Saturday, September 12, 2009

SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA TERUS GAGAH

Skuad bola sepak Malaysia kembali di landasan yang betul dalam usahanya meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa. Walaupun tumpuan kita lebih kepada kemenangan 5-1 England ke atas Crotia, tetapi bagi saya kemenangan 5-0 skuad Malaysia ke atas Lesotho satu petanda awal kebangkitan bola sepak Malaysia. Kepada Skuad Malaysia, teruskan kecemerlangan kalian. Buktikan Malaysia Hebat!
PETALING JAYA - Skuad bawah 23 Malaysia mengakhiri fasa kedua persediaan ke Sukan SEA Laos dengan membelasah Lesotho 5-0 dalam satu perlawanan persahabatan semalam. Mohd. Zaquan Adha Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Abd. Manaf Mamat (2) dan Amirul Hadi Zainal memastikan kemenangan di Stadium Petaling Jaya itu dengan gol pada minit ke-40, 44, 83, 87 dan 90. Kemenangan besar itu diperoleh selepas skuad negara pulang daripada Jelajah Asia Barat yang menyaksikan mereka dikalahkan Arab Saudi 1-2, Kelab Al-Qadisiyah 0-1 dan mengikat Jordan 0-0. Malaysia bagaimanapun dipaksa menunggu hingga ke penghujung babak pertama untuk membuka jaringan menerusi tolakan Zaquan hasil kesilapan bek kiri pelawat dan penjaga golnya. Gol kedua pula hadir menerusi tolakan mudah Norshahrul selepas hanya cuma berdepan dengan penjaga gol lawan. Abd. Manaf turut merobek gawang Lesotho yang berpunca hasil sepakan jauh penjaga gol negara, Syed Adni Syed Hussien sebelum disambung dengan umpanan Baddrul Bakhtiar dari sebelah kiri. Amirul Hadi turut tidak mahu ketinggalan menambah derita pelawat dengan gerakan solo pada minit ke-87. Manaf sekali lagi mencatat nama selaku penjaring Malaysia setelah memperdayakan beberapa pemain lawan pada minit-minit terakhir permainan. "Saya amat gembira kerana pemain berjaya mencapai kemenangan besar walaupun ia tidak membayangkan kekuatan sebenar pasukan lawan. "Saya tidak fikir ranking lawan yang lebih bawah menjanjikan kemenangan besar ini kerana lawan turut bermain dengan baik pada babak pertama khususnya bahagian pertahanan. "Kita telah bermain dengan Jordan, China , Kenya dan Arab Saudi yang lebih baik rankingnya tetapi mereka tidak mampu menjadikan kita pasukan belasahan," kata ketua jurulatih negara, K. Rajagobal.
SKUAD bola sepak kebangsaan mudah membenam Lesotho 5-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Malaysia memperoleh gol pembukaan pada minit ke-40 selepas Zaquan Adha Radzak mudah menolak bola masuk ke gawang Lesotho hasil kesilapan pertahanan lawan, Thabo Masualle. Gol kedua Malaysia menyusul empat minit kemudian menerusi Norshahrul Idlan Talaha. Malaysia memperoleh gol ketiga pada minit ke-83 hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Manaf Mamat. Amirulhadi Zainal menambah derita Lesotho apabila pantas menyambar bola hantaran Abdul Manaf pada minit ke-87 untuk gol keempat Malaysia. Abdul Manaf menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan.


No comments: