan sebentar lagi iaitu BENARKAH NASA MENIPU BAHAWA KENYATAAN SEBENARNYA IALAH MANUSIA TIDAK PERNAH MENDARAT DI BULAN.
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.
Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Wednesday, July 15, 2009

JADUAL WAKTU BAHARU


YES!!! MALAYSIA MENANG LAGI. SYABAS!

Malaysia mengalahkan Zimbabwe 1-0 bagi mencatat kemenangan kali kedua berturut-turut pada perlawanan persahabatan antarabangsa keduanya di Stadium Shah Alam di sini Selasa.Pemain pertahanan V. Thirumurugan menjadi wira pasukan kebangsaan kerana berjaya menyumbat satu-satunya gol dalam perlawanan berkenaan pada minit ke-38, selepas membuat larian cantik dan mengelirukan dua pemain pertahanan Zimbabwe sebelum membuat rembatan kencang melepasi celah kelangkang penjaga gol dan ketua pasukan Zimbabwe Tapiwa Mafunga.Pada perlawanan persahabatan pertama mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras Ahad lepas, Malaysia, yang menggabungkan pemain muda dan senior bimbingan jurulatih K. Rajagobal, membelasah Zimbabwe 4-0.Pemain senior yang diturunkan oleh Rajagobal termasuk ketua pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah, penyerang Kelantan Indra Putra Mahyuddin dan pemain pertahanan tengah KL Plus Norhafiz Zamani Misbah.Setelah mengalahkan pasukan pelawat dari Afrika itu dengan jumlah jaringan selesa pada perlawanan pertama, Rajagobal memberi peluang kepada pemain muda skuad kebangsaan beraksi di padang dengan membuat tujuh penggantian pemain pada separuh masa kedua perlawanan hari ini.Dua perlawanan persahabatan dengan Zimbabwe itu merupakan sebahagian daripada persiapan yang dibuat pasukan kebangsaan sebelum menentang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil."Dalam dua perlawanan persahabatan itu, saya telah menurunkan kesemua 28 pemain. Kini, saya dah ada dalam fikiran saya siapakah yang akan diturunkan sebagai barisan kesebelasan utama bagi menentang Red Devils Sabtu ini," kata Rajagobal selepas perlawanan hari ini.Jurulatih itu berkata memandangkan corak permainan apabila menentang kelab Inggeris itu dijangka panas dan pantas, pemain muda Malaysia perlu mempersiapkan diri untuk berdepan dengan aksi-aksi mendebarkan.

Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Mohd Asraduddin Putra Omar, Norhafiz Zamani Misbah, V. Thirumurugan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safiq Rahim, Amar Rohidan, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Khyril Muhymeen, Mohd Amri Yahyah, Mohd Sabre Mat Abu, Mohd Shakir Mohd Ali, Mohd Azmi Muslim, Khyril, K. Gurusamy, S.Kunanlan, Mazlizam Mohamad, Mohd Bunyamin Umar, Faderin Kadir, Stanley Bernard, Mohd Sharbenee Allawee, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.


ZIMBABWE: Godfrey Mangove, Brian Mapfumo, Voster Chitema, Tendai Samanja, Fidelis Mangezie, Charles Chiutsu, Asani Nhongo, Luckmore Simango, Chrisopher Semakwere, Daniel Zokoto, Abel Chimusaru, Darrly Nhahdoro, Daniel Kamunenga, Tapiwa Mafunga, Brian Mapfumo, Tendai Gwata, Lawrence Mdhluli, Makai Kawashu.

Monday, July 13, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Kejayaan pasukan bola sepak negara membenam Zimbabwe 4-0 malam tadi membuktikan masih ada sinar cerah masa depan bola sepak negara. Apa juga tafsiran negatif pengkritik tentang kemampuan dan keupayaan pasukan negara mempamer aksi terbaik malam tadi, jika saya sebagai pengurus pasukan akan mengambil sikap mengabaikan komen tidak membina tersebut.. Sebagai rakyat Malaysia, Kita harus rasa kagum dan bangga di atas kesungguhan pemain kebangsaan menjelang pertemuan menentang Pasukan Manchester United hujung minggu ini. Saya sebagai penyokong kuat nombor satu bola sepak Malaysia akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Maaysia. Andai kalah pun tidak bermakna kalah selamanya. Wahai pemain Malaysia, kekalkan rentak kemenangan anda. Malaysia Hebat!
KHABAR gembira dijelmakan pasukan bola sepak kebangsaan.
Skuad kendalian K. Rajagobal itu mencatat kemena- ngan bergaya 4-0 ke atas Zimbabwe pada perlawanan persahabatan di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.
Turun dalam misi membentuk pasukan terbaik menjelang aksi persahabatan menentang juara Liga Bola Sepak England, Manchester United hujung minggu ini, pasukan negara tampil pada kelas tersendiri.
Malah, kemenangan itu juga dianggap sesuatu yang positif berdasarkan perbezaan ranking antara pasukan negara dengan Zimbabwe.
Ketika ini, Zimbawe menduduki ranking ke-116 dunia, kedudukan yang jauh lebih baik berbanding Malaysia yang sekadar berada di tangga ke-157.
Selain itu, permainan agresif yang dipamerkan pemain negara turut menceriakan hampir 3,000 peminat bola sepak tempatan yang hadir memberi sokongan.
Pada aksi semalam, Safiq Rahim terlebih dahulu membuka jaringan apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.
Mereka memperoleh sepakan tersebut selepas Nor- shahrul Idlan Talaha dijatuhkan pemain Zimbabwe, Asani Nhongo dalam kawasan kotak penalti.
Babak kedua bersambung, giliran Indra Putra Mahayuddin meletakkan namanya selaku penjaring.
Indra yang menjadi nadi kepada kebangkitan pasu- kan Kelantan musim ini mudah menanduk masuk bola hantaran silang S. Kunalan pada minit ke-49.
Pada minit ke-85, derita pasukan pelawat bertambah apabila pemain gantian, Farderin Kadir menjadikan kedudukan 3-0.
Farderin bijak melepaskan rembatan leret dari sebe- lah kanan untuk menewaskan penjaga gol Zimbabwe, Godfrey Mangove.
Kerakusan skuad negara diteruskan apabila Nor- shahrul meledakkan gol peribadi keduanya untuk Malaysia melengkapkan kemenangan 4-0 pada minit ke-88 perlawanan itu.