Saturday, January 8, 2011

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan

No comments: