Friday, May 15, 2009

Influenza A (H1N1) : Rakyat Usah Panik

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat tidak panik selepas kes pertama Influenza A (H1N1) dikesan di negara ini membabitkan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, Rabulalu.Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata kementeriantelahpun mengambil langkah berjaga-jaga termasuk dengan melakukan kuarantinrumah bagi kesemua lima anggota keluarga pesakit itu, walaupun tiada antara mereka yang menunjukkan sebarang simptom setakat ini.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai kontak secara terus dengan pesakit itu termasuk kakitangan hospital yang memeriksanya turut diletakkan di bawah pemerhatian.Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) jugasedang menghubungi penumpang-penumpang dalam penerbangan tersebut untukdiperiksa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, terdapat 199 penumpang dan krew dalam penerbangan tersebuttetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia adalah penerbangan transit.Kong, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memangkujawatan itu kerana Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Liow sedangdalam perjalanan ke Geneva, Switzerland, untuk menghadiri Perhimpunan AgungPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Ditanya mengapa virus itu tidak dapat dikesan ketika pemeriksaan dibuat dilapangan terbang sebaliknya hanya dapat dikesan selepas dua hari apabilapelajar itu dimasukkan ke hospital, Kong berkata ia kerana virus itu tidak menyebabkan demam serta-merta.-Bernama

No comments: