Saturday, May 16, 2009

16 Mei : Selamat Hari Guru Kepada Semua Manusia Yang Bergelar Guru Di Bumi Ini

Terima kasih saya ucapkan di atas jasa guru-guru yang pernah mendidik saya dari tadika Kg Kota Klias, S.K Kota Klias, S.M.K Kota Klias, SMK Beaufort dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ucapan selamat hari guru juga saya dedikasikan kepada guru mengaji, guru sekolah memandu dan mereka-mereka yang pernah memberikan ilmu kepada saya. Semoga kalian menerima kebaikan di dunia dan akhirat.

Kepada rakan guru di seluruh Malaysia, marilah kita hayati lagu Guru. Jadikanlah kita guru yang benar-benar pembina negara bangsa!

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Friday, May 15, 2009

Setelah Kebakaran dahsyat di Kampung Muslim Batu Arang

Menjelang malam hari yang sama kebakaran berlaku, hujan teramat lebat turun dan kilat yang dahsyat memancar-mancar berjam-jam..

Petanda apakah Yang Maha Kuasa ingin sampaikan kepada kita di Labuan ini.

Marilah kita fikir-fikirkannya..

Kebakaran dahsyat di Kampung Muslim Batu Arang : Hulurkan bantuan kepada mereka atas semangat kemanusiaan

LABUAN: Lebih 300 orang kehilangan tempat tinggal apabila kira-kira 270 daripada 450 buah rumah di Kampung Muslim Batu Arang musnah dalam kebakaran besar awal tengah hari, kelmarin.
Difahamkan 90 peratus penghuninya adalah merupakan warga asing Filipina yang sebelum ini kawasan itu dijadikan sebagai pusat penempatan pendatang tanpa izin.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat, Wilayah Persekutuan Labuan, Irwan Husin, lebih 120 anggota bomba termasuk sembilan pegawai bersama enam buah jentera bomba dari Balai Bomba Labuan, Balai Bomba Jawa dan Balai Bomba Layang-Layang dikejaarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.40 pagi.
Katanya, bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.45 pagi berjaya mengawal api daripada terus merebak kira-kira jam 3.15 petang.
“Kira-kira 270 buah daripada 450 buah rumah gagal untuk diselamatkan apabila api begitu cepat merebak disebabkan angin dan panas terik…bagaimanapun 180 buah daripadanya berjaya diselamatkan.
“Pihak bomba dan polis masih lagi menjalankan tugas masing-masing termasuk untuk mengawal api daripada merebak semula,” katanya ketika dihubungi di sini petang kalmarin.
Menurut Irwan, turut memberikan bantuan dalam kerja-kerja memadam dan menyelamat ialah anggota Bomba Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Jabatan Bekalan Air Labuan, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Polis Di Raja Malaysia dan Rela serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Semantara itu, Irwan berkata, sehingga jam 3.15 petang ini (semasa berita ini di tulis) pihaknya belum ada menerima laporan kehilangan jiwa.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat,” katanya.
Dalam pada itu, menurut sumber lain, kesemua mangsa yang kehilangan tempat tinggal dilaporkan di tempatkan sementara di Kem Penempatan Pelarian di Kampung Kiansam.
Salah seorang penduduk, Abidin Julahi, 35, memberitahu beliau sedang bersama keluarganya ketika kebakaran berlaku.
“Waktu itu 11.30 pagi, saya terdengar jeritan kuat di luar rumah saya… asap… asap… asap, dan setelah saya tengok, kebakaran itu telah pun merebak dekat dengan rumah saya. Tiada apa yang boleh saya lakukan selain daripada menyelamatkan harta benda dan anak-anak dan kemudian menyelamatkan diri. Kami anggarkan hampir 800 buah rumah di empat blok sudah pun musnah,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Aminah, 65, berkata, beliau bersyukur ke hadrat Allah kerana menyelamatkan beliau dan keluarganya.
“Tidak mengapalah barang-barang kami musnah dalam kebakaran ini. Saya bersyukur kerana keluarga saya selamat,” katanya.
Sementara itu, Anggota Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal menggesa jabatan dan agensi kerajaan supaya menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.
“Ini atas dasar kemanusiaan. Kami harap masyarakat yang bermurah hati akan turut tampil memberi sumbangan. Ketika ini, para pegawai Parlimen saya akan membantu mereka dan mengumpul segala maklumat yang perlu.

Influenza A (H1N1) : Rakyat Usah Panik

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat tidak panik selepas kes pertama Influenza A (H1N1) dikesan di negara ini membabitkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, Rabulalu.Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kementeriantelahpun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk dengan melakukan kuarantinrumah bagi kesemua lima anggota keluarga pesakit itu, walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai kontak secara terus dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan di bawah pemerhatian.Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) jugasedang menghubungi penumpang-penumpang dalam penerbangan tersebut untukdiperiksa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, terdapat 199 penumpang dan krew dalam penerbangan tersebuttetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia adalah penerbangan transit.Kong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangkujawatan itu kerana Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow sedangdalam perjalanan ke Geneva, Switzerland, untuk menghadiri Perhimpunan AgungPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat dilapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabilapelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata ia kerana virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.-Bernama

Wednesday, May 6, 2009

TENTATIF DAN AJK MTAQWPL

TENTATIF PEMILIHAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI W.P LABUAN TAHUN 2009


07.30 Pagi – Ketibaan peserta dan pendaftaran
07.45 Pagi – Pemilihan Khat
07.55 Pagi – Ketibaan Dif – Dif Jemputan
08.00 Pagi – Lagu ‘Negaraku’
08.05 Pagi – Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Azmee Bin Osman
08.10 Pagi – Pemilihan Bercerita Dari Kisah Al-Quran
08.55 Pagi – Pemilihan Azan
09.10 Pagi – Pemilihan Tilawah Al Quran
09.55 Pagi – Pemilihan Hafazan
10.40 Pagi – Persembahan Nasyid PPKI SMK Mutiara W.P Labuan
10.50 Pagi – Keputusan Pemilihan dan Penyampaian Sijil
11.00 Pagi – Jamuan Ringan
11.30 Pagi – Majlis Bersurai


AHLI JAWATANKUASA KERJA ( AJK ) PEMILIHAN MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI W.P LABUAN TAHUN 2009
PENAUNG
MOHAMMAD ZAKI BIN MOHD YUSSOF
Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan

PENGERUSI

PUAN ZABIDAH BINTI KARAMIN
Guru Besar S.K Pekan Satu

TIMBALAN PENGERUSI
PUAN LIM LALI FAH @ HALIFAH BT SALIM
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas S.K Pekan Satu

PENYELARAS

EN. MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA

AJK P.A SISTEM DAN PERALATAN
EN.SYAMLEE B OGONG @ MADLEE
EN.HEIDAR HUSSIN BIN MOHD RASHID

AJK DEWAN
EN.AMINUR FATHAH BIN MOHAMED DIN
CIK SUSANTIH BINTI BUING
CIK JUJILAH MUJIH
CIK DK. ZURYANI BINTI ABDULLAH

AJK MAKANAN

EN.MAHROF BIN JAYA
EN.HASNAN BIN MOHD. SAAD
PUAN DARMINAH BINTI WASHINGTON

AJK KEBERSIHAN
EN. WILLIAM ANAK SIONG
PUAN MAIMUNAH BINTI LATIF
PUAN NAOMI KAREN DAVID ANTHONY

AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN

EN.MOHD FAISAL BIN HJ ABD MOIN
PUAN HAFIZAH BT AG KANAK
PUAN MAIMOON BINTI IBRAHIM


AJK CENDERAHATI
CIK DK SURAYA BT AK DAMIT
CIK MASNINAH BINTI NAUB
CIK NOORAIDA @ AIDA BINTI AWANG DAMIT

AJK PENDAFTARAN
CIK ROHANI BINTI OSMAN
PUAN MAZLIN BINTI INOL

JURUACARA

CIK HARTUTI BINTI DEHEK

PANEL PEMILIHAN
USTAZ AZMEE BIN OSMAN
USTAZ ISMAIL BIN MOHD
PUAN WAN AZLINAWATY BTE WAN RODIN

DOKUMENTASI
PUAN JANET ANAK JOHNNY