Saturday, January 8, 2011

imanku


7 HINGGA 9 JAN 2011

Bengkel KSSR di BTP Labuan. Sesi ceramah dikelolakan orang kuat BPK ( Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya )
..................................................................................
Catatan bengkel :
7Jan-Ketua Sektor Pendidikan Khas BPK Pn. Siti Shamsina Shamsudin menegaskan murid penglihatan wajib ikuti peruntukan jadual waktu KSSR Tahun 1. Model elektif wajib diajar dengan apa cara sekalipun termasuk inklusifkan murid. Buku teks penglihatan khusus memang ada. Ingat ! 1380waktu seminggu wajib dalam jadual waktu. KSSR lebih tumpukan bagaimana guru inovatif mencipta modul pengajaran.

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan