Tuesday, January 20, 2009

PENGENALAN AUTISMA

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,”Tiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) maka ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”.Anak dilahirkan sebagai satu lambang keilmuan Tuhan yang begitu tinggi nilainyabagi setiap pasangan ibu bapa. Setiap anak yang dilahirkan adalah ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh, dan akal bagi menerokai berbagai-bagai tahap dalam proses pembesaran bagi membentuk potensi diri (Muslim ibnu Hajjaj Al-Qusayri,1994).Namun ada juga di antara manusia yang dilahirkan seba kekurangan dari segi fizikal, sikap, dan perasaandan mereka ini di anggap sebagai “cacat” dalam masyarakat.

Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbazaan dalam diri dan antara individu. Perbezaan yang wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka.Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autistik atau autisme. Menurut Choate (1997), kanak-kanak autistik mengalami masalah perkembangan dalam komunikasi dan kemahiran social. Pelajar ini sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkahlaku, interaksi social dan tidak bertindak balas terhadap rangsangan. Autisme merujuk juga kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripadadirinya sendiri. Autisme juga menyebabkan kanak-kanak menuju kearah perkembangan yang tidak menentu. Kebiasaannya autisme menganggu bahagian-bahagian di dalam otak seseorang kanak-kanak terutama di bahagian yang menguasai kefahaman, emosi, komunikasi secara langsung atau tidak langsung (Zasmani Shafiee,2000).
SEJARAH


Orang yang pertama sekali menggunakan perkataan Autisme ialah Eugen Blueler pada tahun 1919 yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun kiri istilah autisme merujuk kepada ‘developmental diaorder’ atau masalah perkembangan.Dr. Leo Kanner seorang ahli psikologi telah menghurai buat pertama kalinya autisme sebagai satu sindrom kumpulan tingkah laku yang unik pada tahun 1943. Beliau melihat autisme sebagai masalah gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri.

Tahun berikutnya seorang psikatri Jerman, Aspengerdalam satu kertas kerjanya menyatakan mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Dalam tesis kedoktorannya yang telah diterbitkan pada tahun1944. Aspenger telah membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang luar baisa daripada masalah social, tiada pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. Aspenger ialah kanak-kanak ini tidak memandang mata, tiada ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang sama berulang kali, tidak bersemangat untuk belajar terdapat bidang-bidang tertentu yang di minati dan membuat perkataan sendiri (Myles dan Simpson 1998).

Menurut sejarah, cerita mengenai Victor dan Kasper Hauser menjadi permulaan pengkajian Autisme. Victor adalah seorang kanak-kanak yang di kenali sebagai ‘Wildd boy of Aveyron’. Berusia lebih kurang 10 atau11 tahun. Ketika di tangkap pada tahun 1799 dalam hutan di selatan Perancis lalu dibawa ke Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas dan menjadi salah seorang pelopor kepada Pendidikan Khas (Thevarthen ,Aitken, Papoudi dan Roberts,1998). Dalam pemerhatian Itard ,Victor memperlihatkan beberapa ciri yang abnormal seperti tidak bercakap, menghayun badankehadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergantung kepada sesiapa, tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu, tidak memandang objek atau orang dan tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakandi belakang belakang kepalanya tetapi memberi reaksi apabila bunyi kulit kacang dipecahkan walaupan dengan perlahan. Di samping itu juga terdapat beberapa ciri lain seperti tidak suka bermain dengan alat permainan tetapi ketawa apabila bermain dengan air. Victor juga tidak sukakan perubahan terutamanya daripada aspek objek dan susun atur barangan. Laupun begitu, Victor menunjukkan reaksi sentuh kain , tangan dan muka mereka yang dikenali (Paluszny,1979).Kesemua ciri yang diperlihatkan oleh Victor juga menunjukkan persamaan dengan ciri-ciri autisme.Perkara itu dinyatakan oleh seorang doctor muda Itard pada tahun1801.

Satu lagi kes iaitu kes Kesper Hauser yang dilahirkan pada 39 April 1812 merupakan satu lagi bukti sejarah tentang autisme. Tinggi Kasper ialah 4 kaki 9 inci. Kasper tiba di Nurenberg pada tahun 1828 dengan membawa surat untuk memohon ketua askar menerimanya berkhidmat untuk raja. Pada masa itu Kasper terus mengucapkan kata-kata “ I want to be a horseman like my father was”dan mengulangnya berkali-kali seperti telah dilatih. Kasoer juga mempunyai ciri-ciri seperti tidak berupaya untuk berkomunikasi, tidak memahami apa yang dicakapkan padanya, suka kawasan yang gelap dan alat-alat permainan. Namun begitu, Kasper juga mempunyai keupayaan yang lain seperti berupaya menurut perintah,menunjukkan minat terhadap aktiviti melukis dan menulis serta mempunyai daya ingatan yang tinggi (Frith,1993). Dalam kes Kasper juga memperlihatkan ciri-ciri yang sama seperti kanak-kanak autisme. Dr. Leo Kanner yang menyedari keadaan itu sebagai ‘early infantile aitism’ membuat kesimpulan kisah Victor dam Kasper bahawa ciri-ciri tersebut merupakan factor biologi yang menyebabkan gangguan kepada hubungan yang berkesan. Beberapa tahun sebelum penulisan kertas kerja Kanner,’autistik ‘ telah digunakan untuk menerangkan tentang ciri-ciri orang yang mempunyai schizophrenia. Blueler menyatakan bahawa ia merupakan tingkah laku yang mengasingkan diri dimana proses pemikiran skizoprenia sebagai autistik kerana penumpuan lebih kepada fantasi tanpa memikirkan reality dan logic. Namun mengikut Blueler, seperti pemikiran orang autisme ,adalah normal apabila manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang keseimbangan antara autisme dan reality maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri autisme timbul (Frath,1993).

No comments: