Thursday, April 16, 2009

HARI KEDUA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSWPL BAWAH 12 TAHUN : SEMAKIN MENGHAMPIRI SASARAN BAGI PASUKAN S.K PEKAN SATU

S.K SUNGAI BEDAUN : 16 APR, Pasukan Perempuan S.K Pekan Satu pada petang tadi secara matematiknya telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada hari esok menentang johan kumpulan B.
Pada perlawanan pertama menentang Sjk ( Chi Wen ), pasukan sekolah telah menang 2-0. Perlawanan kedua menumbangkan pasukan S.K Tanjung Aru 2-0. Walaupun begitu, pada perlawanan terakhir terpaksa akur dengan kehebatan pasukan S.K Pekan Dua dengan keputusan tewas 1-2.
Secara keseluruhannya, saya melihat pasukan perempuan SK Pekan Satu bermain pada tahap sederhana bagi ketiga-tiga perlawanan. Dua pasukan yang berjaya dikalahkan mungkin bukanlah berada pada kelas prestasi setaraf dengan pasukan sekolah.

Kekalahan dalam perlawanan terakhir menentang pasukan S.K Pekan Dua saya rumuskan di atas 3 faktor utama iaitu keletihan, salah percaturan pada set penentuan dan kegagalan mencari rentak permainan sebenar. Sekiranya pasukan ini dapat melepasi halangan separuh akhir, saya menjangkakan pertemuan ulangan SK Pekan Satu VS SK Pekan Dua akan berlaku pada peringkat akhir. Jika ia menjadi kenyataan, peluang pasukan perempuan SK Pekan Satu bergelar juara agak cerah dari segi taktikal.
Bagi pasukan lelaki, pada hari ini mereka tidak sempat beraksi kerana hari semakin maghrib. Pasukan yang ditentang juga saya ibaratkan sebagai juara sebenar pada peringkat akhir nanti. Walaupun begitu, jika pasukan lelaki SK Pekan Satu mengekalkan mentaliti yang tidak mudah mengalah seperti perlawanan semalam menentang SK Membedai, saya yakin pasukan ini akan memberikan kesukaran kepada pihak lawan untuk menjadi juara kumpulan A. Jika berjaya mengalahkan pasukan SK Pekan Dua esok, saya tidak lagi meletakkan sasaran pasukan ini hanya mara pada peringkat separuh akhir tetapi lebih jauh daripada itu.
Kepada para pemain pasukan bola tampar lelaki dan perempuan SK Pekan Satu, saya doakan anda berjaya walaupun esok yang merupakan detik penentuan penting tetapi saya tidak dapat bersama kalian di atas urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan. Terus berpegang kepada slogan "Apa yang penting? KERJASAMA "
Selamat maju jaya

No comments: