Tuesday, October 7, 2008

PENDIDIKAN PALING UTAMA

Malaysia tidak akan mengurangkan peruntukan kewangan dan bantuan sokongan untuk bidang pendidikan walau apa juga keadaan ekonomi negara dan global, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ketika memberikan jaminan itu, beliau berkata bantuan pendidikan tidak pernah dikurangkan, malah ditambah dalam Bajet 2009 dan Kajian Separuh Penggal kerana Malaysia komited untuk melahirkan modal insan yang dapat bersaing di dunia. Hishammuddin, yang berada di sini bagi menghadiri mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), berkata badan antarabangsa itu sudah menyatakan kebimbangan mengenai kesan krisis kewangan global terhadap pelaksanaan program dan agenda badan itu seperti pendidikan untuk semua. “Dalam apa jua keadaan ekonomi negara dan dunia, Malaysia dari dulu lagi dasar kita terus dipertahankan di mana peruntukan dan bantuan sokongan terhadap pendidikan dan memberi akses pendidikan kepada semua tidak kira lokasi dan aliran sekolah,” katanya di sini. Hishammuddin berkata beliau akan menyatakan pendirian dan berkongsi pengalaman sistem pendidikan negara ketika gilirannya berucap pada mesyuarat lembaga eksekutif Unesco, esok. Beliau berkata adalah penting untuk Malaysia terbabit secara aktif dalam Unesco melalui keanggotaan dalam lembaga eksekutif badan itu.
Hishammuddin dipilih menjadi anggota lembaga eksekutif Unesco dengan undian tertinggi, sebanyak 147 dalam kumpulan negara Asia Pasifik semasa persidangan tahunan ke-34 pada Oktober tahun lalu. Lembaga 58 anggota itu bertemu dua kali setahun bagi menilai program kerja dan menganggarkan perbelanjaan kewangan bagi pertubuhan itu. Unesco mempunyai 193 anggota. Katanya penyertaan di dalam Unesco akan membolehkan Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan negara lain dan menurutnya sistem pendidikan Malaysia telah mencapai tahap yang membanggakan dan menepati standard pendidikan terbaik dunia.
“Banyak lagi kita kena buat itu benar tetapi kita tidak jauh dari apa yang telah ada di negara-negara di dunia dalam konteks pendidikan,” katanya. Beliau juga berkata program sekolah bestari Malaysia sedang dinilai oleh Arab Saudi

No comments: