Tuesday, January 20, 2009

RAWATAN AUTISMA?

LANGKAH PENCEGAHAN DAN RAWATAN


Tidak ada ubat khas yang boleh merawat Autisme ,tetapi pelbagai cara dikaji untuk membolehkan tingkahlaku kanak-kanak Autisme menjadi lebih baik .Pelbagai jenis rawatan tradisional dan bukan tradisional dicuba oleh keluarga kanak-kanak Autisme untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian .Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk memperbaiki tingkahlaku namun tiada ubat utama yang berkesan secara konsisten dalam merawat Simptom Autisme .Ubatan yang paling luas digunakan adalah ritalin yang digunakan unutk merawat kurang tumpuan perhatian dan Hyperaktif .Namun ,tiada kajian dijalankan unutk menunjukkan tahap keberkesanannya.Kepada mereka yang mempunyai Autisme (Edelson ,1999).Dua jenis rawatan yang menerima sokongan emperikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA)dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium .Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi tingkahlaku seperti peneguhan positif dan time out ,untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson ,1999).

Lebih kurang 45% daripada kanak-kanak yang Autisme dapat meningkatka kesedaran dan tumpuan perhatian setelah mengambil vitamin B6 dengan magnesium .Terdapat juga beberapa zat makanan pelengkap dan Di-methy-Iglycine(DMG).DMG banyak membantu ke arah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran komunikasi (Edelson ,1999).

Ada sebahagian individu autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan yang digelar ‘candida albicons’dalam saluran usus mereka .Tahap candida albicons yang tinggi mungkin menyumbang kepada factor masalah tingkahlaku mereka .Ia berlaku apabila kanak-kanak mendapat jangkitan di telinga tengah ,antibiotic yang melawan jangkitan mungkin merosakkan system pengawalan yis dalam saluran usus .Hasilnya ,yis akan tumbuh dan melepasakan toxin dalam darah dan toxin ini mungkin mempengaruhi tahap kefungsian otak namun ,ia boleh dirawat samada dengan perubatan ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson ,1999).Tingkahlaku Autisme juga disebabkan ketidaksesuaian dan sensitive terhadap makanan .Banyak keluarga dapat memerhatikan wujud tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan dikeluarkan dari menu kanak-kanak Autisme.Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino .Protein ini adalah gluten (seperti gandum, barli,oats)dan casein (dalam susu manusia dan susu lembu ) .Ramai ibubapa telah mengeluarkan bahan ini daripada dilihat membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku ( Edelson ,1999).

KAnak-kanak Autisme mempunyai kekurangan daripada segi sensori ,maka teknik integrasi sensori digunakan untuk merawat ketidakfungsian deria rasa ,vestibular dan proprioceptive senses .Sebahagian daripada teknik tersebut termasuklah membuai buaian dengan pelbagai cara untukmembantu menormalkan vestibular senses dan menggosokkan tescture yang berlainan kepada kulrt untuk deria sentuhan .Sebagai tambahan, seorang wanita autistic ,Dr. Temple Grandin , membentuk mesin peluk yang memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang ( Edelson,1999).Kebanyakkkan individu Autisme sensitive terhadap bunyi dalam persekitaran..Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi bagi mereka menyakitkan .Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu langkah yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya.Latihan penglihatan merupakan satu langkah untuk menormalkan pandangannya.Ia daripada program yang popular dibentuk oleh Dr.Melvin Kaplon ,termasuklah memakai prism atau Lensa dan membentuk latihan pengesahan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalakn system penglihatan (Edelson,1999).


PERKEMBANGAN BAHASA

Penggunaan bahasa dengan baik adalah satu kekurangan bagi kanak-kanak autistic .Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif .Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas .Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur ,penulisan dan bahasa isyarat yang formal .Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga menjadi penyebab masalah sosial dan perkembangan kognitif .Namun demikian, bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak autistic biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka .Oleh itu, masalah bahasa boleh menjadi lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku.

Kanak-kanak autistic tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmental phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat .Pada kebiasaannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa .Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan .Linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autistic dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang lain seperti mental retardasi,pekakdan lain-lain .Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian diantaranya ialah Ekolalia yang merupakan ciri yang paling menonjol.Adalah kekerapan di mana mereka mengulang-ulang apa yang diucapkan kepada mereka .Ekolalia ini berlaku apabila kanak-kanak autistic mengulang tanap niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatic.Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai iaitu :
i.Immediate Ekolalia - Pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut.
ii.Delayed Ekolalia – Diucapkan agak lama selepas perkataan asal disebut.
iii. Mitigated ekolalia- Pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan kepada apa yang dipertuturkan .
Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia namunia ketara kepada kanak-kanak autistic kerana ,kekerapan yang tinggi ,ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa dan pada kanak-kanak auitstik ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata.Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autistic kurang mempunyai daya kefahaman menjadi punca utama ekolalia .Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada, kekerapan dalam pengulangan akan ,enurun .Yang seterusnya ialah masalah kata ganti nama .Dalam kajian yang dijalankan di luar negara ,kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autistic ketika penggunaan kata ganti nama kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti ‘she’ atau ‘he’ atau penggantian seperti ‘him’ untuk ‘he’ .Ini juga sering berlaku kepada kanak –kanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain yang memunyai masalah bahasa .Masalah yang jelas kepada kanak-kanak autistic adalah kepada kata ganti nama pertama dan kedua seperti ‘you’ untuk dirinya dan ‘I’ unutk orang lain .Ini adalah kerana :
Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti ‘I’’ ,’you’ dan ‘me’ yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar unutk memahami makna perkataan ini .
Masalah kata ganti nama wujud kerana mereka tidak dapat mebezakan apa yang mereka fikirkan dan apa yang orang lain fahami dan kanak-kanak autistic juga tidak menumpukan perhatian unutk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa .Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program Intervensi bahasa boleh membantu :
Bahasa Idiosinkratik
Ada di antara kanak-kanak autistic menggnakan bahasa tersendiri sebagai komponen perantaraan .Bahasa yang dihasilkan sukar unutk difahami da semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantic yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman.Kanak-kanak ini mempunyai kecenderungan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks di mana mereka mula-mula belajar ,tanpa dapat membuat generalisasi unutk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada perkataan biasa digunakan dengan perkataan baru atau ncologisms di mana terdapat kombinasi morfem yang salah .Walaupun terdepat kanak-kanak autistic yang menggunakan bahasa yang tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia terlihat dalam satu-satu masa dan tiada dalam perbualan yang lain .Kanak-kanak lain pula mengulang perkataan perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak menunjukkan makna yang tepat sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Coggins dan Fredeckson (1988) ke atas seorang kanak-kanak autistic yang kerap mengulang-ulang perkataan “boleh saya cakap” yang mana ia ditujukan kepada rakan perbualan dan topic baru yang dimulakan oleh individu dewasa
iv)Nonscgmental phondogy
Kanak-kanak autistic biasanya menunjukkan kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang ‘nonssgmental’ yang juga disebut ‘prosody’atau bentuk-bentuk sajak dan puisi ,namun bentuk ini bereza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjukkan perbezaan yang berikut:
a.Rithma yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan .
b. Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian
c. Pitch suara yang terhad dan monotonus pertuturannya
d. pengeluaran vocal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa.
e.Nada bunyi yang berbeza dan tidak konsisten dengan makna yang ditekankan secara lisan
Kanak-kanak autistic tidak dapat menunjukkan perbezaa dalam intonasi yang digunakan dalam perbualan biasa
v.Kurang komunikasi berfungsi
Sukar menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanak-kanak autistic jika ekolalia diketepikan .Ini kerana ia sukar dibezakan kerana perbezaan dalam tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan .Kanak-kanak autistic kurang cakap dalam menarik perhatian rakan perbulalannya seperti membuat ‘eye contact’ menunjuk kepada sesuatu .Mereka lebih suka beritndak sebagai menurut lebih daripada menerajui perbualan .

Untuk mengatasi masalah bahasa ini ,pelbagai komunikasi dipermudahkan atau ‘Facilitated Coumunication ‘ telah dijayakan dengan pelbagai lat yang mempunyai input menggunakan menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti computer ata umesin taip elektrik .Individu autistic yang menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan .Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan ganti nama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci.Terdapat juga laporan yang menjelaskan mengenai pembahan dalam simantik dan kefahaman dalam komunikasi .Individu dengakeupayaan yang minimum untuk berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan ,tumpuan perhatian yang lebih baik ,bentuk lawak ,kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya .Kajian mendapati tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul dalam perbualan secara pertuturan .Namun, belum pasti bentuk komunikasi begini sesuai untuk semua kanak-kanak autistic .Antaranya elemen dalam bentuk komunikasi ini adalah sokongan fizikal,latihan wal ,pengekalan focus,elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan yang berstruktur .Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan .

Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autistic tidak terhad kepada mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja .Ini kerana kebanyakan kanak-kanak autistic menunjukkan seperti menghadapi mental reterdasi dan ciri –ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi .Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk menguasai pertuturan.Terdapat juga system auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa ,samada perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komuniaksi secara lisan tidak diketahui, tetapi ia memberi rasional untuk mengejar bahasa melaui visual atau stimulasi sentuhan kinastatik .Ciri lain seperti masalah ‘eye contact’ yang lemah ,rutin yang sama minat dalam peralatan mekanikal memandangkan agar mereka menggunakan system komunikasi yang lain .

Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaa latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa, namun kajian belum dapat menjelaskannya.Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistic ini lemah dalam meniru secara verbal dapat mengeluarkan pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual .Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autistic dan memerlukan kajian lanjut .
Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang kompleks dan memerlukan penaksiran yang berhati-hati untk melihat perbezaan tahap masalah lain.Bagi kanak-kanak autistic ,ia semakin kompleks kerana interaksi yang minat antara bahasa ,kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa yang sama.

1 comment:

Asma' said...

TERIMA KASIH ATAS PERKONSIAN INI..