Tuesday, January 20, 2009

PERKEMBANGAN EMOSI AUTISMA

PERKEMBANGAN EMOSI

Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autistic penentuan umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan. Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira bagaimana seseorang memberi respon.kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud(Edelson 2001). Sebagai contoh kanak-kanak berusia 2 tahun mempunyai tingkah laku yang tidak mahu membuat apa yang di suruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan yang tidak realistic dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial emosi sebagai contoh ,seseorang individu autistic dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat “temper tantrum”apabila berhadapan masalah kecil mereka akan berkelakuan seperti kanak-kanak 5 tahun.Ini kerana tahap intelektual kanak-kanak autistic tidak sama dengan umur sosial-emosinya.
Berdasarkan kajian Dr. Margeret Bauman mendapati (bukti Neutrologi yang secara tidak langsung menyokong perkaitan antara fungsi otakdan umur sosial emosi ketika menjalankan beberapa bedah siasat otak kanak-kanak autistic.Beliau secara konsisten mendapati sebahagian system ‘Limbic’ iaitu amygdale dan Hippcompus adalah tidak matang (Edelson 20001). Amygdala bertanggungjawab untuk beberapa aspek tingkah laku yang tidak bersabar dan memproses sensori manakala mppocompus bertanggungjawab untuk pembelajaran ,ingatan dan integrasi maklumat sensori .Walaupun ,kedua-dua berfungsi pada diri individu autistic tetapi ia kurang misalnya,kanak-kanak autistic yang berusia 10 tahun mungkin mempunyai amygdale yang sama seperti kanak-kanak berusia 3 tahun .Namun ,bagi mereka yang mengalami sindrom aspeger dan autisme yang berfungsi tinggi mempunyai ketidaknormalan amygdala tetapi hanya sedikit ketidaknormalan atau tiada langsung masalah hippocampus.Ini akan menyebabkan mereka hanya mengalami masalah emosi yang tidak matang apabila berada dalam situasi sosial .(Edelson,2001).Apabila kita mengambil kira umur sosial emosi dan bukan umur intelektual ,adalah lebih mudah untuk memahami kenapa mereka berkelakuan seperti kanak-kanak .Kesedaran terhadap perbezaan –perbezaan tersebut dapat membantu individu ini bagaimana untuk berkelakuan betul dalam situasi sosial emosi yang berbeza.

Yang menjadi persoalan ialah, adakah kanak-kanak autistic dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara seseorang ? Satu kajian yang dijalankan oleh Peter Holoson di mana kanak-kanak perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi .Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autistic mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka.Kank-kanak ini gagal untuk membuat hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan .Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditujukan dan didefinisikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan (Frith,1993).Perasaan yang ada dan cara dinyatakan melalui suara ,wajah dan gesture boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup.Jika ia diinterpretasikan dengan cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai sebahagian daripada kekurangan kognitif.

Keletah kanak-kanak autistic ketawa gelihati boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak autistic menunjukkan perasaan mereka adalah ia wujud dalam keadaan sosial yang betul .Sekurang-kurangnya dalam bidang kanak-kanak autistic dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain ,digeletek atau pergerakan mengikut muzik .Namun, agak ganjil apabila tiba satu peringkat umur di mana kank-kanak autistic lebih menyukai permainan kanak-kanak (Frith,1993)

Semasa kecil mereka lebih nampak gembira bersama satu aktiviti secar sendiri .Individu autistic tidak suka bergaul dengan rakan sebaya .Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari untuk mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri .Namun ia tidak akan dilakukan oleh kanak-kanak autistic.(Frith,1993).Kanak-kanak autistic berbeza dengan kanak-kanak normal termasuklah kanak-kanak sindrom down yang lebih suka berinteraksi dengan orang lain dan tidak suka duduk bersendirian .

Semakin mereka membesar ,individu autiatik menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak berupaya menunjukkan emosi yang betul pada tempat yang sesuai ,mereka juga boleh menunjukkan perasaan secara tidak ketara(Frith,1993)

Kemungkinan besar emosi awal yang dilihat merupakan tanda mereka belum matang .Individu autistic juga mempunyai beberapa ekspresi wajah ,posture badan yang kaku dan suara yang monotonus .Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian ,kurang peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh individu autistic untuk mengawal perasaan kekurangan kerana kurangnya minat semulajadi dalam komunikasi .Mint seperti ini sukar untuk dikekalkan tanpa penghargaan daripada orang lain yang mempunyai perbezaan pemikiran (Frith,1993)

Ekspresi emosi perlu dipeljari seperti bahasa kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran ,berkomunikasi dan memahami tahap mental tiada pada mereka (Frith,1993) .Mereka juga tidak mempunyai perasaan takut kepada bahaya terutamanya bagi kanak-kanak autistic yang masih kecil .Ramai ibubapa yang bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari ke dalam air yang dalam dengan berpakaian rapi .Namun, mereka kadangkala takut dengan benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas ,bila langsir diturunkan ,masa untuk mandi atau dengan binatang kesayangan rakan .Kanak-kanak autistic tidak memahami perasaan orang lain jatuh atau kanak-kanak lain dipukul .Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul atau terjadi tanpa apa-apa sebab.(Wing,1983)

Kanner mempunyai bahawa ketidaknormalan dalam perkembangan emosi merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistic masih kecil .Beliau mengambilkira kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai perkembangan yang normal sebelum menjadi autistic .Konsep ini terlalu global dan ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini .Kajian turut mendapati bahawa situasi tersebut dipermudahkan .Namun, kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau meberi arahan (Wing,1983).
PERKEMBANGAN KOGNITIF

Ramai individu autistic tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang kanak- kanak normal menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar menghadap rakannya. Seseorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pandangan berlainan mengenai gambar tersebut(Edelson,1999). Lebih kurang 10% individu autistic mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruangsemulajadi seperti bakat istimewa dalam muzik dan matematik. Ada diantara mereka boleh mendarab jumlah angka yang besar dalam waktu yang singkat bahkan ada yang boleh menentukan nama hari apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual penerbangan yang lengkap(Edelson,1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupannya.
Majoriti individu autisme juga mempunyai tumpuan atau focus yang terhad tetapi berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus overselectivity. Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada aspek sesuatu perkara sahaja yang tidak berkaitan. Contohnya mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di antara sudu dan garfu jika tumpuan diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemprosesan maklumat, kegagalan mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan seseorang itu untuk belajar terhad(Edelson,1999).
Individu autisme mampu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh memilih maklumat yang penting. Mereka mengekalkan input awal dalam bentuk yang jelas atau belum ditukar bentuk(uncoded form). Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak- kanak ini tidak boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangkamasa yang lama dan tidak boleh modifikasi maklumat dalam cara biasa perbelanjaan dijayakan(Paluszny,1980). Maklumat hanya kekal dalam jangkamasa pendek , sensori tertentu dan maklumat yang tidak abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi atau objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana ia digunakan memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak- kanak autistic apabila dibandingkan dengan kanak- kanak lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory(Paluszny,1979).
Wujud proses yang menjadi asas kepada pembentukan skema kognitif yang boleh digunakan oleh bayi yang normal daripada lahir tiada bagi bayi autistic. Bayi normal mampu mengimbas, boleh menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikait dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali sehingga dapat melihat maklumat penting yang ada. Kanak- kanak normal boleh mengaitkan dua input yang diberi dan mengasingkan secara mudah. Bagi kanak- kanak autistic, apabila dua perkara telah dikaitkan da antara satu sama lain ia seperti label yang telah ditampal di atas dua objek dan tidak boleh ditanggalkan. Di sini apabila satu daripada item itu ditunjukkan, mereka hanya mampu mengaitkan dengan apa yang dalam memori dan menyimpan maklumat tersebut. Memori kanak- kanak autistic seperti terikat dalam satu perkaitan yang telah ditetapkan dan tidak boleh diulang secara fleksibel. Sukar untuk kanak- kanak autistic membuat analogi, membuat jenaka, memahami jenaka, tidak memahami kiasan atau membentuk sesuatu secara berjenaka atau mereka sesuatu keadaan(Wing,1983).

No comments: