Tuesday, January 20, 2009

PERKEMBANGAN SOSIAL AUTISMA

PERKEMBANGAN SOSIAL

Kanak-kanak autistik sukar untuk membantu perhubungan sosialnya yang normal .Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi social .Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi mereka yang tiada atau hanya sedikit saja perhubungan ,tidak bermain atau brgaul dengan rakan sebaya .Bahkan bukan menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi,jika berjaya ,ia tidak boleh mengekalnya .Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat dalam pergaulan mereka dengan rakan semakin kurang kerana kegagalan mereka menangani isu social yang relevan ( Reed,1994) .Di dalam persekitaran inklusif ,guru sering melaporkan kekurangan interaksi social walaupun peluang itu banyak .(Perce & schveiyman ,1997) .Bagi kanak-kanak autistik ,pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi social .Dengan demikian ,peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak menjamin mereka memperolehi kemahiran social .

Menurut Frith (1993) masalah social boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang berbeza antaranya terasing atau bersendiri tidak suka berkomunikasi ,tidak menggunakan “eye contact” tidak mencari tempat untuk mengadu bila bersedih ,namun tidak menolak konteks social seperti ketika berminta makan dan minum ,bermain dan beri reaksi kepada muzik .

Yang kedua ialah pasif iaitu menerima pendekatan social yang dibuat oleh orang lain ,melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhatikan supaya tidak membuat perkara yang tidak betul .Yang disuruh oleh rakan sebaya ,mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur walaupun konteks social denagn kanak-kanak lain merupakan sebahagian daripada rutin hariannya .Namun, ia bukanlah satu yang dibuat untuk menyeronokkan dirinya .Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosiyang tidak boleh dikawal dan membawa kepada tantrum .

Dan ketiga ialah bersikap ganjil atau berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana-mana mereka pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama kanak-kanak autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak sesuai .Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlaku nya dan suka mengganggu dantidak disukai .pada kebiasaannya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia 7 tahun dan kebanyakan kanak-kanak berubah daripada satu kategori ke kategori yang lain .

Bagi para pengkaji ,kanak-kanak autistik perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diperlukan .Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik .Dengan cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran social yang dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar .Pendekatan yang diterapkan ialah dengan menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh sesuatu perbuatan memrlikan kemahiran lain seperti perhubungan mata ,,nada suara yang bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan .Kekurangan kemahiran social dikalangan individu autistik menjadikan pengjaran tingkahlaku yang mudah amat terlalu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks .( Wellman ,1992)

No comments: