Monday, March 22, 2010

3080 kes hiv baru dikesan tahun lalu..katakan tak nak kepada seks bebas!! 1Malaysia memerangi maksiat!!!

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah terkumpul penghidap virus HIV di negara ini seramai 87,710 orang sehingga hujung tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, seramai 15,317 orang atau 17.5 peratus daripada jumlah itu kini menghidapi AIDS; 13,394 atau 15.3 peratus meninggal dunia dan 74,316 orang pula masih dijangkiti HIV.

Daripada keseluruhan kes dilaporkan, jelasnya, 62,953 merupakan pesakit Melayu; Cina (12,887); India (6,929); Bumiputera Sarawak (2,200) ; Bumiputera Sabah (630); kaum-kaum lain (478); warga asing (1,298) dan 535 pula tidak diketahui status kaum.

Bagaimanapun beliau memberitahu, kadar itu menepati sasaran kementerian di bawah Matlamat Pembangunan Alaf (MDG) iaitu menurunkan kadar jangkitan HIV baru kepada 11 bagi 100,000 penduduk negara menjelang 2015, berbanding 21.7 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2000.

"Kerajaan berjaya mencapai sasaran MDG enam tahun lebih awal daripada tarikh sasaran," katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu katanya, sebanyak 3,080 kes baru HIV dicatatkan tahun lalu iaitu kadar 10.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

"Hanya Kelantan mencatatkan pertambahan kes baru HIV tertinggi pada tahun lalu berbanding negeri-negeri lain iaitu 42 peratus bagi 100,000 penduduk negeri berkenaan," katanya.

No comments: