Thursday, October 23, 2008

TETAP SOKONG PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA!!!

Beberapa jam lagi pasukan negara akan turun menentang Myanmar dalam perlawanan separuh akhir Pestabola Merdeka edisi ke 40. Tampak sekali usaha mempertahankan mahkota piala ini begitu sukar dijelmakan seandainya kelibat penyokong lawan lebih puluhan ribu berbanding puluhan orang penyokong tuan rumah sendiri. Sedih bangat seandainya rakyat Malaysia tidak menunjukkan sokongan sewajarnya terhadap pasukan negara sendiri. Walaupun prestasi pasukan negara sering dimaki, kejayaan membelasah pasukan sama status seharusnya membuka mata kita. KEHADIRAN ramai peminat bola sepak Myanmar di Pestabola
Merdeka kini mula menerbitkan rasa gerun buat B Sathianathan yang kian gelisah andai bilangan penyokong lawan melebihi penyokong tempatan menjelang saingan separuh akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Justeru, jurulatih skuad negara itu amat berharap suasana seperti pertemuan dengan Chelsea pada Julai lalu tidak berulang, di mana sebahagian besar peminat tempatan lebih banyak memberi sokongan kepada kelab Inggeris itu berbanding pasukan negara sendiri. Bagi Sathia, inilah masanya buat peminat tempatan mengalihkan semula sokongan terhadap skuad kebangsaan yang dalam misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi, tahun lalu. Rakyat Myanmar yang bekerja di Lembah Klang amat mengharapkan pasukan negara asal mereka akan mengalahkan Malaysia pada perlawanan separuh akhir Pesta Bola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. Adam Robert, rakyat Myanmar yang bertugas sebagai pengurus dengan sebuah syarikat pembekal perabot terkenal di sini, berkata negara asalnya itu mampu mengalahkan Malaysia, walaupun menghadapi beberapa masalah."Kami mendapat tahu Yan Paing tidak akan bermain kerana cedera, tapi kami ada penyerang lain, yang mampu menjaringkan gol atau memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh barisan pertahanan Malaysia," kata Robert, yang fasih berbahasa Inggeris kepada Bernama hari ini.Apa yang berlaku tahun lepas tidak akan mempengaruhi kejohanan kali ini, katanya merujuk kepada kekalahan 1-3 negara itu di tangan Malaysia pada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka tahun lepas.Keyakinan Robert itu dikongsi kebanyakan rakyat Myanmar di sini."Bagi Myanmar, perlawanan separuh akhir ini merupakan perlawanan membalas dendam. Pada perlawanan akhir tahun lepas, kami lebih kuat, tapi pemain kami kalah kepada tekanan."Mungkin itu salah kami kerana beberapa pemain kami bermain secara kasar," kata Ming Aung, penyelia sebuah kilang di Kuang, Sungai Buloh dekat sini.Ming Aung, yang belum pernah terlepas menonton perlawanan Myanmar di sini, berkata beliau dan penyokong pasukan itu menghormati pasukan tuan rumah, tetapi berharap semangat dan keazaman pemain Myanmar menjadi senjata penting untuk mencapai kemenangan.Seorang lagi penyokong Myanmar Than Than mengaku bahawa pemain Malaysia mengatasi pemain negaranya daripada segi kemahiran dan kemampuan mengawal emosi."Tapi, kami mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya.Bagaimanapun, rakyat Myanmar ini turut memperkecilkan pasukan tuan rumah dengan mengatakan Malaysia hanya mampu mengalahkan pasukan lemah pada pusingan awal.Dalam perlawanan kumpulan sebelum ini, Malaysia membelasah Afghanistan 6-0, Sierra Leone (4-0) dan Nepal (4-0).Sebenarnya, prestasi Myanmar sendiri tidaklah begitu membanggakan apabila mereka kalah 1-3 kepada Vietnam, terpaksa berhempas-pulas sebelum dapat mengalahkan Bangladesh 1-0 dan hanya mampu mengetepikan Mozambique 3-2.Untuk rekod, Malaysia menjuarai kejohanan ini pada 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1, manakala negara itu menjadi juara pada 2006 apabila mengalahkan Indonesia 2-1.Beratus-ratus pendatang Myanmar di Lembah Klang dijangka berada di stadium berkenaan esok bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka.Perlawanan peringkat separuh akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil esok akan menyaksikan pertemuan antara Vietnam dan Sierra Leone pada 5.45 petang, diikuti Malaysia-Myanmar pada 8.45 malam.

No comments: