Tuesday, January 20, 2009

DEFINISI AUTISMA

Autisme sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘autos’yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri (Micheal 1990). Autisme juga membawa maksud keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju kearah perkembangan yang tidak menentu. Kanner menyifatkan kanak-kanak ini sebagai menyendiri dan terasing, berupaya untuk berkomunikasi dengan pengulangan perrtuturan, tertarik dengan objek bukan hidup serta tidak dapat bertolak ansur dalam perubahan rutin harian. Menurut Thevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1998) perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu ‘aut’ yang bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

Black burn (1997)pula menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autistik menunjukkan sikap seperti mengalami kerencatan akal tetapi biasanya mereka lebih pintar.

Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku, mencederakan diri , masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan .(Hallahan dan Kauffman, 1997). Kesimpulan yang boleh di buat daripada definisi diatas ialah autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkenbangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka . Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkahlaku yang positif boleh berlaku.

No comments: