Friday, January 15, 2010

jumaat 15 jan..pagi pertama yang tenang

apabila hati merasa tertekan dengan gangguan makhluk yang mungkin telah mendiami rumah itu sekian lama..aku merasa seperti merasa tercabar dengan gangguan yang diberikan makhluk itu kepada orang rumahku pada setiap jam 1 pagi dan malam..aku menjadi hilang sabar dengan sikap pengecutnya makhluk itu yang hanya menonjolkan lembaganya bukan di depan mataku. Kumerasa tersentak bila mengetahui bilik yang hujung kujadikan stor itu merupakan bilik makhluk itu yang sangat cantik ujar orang rumahku..sikap makhluk itu yang suka meracuni pemikiran orang rumahku(isteriku) dan selalu duduk di sofa dan berdiri-diri didapur membuat aku nekad untuk menghapuskannya pada petang kelmarin. aku memasang surah al fatihah dan al baqarah dari telefon bimbitku dan kuletakkan dibilik penunggu itu, tatkala hari semakin gelap, ayat terakhir surah al baqarah semakin jelas kedengar dan pabila surah itu tamat, aku tersentak lagi kerna orang rumahku ketakutan mendengar suara menangis dan angin yang lain, tapi aku seperti biasa dibutakan untuk melihat, dipekakkan untuk mendengar tangisan itu dan tidak merasai apa-apa makhluk itu. tetapi tiba-tiba, tatkala hujan semakin lebat, Aku semakin dapat merasakan makhluk itu ingin berperang dengan aku, aku nekad mengangkat speaker besar dibilikku dan kuletakkan di ruang dapur berdekatan bilik itu, dan sekali lagi kupasang ayat-ayat suci al quran ( al fatihah, al baqarah, al kahfi, al jin dan yasin ) dengan kuat sepanjang malam. kini aku terjaga jam 1 pagi, dan tidak terlelap selepas itu, aku tidak lagi mendengar pekikan anjing melolong dan bunyi yang mengerikan. bacaan ayat-ayat suci itu benar-benar berjaya menenangkan malam yang mendebarkan itu, aku bangun jam 5stgh pagi dengan hati yang indah. kumasih mendengar bacaan surah itu melalui laptop. dan sehingga jam 6 pagi kubiarkan surah al baqarah itu dibaca sehingga tamat baharulah aku packing laptop untuk ke sekolah. malam ini, aku akan memastikan adakah kelibat makhluk itu masih mengganggu. untuk rekod, rumah tempatku sewa ini pernah didiami oleh orang cina, dan sabahan bukan islam yang pemabuk. kalaupun makhluk itu masih mengganggu,tetapi aku yakin ia tidak sekuat dulu lagi. aku yakin makhluk itu cedera teruk seperti kena bom.

No comments: