Thursday, April 22, 2010

Mynotes

Definisi Masa:
Masa itu merupakan harta milik manusia yang paling berharga kerana masa adalah jadual waktu bagi setiap pekerjaan dan produktiviti (Yusof Ismail, 1991).

A definite moment, hour, day or year as indicated or fixed period by a clock or calendar during which something exists or continues.

Definisi Jadual Waktu
A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur
(Cambridge International Dictionary of English – 1995)

Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.

JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
-Mematuhi kursus pengajian KBSR/KBSM
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid

Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu
1 Faktor Undang-Undang
Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]

2 Surat Pekeliling Ikhtisas:
- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/90
Sukatan Pelajaran & Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSM bagi sekolah menengaha atas mulai 1992

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/94
Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSR bagi seminggu dan Jadual Pelaksanaan matapelajaran KBSR

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)
Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:
1 Semua mata pelajaran yang diajar
2 Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTUPerkara 6 (2)
Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:
• Salinan sukatan pelajaran yang diajar
• Senarai murid di bawah tanggungjawabnya

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 10
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
- suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
- satu jadual waktu yang diluluskan

Jika tidak, dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda:
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)
• Seorang Pengetua, Guru Besar atau guru yang melanggar Peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan kesalahan
• Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981: Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru

Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P & P SEMINGGU AKTA PEND. 1996 P.U.(A).531 –Berkuatkuasa 1 Januari 1998
• Menengah Rendah 1640 minit
• Menengah Atas (Sains) 1640 minit
• Menengah Atas (Sastera) 1560 minit

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P&P SEMINGGU – AKTA PEND. 1996
• Sekolah Keb. (Tahap 1) 1350 minit

• Sekolah Keb. (Tahap 2) 1440 minit

• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 1) 1350 minit

• Sekolah Jenis Keb. (Tahap 2) 1440 minit

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
• Mengandungi
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran harian
• Objektif:
- Bagaimana cara untuk mencapai objektif
- Sejauh mana objektif itu tercapai

FAKTOR-FAKTOR FIZIKAL
1 Jumlah Enrolmen Murid
2 Jumlah Staf Akademik dan Opsyen & Bilangan K/tangan
3 Jumlah Bangunan, Bilik Darjah, Makmal, Bilik Khas, dll.
4 Jumlah Peralatan dll yang berbentuk fizikal (padang) dan prasarana sukan & permainan
5 Jarak antara bangunan

AGIHAN TUGAS MENGAJAR
• 5 waktu seminggu - Guru Besar / Pengetua
• 12 waktu seminggu GPK
• 18 waktu seminggu GKMP/ Guru Perpustakaan/Media, S/U Sukan, Guru Pemulihan & Penyelaras Pendidikan Khas
• Mematuhi peruntukan jumlah waktu mengajar minimum (Guru Penolong)
• Mengikut opsyen
• Seimbang dalam tugas akademik dan kokurikulum
• Mengikut kelulusan akademik
• Mengikut kebolehan & minat
• Mengikut pengalaman
• Mengikut keperluan sekolah

FAKTOR PSIKOLOGI
• Faktor yang mempengaruhi:
- minat
- sikap
- motivasi
- harapan dan jangkaan
- masa

JENIS JADUAL WAKTU

1 Jadual Waktu Besar /Induk
2 Jadual Waktu Peribadi
3 Jadual Waktu Kelas
4 Jadual Waktu Makmal
5 Jadual Waktu Ganti
5 Jadual Waktu Bilik Khas (Bilik Komputer, Bilik Masak, Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dll)
6 Jadual Waktu Padang
7 Jadual Waktu Kokurikulum

JADUAL WAKTU INDUK
•Menunjukkan perjalanan aktiviti kurikulum sebuah sekolah dari waktu bermula hingga akhir tiap-tiap hari persekolahan
•Mengandungi maklumat semua kelas, mata pelajaran dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut
•Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua/GB dan dipamirkan di pejabat

JADUAL WAKTU PERIBADI
• Mengandungi maklumat semua kelas dan mata pelajaran yang di ajar oleh seorang guru tertentu
• Di lulus dan ditandatangani oleh guru berkenaan dan Pengetua / Guru Besar
• Disalin dalam Buku Rekod Mengajar guru
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU KELAS
• Mengandungi maklumat mata pelajaran dan guru yang mengajar bagi sebuah kelas tertentu
• Dilulus dan ditandatangani oleh guru kelas dan Pengetua / Guru Besar
• Dipamir disetiap kelas pada papan kenyataan
• Disalin oleh guru kelas - Buku Rekod Mengajar
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU BILIK KHAS
• Mengandungi maklumat kelas, masa dan guru yang menggunakan bilik tersebut
• Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
• Dipamir pada papan kenyataan bilik khas
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU GANTI
• Tujuan – untuk mengawal murid apabila guru tidak hadir
• Mengandungi maklumat mengenai kelas, mata pelajaran, masa dan nama guru yang ganti guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
• Di lulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar atau GPK
• Dipamir pada papan kenyataan di bilik guru
• Rekod disimpan oleh GPK

JADUAL WAKTU CANTUMAN
Jadual Waktu yang terdapat di sekolah-sekolah rendah bagi menampung kekurangan guru, murid dan bilik darjah

JADUAL WAKTU ANJAL
• Surat Pekeliling Ikhtisas 10 / 1995 (30/10/95) – Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal Bagi Sek Rendah & Menengah
• Kesan kepada Prestasi P&P
• Isu beg berat sekolah murid-murid
• Menghadkan 5 mata pelajaran
• Satu pusingan dalam 2 minggu

JADUAL WAKTU ANJAL-CABARAN
• Change – Painful & Controversial
• Challenge – Making the transition
• Building support for change
• Planning time needed (minimum 2 yrs. Planning before implementation)
• Need for adequate staff development before implementation Need for adequate staff development
• Equip teachers with strategies and skills to teach successfully in large blocks of time
• Training in cooperative learning
• Class building and team formation
• Planning lessons in 3 parts – explanation, application and synthesis (PPP- Present Practice & Produce)

Tuesday, April 20, 2010

Pertarungan sotong dan manusia..bukan tajuk sebenar

WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.

Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut.

Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719).

Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.

Huang kemudian kembali 'mengejar' sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing.

Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut.

Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di laman YouTube di Internet. - Agensi

Saturday, April 17, 2010

Bilik Program Khas Penglihatan PPKI SK Pekan Satu

well..

tetap sokong Man City..

oh kecewanya..

gol pada masa tambahan separuh masa kedua oleh Paul Scholes memusnahkan impian Manchester City untuk sekurang-kurangnya seri..well..inilah bola sepak..its so emotional..tahniah kepada Manchester United yang sangat bernasib baik pada kali ni..

Tuesday, April 13, 2010

JADUAL WAKTU BAHARU

Tunggu giliran kamu

LONDON - 'Awas Manchester United, tunggu giliran kamu'.

Demikian amaran pengurus Manchester City, Roberto Mancini yang tidak sabar berdepan United pada pertemuan dua jiran setempat Manchester itu Sabtu ini.

Selepas menyaksikan City membelasah Birmingham 5-1 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin, Mancini pastinya berharap anak buahnya mampu mengulangi aksi cemerlang tersebut ke atas musuh setempat, United.

"Jika kami meneruskan aksi seperti hari ini (kelmarin) dan juga ke atas Burnley, maka kami memiliki peluang cerah untuk menduduki tempat keempat," kata Mancini.

"Kami akan turun pada pertemuan penting dengan berdepan sebuah pasukan yang hebat, tetapi bagus juga kami mempunyai masa selama seminggu sebagai persiapan kerana pemain saya menggunakan banyak tenaga hari ini.

"Kami perlu menghormati United dan sudah tentu kami juga mahu memenangi perlawanan itu, tetapi kami kena fikir tentang kedudukan kami dalam liga, bukan tentang United. Semuanya adalah mengenai kami."

Mancini juga memuji aksi hebat dua bintangnya, Carlos Tevez dan Emmanuel Adebayor yang masing-masing meledakkan dua gol dan satu lagi dijaringkan oleh Nedum Onuoha.

"Carlos dan Emmanuel adalah dua penyerang luar biasa dan jika mereka terus bermain seperti ini, peluang kami memenangi tempat keempat semakin cerah," katanya.

"Mustahil kami akan terus menjaringkan tiga atau empat gol pada pertemuan selepas ini. Kami akan cuba, tetapi kalau menang 1-0 pun saya sudah cukup gembira."

City kini enam mata selesa mengatasi Liverpool di tangga keempat dan dengan empat lagi baki saingan musim ini, pencabar utama kepada mereka adalah Tottenham Hotspur. - Agensi

Monday, April 12, 2010

corak permainan yang menghiburkan

Manchester City di landasan yang betul memburu tiket liga juara-juara Eropah. Minggu lepas membelasah Burnley 6-1. Malam tadi membelasah Birmingham 5-1..Apakah minggu depan Manchester City berupaya membalas dendam keangkuhan Manchester United? sama-sama kita nantikan aksi mereka tentunya di ESPN

Wednesday, April 7, 2010

PERJUMPAAN PERTAMA TKRS 2010

Dewan Terbuka SK Pekan Satu, 7 April - Perjumpaan Unit Beruniform Ko Kurikulum Tunas Kadet Remaja Sekolah telah dilangsungkan bermula 1.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Antara pengisian perjumpaan ialah perlantikan Sarjan dan Koperal serta Lans Koperal bagi lima platun yang ditubuhkan.





Tuesday, April 6, 2010

ke arah memartabatkan pendidikan negara

KUANTAN 5 April - Persatuan Disleksia Malaysia (PDM) merancang mewujudkan kelas pendidikan khas di 12 sekolah bagi membantu kanak-kanak disleksia di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi PDM, Saariah Amirin berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa sekolah di Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah untuk kelas tersebut bagi kanak-kanak yang mengalami kesukaran menulis, mengeja dan membaca.

Setakat ini, kata beliau, pihaknya mengendalikan tiga sekolah pendidikan khas kepada 80 kanak-kanak di Kuala Lumpur.

"Saya yakin hasrat mewujudkan lebih banyak sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi kanak-kanak disleksia dapat direalisasikan dengan pembabitan dan sumbangan pihak swasta," katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan Pusat Disleksia Pahang di Indera Mahkota di sini baru-baru ini.

Hadir sama, bekas juara dunia Formula Satu (F1) , Sir Jackie Stewart dan Eksekutif Kumpulan Royal Bank of Scotland (RBS) di Malaysia, Andrew Sill.

Pada majlis itu, RBS menyampaikan sumbangan RM70,000 kepada PDM.

Menurut Saariah, dianggarkan 300,000 kanak-kanak disleksia di seluruh Malaysia tidak mendapat kemudahan pembelajaran sewajarnya.

"Golongan ini jika tidak diberi bimbingan sempurna, akan memberi kesan serius terhadap aspek sosioekonomi negara," katanya.

Beliau turut menghargai sokongan RBS dan Jackie Stewart yang membantu persatuan itu menyediakan akses pendidikan untuk kanak-kanak disleksia di negara ini.

Dalam pada itu, Andrew ketika ditemui berkata, sebahagian sumbangan tersebut adalah untuk membiayai pembukaan sekolah baru bagi kanak-kanak disleksia di seluruh negara.

H1N1 datang lagi?

ALOR SETAR 5 April – Sebanyak 13 sampel terpilih yang diambil daripada para pelajar di tiga buah sekolah di Langkawi baru-baru ini didapati positif selesema babi atau influenza A (H1N1).

Sekolah-sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba yang telah diarah tutup sejak Selasa lalu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bagan Selat Nyiur yang ditutup sehari selepas itu.

Sebuah lagi sekolah yang telah diarah tutup sejak Khamis lalu ialah Sekolah Menengah (SM) Teknik Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Dr. Ismail Salleh berkata, sampel-sampel berkenaan telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk diuji selepas terdapat pelajar sekolah tersebut mengalami gejala seakan influenza (ILI).

Katanya, semua pelajar yang dikesan mempunyai simptom virus berkenaan telah diberi rawatan mengikut prosedur diperlukan.

“Tindakan segera seperti menutup sekolah-sekolah terbabit telah dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selain kes tersebut, hanya satu kes positif influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini dari tempoh 1 Januari sehingga 24 Mac lalu.

Katanya, tiada sebarang kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Berdasarkan keadaan semasa, keadaan wabak berkenaan di negeri ini masih terkawal dan orang ramai tidak perlu khuatir atau panik dengan situasi berkenaan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simptom penyakit berkenaan seperti selesema dan demam dengan pergi ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman berkata, SMK Langkawi Pulau Tuba dan SK Bagan Selat Nyiur telah dibuka semula hari ini manakala SM Teknik Langkawi dijangka beroperasi semula esok.

Bagaimanapun, katanya, dalam perkembangan terkini terdapat sebuah sekolah lagi di Langkawi iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa telah diarah tutup mulai esok sehingga 10 April ini kerana terdapat pelajarnya yang mempunyai simptom influenza.

Katanya, arahan penutupan itu dibuat selepas mendapat maklum balas daripada Jabatan Kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menyekat sebarang jangkitan daripada merebak.

rokok memang bahaya..pun..ayaaa

KUALA LUMPUR 5 April - Kerajaan tetap mengharamkan penjualan rokok 14 batang mulai pertengahan tahun ini bagi mengehadkan kemampuan orang ramai membeli terutama di kalangan remaja.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengharaman berkenaan bermakna hanya rokok 20 batang yang lebih mahal harganya boleh dijual kepada orang ramai selepas tarikh berkenaan.

Larangan jualan kotak kurang 20 batang telah diwartakan melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, disebabkan rayuan pihak-pihak tertentu termasuk penanam tembakau, kerajaan telah berkompromi dan menunda pelaksanaannya sehingga 1 Jun ini.

Penguatkuasaan itu akan membolehkan sesiapa yang melanggar peraturan berkenaan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Tiong Lai berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr. Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang bertanyakan adakah kerajaan akan menaikkan lagi harga minimum rokok di sidang Dewan Rakyat hari ini.

"Sebarang langkah lain hanya akan diputuskan selepas kajian kesan kerajaan menetapkan harga minimum rokok iaitu 32 sen sebatang atau RM6.40 sekotak pada Januari lalu," katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Md. Sirat Abu (BN-Bukit Katil), Tiong Lai berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain terutamanya Kastam Diraja Malaysia untuk membanteras penyeludupan rokok yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Kerajaan pada masa ini juga tidak bercadang untuk menetapkan harga siling bagi rokok kerana kadar sedia ada sudah cukup tinggi," katanya.

ganas

KUALA LUMPUR 5 April - Memang dasar penjenayah. Seorang perompak tergamak menembak mati rakannya sendiri yang cedera untuk melepaskan diri ketika mereka melarikan lapan dulang barang kemas dari sebuah kedai emas.

Aksi ganas yang biasanya hanya ditonton dalam drama atau filem itu berlaku pukul 2.40 petang di Plaza OUG, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Ketika itu, dua penjenayah yang bersenjatakan sepucuk pistol sedang meloloskan diri setelah mengaut barangan kemas, dianggarkan bernilai setengah juta ringgit dari premis berkenaan.

Tindakan pantas pengawal keselamatan di kedai emas itu melepaskan tembakan mengenai perut salah seorang penjenayah terbabit.

Kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri menerusi pintu sebuah restoran makanan segera bersebelahan namun penjenayah yang cedera tiba-tiba rebah.

Melihatkan keadaan rakan sejenayahnya itu, suspek bertindak kejam melepaskan dua das tembakan ke perut rakannya sebelum melarikan diri.

Akibatnya penjenayah yang berusia 34 tahun itu maut di muncung senjata rakannya sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya berjaya mengenal pasti wajah suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada restoran makanan segera itu.

Terdahulu, katanya, kedua-dua penjenayah dilihat memasuki Plaza OUG menerusi pintu restoran makanan segera yang sama, lalu terus ke kedai emas itu dan menahan pengawal keselamatan serta merampas pump-gun miliknya.

"Suspek seterusnya mengarahkan keempat-empat pekerja kedai emas memasukkan barang kemas ke dalam beg.

"Mereka bagaimanapun tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal di dalam bilik cermin keselamatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang ini.

Ketika hendak melarikan diri, tambahnya, pengawal keselamatan itu melepaskan satu das tembakan tepat mengenai perut si mati.

"Seorang saksi memberitahu polis suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal, namun tidak sempat melihat nombor plat pendaftarannya.

"Suspek ialah seorang penjenayah yang begitu kejam dan berbahaya. Bayangkan dia sanggup membunuh rakannya sendiri, jadi polis harus memburunya secepat mungkin dan mengheretnya ke muka pengadilan," katanya.

Menurut Muhammad Sabtu, semakan polis ke atas identiti si mati mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kes samun dan dadah.

Sementara itu, menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hong, 56, dia terkejut apabila terdengar satu bunyi tembakan dari premis berhampiran.

"Ia kemudian disusuli dengan dua lagi bunyi dentuman kuat yang sama dan keadaan menjadi kecoh dengan orang ramai lari tergesa-gesa keluar dari restoran makanan segera itu sambil menjerit-jerit," katanya yang menjual komik.

Seorang lagi saksi, pengunjung lelaki berusia 50-an pula memberitahu ketika melalui hadapan kedai emas itu, dia hairan kenapa semua pekerjanya mengangkat tangan.

"Menyedari kelibat salah seorang penjenayah memegang sepucuk pistol, saya bergegas mencari perlindungan kerana takut sekiranya berlaku tembakan rambang," jelasnya.

Saturday, April 3, 2010

Ancaman dadah tak kira siapa..bersatu kita membendungnya

KUALA LUMPUR 3 April - Polis menahan 41 orang termasuk seorang remaja perempuan berumur 13 tahun dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan yang dikenalpasti membekalkan dadah kepada pengunjungnya di Batu 4 Jalan Ipoh di sini awal pagi ini.

Pusat hiburan tiga tingkat yang memuatkan disko dan karaoke itu pernah diserbu beberapa kali oleh Polis Kuala Lumpur dan Daerah Sentul sebelum ini, namun ia didapati masih meneruskan kegiatannya sehingga kini.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkata, polis memeriksa kira-kira 100 orang dalam serbuan pada pukul 2.30 pagi di pusat hiburan itu dan 41 daripada mereka didapati positif dadah termasuk enam pekerja pusat berkenaan.

"Daripada 41 orang yang positif, 32 orang adalah lelaki manakala sembilan lagi perempuan termasuk seorang remaja berumur 13 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan berumur antara 13 dan 50 tahun didapati positif dadah jenis syabu, ketamin serta ecstasy. - Bernama

Friday, April 2, 2010

HAPUSKAN TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Din Beramboi, atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang meninggal dunia awal pagi ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

Lebih 500 hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Din Beramboi meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang masing-masing berumur antara 18, 16 dan enam tahun.

Beliau dimasukkan ke ICU Hospital Selayang sejak Selasa lalu setelah kritikal akibat mengalami demam denggi berdarah.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. – Bernama

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


--------Takziah kepada beliau..Al Fatihah------------