Tuesday, January 20, 2009

PUNCA DAN KADAR KEJADIAN AUTISMA

PUNCA KEJADIAN

Punca sebenar yang menyebabkan autisme belum diketahui. Namun pengkaji- pengkaji terus mencuba untuk mengetahuinya dan menurut mereka factor – factor lain yan gdikaitkan diantaranya ialah factor genetic. Pengaruh genetic umpamanya menunjukkan kembar seiras (monazygetik twins). Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan dengan system imunisasi yang lemah (Edelson, 1999).
Punca lain seperti kehadiran virus turut menyebabkan autisme. Rubela yang dijangkiti ibu mengandung semasa tempoh tiga bulan pertama meningkatkan risiko autisme. Virus ‘ cytolomegalo’ juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme.
Menurut Rodier (2000), autisme mungkin berpunca daripada pengambilan pil ‘ thalidomide’ untuk mengatasi masalah ketika ‘morning sickness’ yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa ‘thalidiomide; adalah autistic dan daripada segi peratus ialah 30% lebih berbanding populasi umur.
Kini, perhatian lebih kepada pencemaran dan toksin dalam persekitaran yang boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi dalam sebuah Bandar kecil di Leomenster, Massachuselts di mana terdapat kilang mengeluarkan sunglasses di situ. Yang menariknya, kebanyakan kes berlaku kejadian autisme wujud di rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak. Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak- kanak autistic dikenalpasti di Brick Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba untuk mencari penyebab kepada pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti tersebut (Edelson, 1999).
Menurut artikel Dr Yasmin bt Hussein ( Unit Pendidikan Khas, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka) menyatakan bahawa pakar- pakar perubatan dalam bidang ini sama ada dari dalam atau luar negara masih belum pasti dan tidak dapat memberi penjelasan yang tepat tentang punca atau sebab- sebab berlakunya autisme. Melalui pembacaan dan hasil pertemuan dengan ibu bapa yang anaknya mengalami autisme bolehlah dibuat kesimpulan bahawa autisme disebabkan oleh kekurangan oksigen semasa bayi dilahirkan, proses kelahiran yang dibuat secara paksa(vaccum extraction), gangguan neurotransmitter dalam system saraf, infeksi neurological dan gangguan bahan kimia(beta endorphin) yang menyekat perkembangan mental kanak- kanak.
Menurut Trerarthen, Aditken, papordi Roberts(1998) menyatakan autisme disebabkan oleh Phenylketonuria(PKU, Purine, penyakit campak dan epilepsy.PKU merupakan kecelaruan genetic satu daripada kurang satu gen yang berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalanine dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku. Autisme juga diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan toksid yang dipanggil purines yang berkaitan dengan asid urik. Ketidaknormalan dalam metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku autisme namun mempunyai peluang untuk diubati. Ia mempunyai kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan dalam purine yang luar biasa. Seterusnya jika ibu mendapat penyakit campak ketika mengandung, ia akan meningkatkan kemungkinan mendapat autisme. 17 daripada 18 kanak- kanak yang dinyatakan sebagai autisme turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada symptom autisme. Seperti PKU, kesedaran yang luas tentang kurang upaya dan perluasan penyuntikan telah dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme. 20% hingga 35%individu autisme membentuk epilepsy. Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah dan risiko sawan adalah tinggi ketika awal kanak- kanak. Besar kemungkinan autisme dan epilepsy berlaku serentak adalah hasil daripada mekanisme yang muncul dengan pertukaran saraf.
Ketidakfungsian system imunisasi atau system pertahanan badan juga dikaitkan dengan autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toksin daripada persekitaran yang bertanggungjawab untuk memusnahkan system pertahanan badan mereka. Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetic dalam system pertahanan badan mereka. Pengkaji mendapati ramai individu autistic telah mengalami bilangan cell-t yang kurang untuk membantu system pertahanan badan melawan jangkitan(Edelson, 1999).
KADAR KEJADIAN


Autisme biasanya dihadapi oleh kanak- kanak dari segala pelusuk dunia tidak mengira bangsa, agama dan taraf sosioekonomi sesebuah negara atau keluarga. Menurut autistic bilangan yang menghadapi autisme tulin adalah 4 hingga 5 dari 10,000 orangdan 10 hingga 15 dalam 10,000 orang. Ini berdasarkan tinjauan besar- besaran yang dijalankan di United States dan England. Lebih ramai kanak- kanak lelaki yang mengalaminya jika dibandingkan dengan kanak- kanak perempuan dengan nisbah 4:1. Walaupun kanak- kanak perempuan nisbahnya kecil, didapati mereka mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak- kanak lelaki. Dengan IQ 40, kanak- kanak perempuan lemah dalam kemahiran urus diri, teruk dalam bahasa dan ujian persepsi tetapi ia tidak bermakna kanak- kanak perempuan lebih autistic daripada lelaki. Mereka cuma mengalami tambahan masalah yang teruk(Frith,1993).
Sejak akhir- akhir ini, kadar kejadian autisme berada pada paras setinggi 1/4% kepada ½% daripada populasi. Kadar ini termasuk autisme, sindrom aspeger dan lain- lain yang mempunyai ciri- ciri autisme(Edelson,1999). Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10 tahun, kadar yang terencat sederhana adalah 30% (IQ diantara 50- 70), terencat teruk adalah 40%(IQ kurang daripada 50), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada kumpulan yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan normal. Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati 3 daripada 4 kanak- kanak autistic menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada cirri- cirri autisme. Walaubagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak- kanak autistic, mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai oleh kanak- kanak normal(Frith,1993). Kajian juga menunjukkan 75% daripada kanak- kanak autisme mempunyai masalah kerencatan akal tinggi tetapi 25% mempunyai IQ yang normal atau mencapai tahap IQ yang tinggi. Bilangan kanak- kanak autistic yang dikaji merupakan kanak- kanak yang terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi kerana kebanyakan ibu bapa mereka adalah daripada kelas sosial yang tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan dengan pakar autisme(Frith,1993).
KESIMPULAN


Individu autsme secara fizikalnya tidak ada perbezaan dengan kanak- kanak yang normal. Namun begitu, apabila pemerhatian dibuat kepada mereka akan menampakkan kelainan dari segi sikap, pemikiran, tingkahlaku dan pertuturan. Pelbagai perkara dikaji untuk mencari punca kejadian autisme tetapi masih tiada jawapan muktamad sehingga ke hari ini. Walaupun kanak- kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu autistic memang terkenal “puzzles”. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak- kanak autisme akan membolehkan kanak- kanak istimewa ini memperoleh ilmu pengetahuan tanpa halanagn dengan sempurna(Artwood,1998). Logo untuk kumpulan sokongan bagi “Autisme Society Of Amerika” merupakan gambar seorang kanak- kanak dalam bentuk puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mencantumkannya kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa puzzle ini boleh menjadikan pelbagai bentuk yang berbeza- beza. Ini berbeza dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institute kini mereka hidup dalam keadaan fleksibel dan teratur. Biasanya hanya individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka hidup dengan keluarga dan ramai yang tinggal di kemudahan asrama atau dalam “group home” (sebahagian berdikari) dan ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalinkan hubungan sehingga berkahwin(Edelson,1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai pekerja yang berhati- hati dan boleh dipercayai. Namun demikian, mereka sukar untuk mendapat pekerjaan sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para professional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat intervensi yang dapat membuat perbezaan yang signifikan(Edelson,1999).

1 comment:

MummyZa said...

saya perlu menghubungi cikgu, anak sy lelaki 2 tahun masih tidak ble bercakap. saya perlukan pandangan anda, pls contact me on nadniza.adena@simedarby.com or nadniza.adenan@gmail.com, atau cikgu ble tinggalkan pesanan dan sy akan hubungi cikgu kemudian, no sy 016-5007897