Saturday, July 18, 2009

KESANGSIAN?

Ya, kita lupakan seketika misi besar skuad bolasepak Malaysia membenam pasukan Manchester United jam 5.30 petang ini kerana kita ada satu topik yang besar untuk dibincangkan sebentar lagi iaitu BENARKAH NASA MENIPU BAHAWA KENYATAAN SEBENARNYA IALAH MANUSIA TIDAK PERNAH MENDARAT DI BULAN.
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari pasukan Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temubual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-roket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari dicemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan memelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.
Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.
Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

No comments: