Monday, May 24, 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SKPS

Saya dan Rizal mendapat naib Johan bergu lelaki kategori losser.

Wednesday, May 19, 2010

BADMINTON ALL ENGLAND PIBG SK PEKAN 1


21 May 2010 jam 8.00 malam, Kejohanan Badminton All England PIBG SK Pekan Satu W.P Labuan akan dilangsungkan di Dewan Badminton sekolah. Saya menyertai pertandingan ini dalam acara bergu. Bergandingan dengan Unit ICT sekolah iatu En Rizal, saya meramalkan kombinasi ini akan melakukan satu kejutan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir. Mendapat undian sukar dipusingan awal, kami akan menentang bergu meningkat naik dan pilihan ketiga kejohanan iaitu Cikgu Pica dan Cikgu Rajus. Andai kami berjaya mengatasi mereka, tugas lebih getir menanti di suku akhir di mana kami terpaksa berdepan Ustaz Azmee - Ustaz Rafaie (pilihan utama kejohanan) atau Cikgu Hashim-En Ngian(Pilihan kedua). Apa-apapun, sama-sama kita saksikan kejohanan berprestij ini. Jangan lupa siaran ulangan di Youtube.

Tuesday, May 18, 2010

17 May Hari Isnin aku CRK

aku mendapat tahu adik perempuanku kemalangan motorsikal di sipitang, patah kaki n dikejarkan ke Q.E Hospital..hari yang sama isteriku disengat penyengat di rumah kota marudu. Bengkak di telinga menyebabkan beliau demam dan dimasukkan ke wad..tpaksa ditambah darah. aku terlewat sampai di menumbok untuk mengejar feri. Yang ada hanya bot laju tapi harganya boleh mencecah RM20 hingga RM400. aku bermalam di homestay menumbok dengan bayaran RM20..tp 1 jam lepas tu aku nekad tidur di kereta kerana pintu bilik selalu dibuka orang dan keadaan tilam yang tidak selesa serta banyak nyamuk. Tidu di kereta oh sangat indah. selamat..nyenyak sekali walaupun sekali sekala nyamuk mengacau di telinga. jam 6.30pagi aku naik bot laju..RM15 saja tambang kalau waktu pagi..tapi malangnya enjin bot rosak ketika bot betul2 di hadapan Waterfront..terapung2lah kami selama stgh jam lebih sebelum ditarik oleh bot yang lain..smpi di terminal aku meluru ke parking motor..aarggh motor lagi tak mau hidup..tpaksala menyorong ke workshop..jadi aku lewat sampai sekolah hari ni..jam 7.50 pg akhirnya aku menjejakkan kaki ke sekolah tercinta..

Hari Ahad lepas..16May Hari guru

aku jalan2 d sinsuran kota kinabalu kira2 jam 10 pg. Tapi aku mengalami kejutan di jantung kerana terlanggar dengan seorang lelaki seperti ketakutan untuk melarikan diri daripada ancaman. Bila aku memandang ke hadapan, seorang pemuda memegang parang lebih kurang 1.5 meter di hadapanku. Well..tiada apa2 yang berlaku..mungkin pemuda itu bukan mengamuk membabi buta hanya sanya fokus melunaskan dendam dengan orang yang berlari tadi. Tamat.

China Juara Piala Thomas

Malaysia perlu pemain muda berbakat yang lebih ramai

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas 2010..Malaysia-China 50-50

Selepas mengharungi lima jam yang amat mencemaskan, Muhammad Hafiz Hashim akhirnya muncul wira membawa Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas melakar kemenangan dramatik 3-2 ke atas Denmark di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam.

Selepas suasana suram menyelubungi skuad badminton negara ekoran kekalahan 2-3 kepada Jepun di peringkat kumpulan kelmarin, Hafiz mengetuai kebangkitan Malaysia dengan menumpaskan Joachim Persson 21-12, 21-10.

Kemenangan ini menghidupkan kembali harapan untuk menamatkan kemarau 18 tahun, biarpun lawan yang bakal ditentang Malaysia adalah juara tujuh kali dan pilihan utama, China, yang hadir dengan misi mempertahankan gelaran buat kali keempat berturut-turut.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0, namun keadaan bertukar menjadi amat tegang selepas Wong Choong Hann dan beregu serpihan, Zakry Latif-Hoon Thien How membenarkan Denmark menyamakan kedudukan 2-2.

Ketika Hafiz turun ke gelanggang, ribuan penyokong Malaysia di stadium masih dibayangi igauan ngeri ketika bertemu Jepun kelmarin, apabila dia gagal memberi mata kemenangan ketika berdepan Shoji Sato hingga menyebabkan kita tunduk 2-3.

Begitupun, juara All England 2003 itu memastikan kekalahan tersebut tidak mengganggu tumpuannya apabila tenang menjinakkan Persson hanya dalam masa 31 minit

Meskipun China tampak terlalu mantap ketika ini, namun jika semangat 1992 mampu diserap, tidak mustahil negara tembok besar itu mampu ditumbangkan.

Kali terakhir kita menjulang Piala Thomas 18 tahun lalu, jalan ceritanya hampir sama, Malaysia kalah 2-3 kepada Korea Selatan di peringkat kumpulan, tetapi bangkit menumbangkan China 3-2 di separuh akhir, sebelum menumpaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir.

Semalam, Chong Wei memulakan langkah kanan Malaysia dengan menundukkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 untuk melebarkan rekod kemenangan ke atas jaguh veteran Denmark itu kepada 9-1.

Kien Keat-Boon Heong mempamer aksi mantap ketika mengutip mata kedua negara dengan menumpaskan naib juara All England, Carsten Mogensen-Mathias Boe 21-17, 21-19.

Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas 2010 mungkin bukan milik Malaysia

Malam tadi saya menyaksikan perlawanan badminton Piala Thomas peringkat kumpulan membabitkan Malaysia menentang Jepun di tv. Umum mengetahui kita kalah 3-2 kepada Jepun walaupun sudah mendahului 2-0 melalui Lee Chong Wei dan bergu Koo Ken Keat-Tan Boon Heong. Mengulas lebih dalam perlawanan malam tadi saya rasakan pasukan kita masih belum bersedia untuk menjadi jaguh sebenar badminton dunia secara berpasukan. Kurangnya semangat juang melawan seperti semangat pasukan Jepun amat meresahkan saya. Bermain di negara sendiri seharusnya memberi kelebihan moral kepada pemain tetapi malangnya mereka tenggelam dalam tekanan dan cemuhan penonton. Salah siapa? Walaupun layak ke suku akhir, pasukan negara akan bertemu lawan yang lebih kuat hari ini iaitu Denmark sebagai jaguh Eropah. Mungkin semangat juang Denmark yang mungkin kurang sedikit berbanding Jepun boleh dijadikan asas kebangkitan Malaysia. Lupakan kekalahan malam tadi. Jurulatih seharusnya menurunkan pemain muda yang lebih bertenaga. Mungkin perubahan taktikal harus dilakukan seperti menurunkan Lee Chong Wei sebagai perseorangan kedua. Apa-apapun jika Malaysia berjaya malam ini, dan bertemu China di separuh akhir, secara meritnya China lebih layak ke final dengan kelebihan 51%. Bukan niat saya menidakkan kemampuan Malaysia, tetapi mungkin pandangan saya akan berubah setelah melihat prestasi Malaysia malam ini bertemu Denmark. Ramalan saya....Malaysia 3 Denmark 2

Tuesday, May 11, 2010

Gambar kami


































Kembali menulis blog

Salam semua..
Alhamdulillah saya kembali ke sekolah setelah bercuti seminggu. Syukur saya panjatkan kepada Allah di atas anugerahnya menghadiahkan kami cahaya mata pada jam 2.23 pagi 1 May 2010 di Hospital Kota Marudu Sabah. Sejarah tercipta dengan lahirnya insan bernama Muhammad Iman Ramadan Bin Mohd Hisyammieddy. Secara rasminya saya sekarang bergelar bapa.. Hari ini, anak kami dengan panggilan nama mesranya Iman akan discaj(keluar dari hospital) setelah berkampung di wad hampir 2 minggu. Tahniah kepada isteriku yang tercinta anne @ Marni kerana bekerja keras setiap masa agar anak kami cepat sembuh dan sihat.
:)