Wednesday, March 24, 2010

Rupa planet marikh yang mengkagumkan



WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.

Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.

Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.

Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh. - AFP

Monday, March 22, 2010

Pengorbanan mereka akan dikenang oleh penduduk Labuan pabila loji ini siap untuk disalurkan ke Pulau bebas cukai ini

KOTA KINABALU: Enam pekerja warga Filipina maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika mereka sedang membaiki tangki air di loji rawatan air di Kampung Lawa, Beaufort, kira-kira 120km dari sini, malam semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Drahman berkata keenam-enam lelaki terbabit yang berbangsa Suluk dikenali sebagai Wahab, 30, Mus, 25, Ajin, 20, Ramujil, 18, Anuar, 17 dan Baisal, 16.

"Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada kira-kira 7.43 malam dan menurutnya pekerja terbabit dikatakan masuk ke loji itu untuk membaiki tangki air berkenaan pada kira-kira 2 petang," katanya.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati kesemua mangsa terperangkap di dalam tangki berukuran lima meter panjang, lima meter lebar dan sedalam enam meter," katanya kepada pemberita di Pejabat Bomba dan Penyelamat Sembulan, dekat sini, hari ini.


Khairuddin berkata mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada 11.05 malam manakala mangsa terakhir ditemui pada kira-kira 12 tengah malam, dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak bomba percaya mangsa mati akibat terhidu gas beracun yang terhasil daripada asap yang dikeluarkan set penjana elektrik yang digunakan oleh pekerja di dalam tangki berkenaan. - Bernama

3080 kes hiv baru dikesan tahun lalu..katakan tak nak kepada seks bebas!! 1Malaysia memerangi maksiat!!!

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah terkumpul penghidap virus HIV di negara ini seramai 87,710 orang sehingga hujung tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, seramai 15,317 orang atau 17.5 peratus daripada jumlah itu kini menghidapi AIDS; 13,394 atau 15.3 peratus meninggal dunia dan 74,316 orang pula masih dijangkiti HIV.

Daripada keseluruhan kes dilaporkan, jelasnya, 62,953 merupakan pesakit Melayu; Cina (12,887); India (6,929); Bumiputera Sarawak (2,200) ; Bumiputera Sabah (630); kaum-kaum lain (478); warga asing (1,298) dan 535 pula tidak diketahui status kaum.

Bagaimanapun beliau memberitahu, kadar itu menepati sasaran kementerian di bawah Matlamat Pembangunan Alaf (MDG) iaitu menurunkan kadar jangkitan HIV baru kepada 11 bagi 100,000 penduduk negara menjelang 2015, berbanding 21.7 orang bagi setiap 100,000 penduduk pada 2000.

"Kerajaan berjaya mencapai sasaran MDG enam tahun lebih awal daripada tarikh sasaran," katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu katanya, sebanyak 3,080 kes baru HIV dicatatkan tahun lalu iaitu kadar 10.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

"Hanya Kelantan mencatatkan pertambahan kes baru HIV tertinggi pada tahun lalu berbanding negeri-negeri lain iaitu 42 peratus bagi 100,000 penduduk negeri berkenaan," katanya.

Program Pembelajaran Tambahan Untuk Kanak-kanak Sindrom Down Diwujud

PETALING JAYA, 21 Mac (Bernama) -- Satu inisiatif yang dikenali sebagai Projek 7 diwujudkan sebagai program pembelajaran tambahan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran termasuk yang mengidap Sindrom Down.

Presiden Yayasan Sindrom Down Kiwanis, Tee Han Cheong berkata projek tersebut adalah hasil inisiatif Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dengan kerjasama Pusat Kebangsaan-KDSF, yang dilaksanakan sejak awal bulan ini.

"Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun. Ia diadakan bukan bagi menggantikan tugas sekolah tetapi melengkapkan pendidikan khas kanak-kanak ini.

"Ia semacam tuisyen untuk kanak-kanak ini selepas mereka belajar di sekolah," katanya.

Seramai 10 kanak-kanak Sindrom Down kini mendaftar untuk mengikuti program tersebut dua kali seminggu di Pusat KDSF di sini.

-- BERNAMA

Friday, March 12, 2010

Kelayakan Menerima Elaun Murid Khas

To whom it may concern,

This is the situation:

My youngest brother, Andre, is a down-syndrome 13 years old boy. The government policy states that down-syndrome children are given a certain amount of allowance either per month or per year. My brother attended a government school and we managed to collect the allowance allocated for him. However, the problem arises when we decide to shift him to a private school instead. We were told that he's only eligible to collect the allowances if and only if he's in a government school and not in a private one. We had him shifted to a private school as in the government one, he basically sleeps there and didnt learn anything at all whole day due to lack of manpower and obligation to supervise and teach these unfortunate ones. He was even very reluctant to go to school as he felt it was a waste of time. He loves the private one that we send him to as he learns a lot and is given the attention that is needed. For his sake, we decided to put him in a private institution.

We tried to fight for that allowance but the staffs in the school are very reluctant to give it to us and say he can only get them if he's in a government-based institution and dont want to elaborate further. We
would like to have a clarification on this matter as we suspect there were injustice being done and they were giving excuses not to give us but to have it all by themselves. We cant help but to think of it this way as they were not being cooperative and helpful.

The fees that we were to pay for his monthly education is rather costly at RM600/month. That allowance allocated will definitely be of much help to alleaviate my mother's burden as she's a single parent. Do help.

Your's sincerely,
Amos Aw Teik Onn




Salam Sejahtera.

Saudara Amos Aw Teik Onn,

Terima kasih terhadap e-mail saudara kepada e-Maklumbalas Kepada PM. Untuk makluman saudara , adik saudara yang telah ditukarkan ke Sekolah swasta sememangnya telah hilang kelayakan untuk menerima Elaun Murid Khas (EMK). Ini merujuk kepada SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.3 TAHUN 2009 ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (KATEGORI ORANG KURANG UPAYA)

Ada mensyaratkan beberapa perkara seperti berikut (di bawah Perkara 4):

> Syarat-syarat Kelayakan

i. Warganegara Malaysia
ii. Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
iii. Murid berkeperluan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merangkumi Sekolah-sekolah berikut :
a. Prasekolah
b. Sekolah-sekolah rendah dan menengah
c. Sekolah Agama dan
d. Kolej Matrikulasi
iv. Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan
v. Tidak / belum menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Sehubungan itu , dengan penjelasan ini diharapkan telah menjawab kepada pertanyaan atau persoalan saudara mengenai Elaun Murid Khas (EMK) adik lelaki saudara yang bernama Andre.

Sekian untuk makluman saudara.

ARS
Unit Perhubungan & Perkhidmatan Pelanggan
BP Khas

Thursday, March 11, 2010

Wahai guru..ikhlaslah mendidik anak bangsa tak kira di mana ditempatkan

Guru baru gagal lapor diri akan digugurkan - Puad
11/03/2010 6:03pm


KUALA TERENGGANU 11 Mac – Para pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh yang ditetapkan akan menghadapi tindakan digugurkan sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil, namun amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pedalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.

"Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti.

“Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pedalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan majlis penyampaian sijil kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, dekat sini.

Mohd. Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru. – Bernama

Wednesday, March 10, 2010

berita baik.

Kerajaan Mansuh Bayaran Wad Hospital Kerajaan Untuk Pegawai, Pesara



KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai," katanya dalam satu kenyataan, di sini Rabu.

Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.

"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 adalah dibatalkan.

Ismail berkata peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada seluruhannya turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tuesday, March 9, 2010

sokong.

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mahu kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955 bagi menambah bilangan hari cuti bersalin para pekerja swasta dari 60 ke 90 hari seiring dengan negara anggota Asean yang lain.

Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata kebanyakan negara anggota Asean telah menerima pindaan Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang bukan sahaja menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang tetapi juga peruntukan untuk penyusuan ibu dan penjagaan anak.

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Kemudahan serupa turut disediakan bagai para ibu di Indonesia.

Solomon berkata Malaysia akan dapat mengikuti tindakan negara anggota Asean yang lain dan menyediakan kemudahan lebih baik bagi kira-kira 5.1 pekerja wanita yang terpaksa membahagikan masa untuk bekerja, dan pada masa yang sama bertanggungjawab untuk menguruskan kesihatan, tumbesaran dan pembangunan anak-anak.

Beliau berkata NUBE akan menyerahkan satu memorandum mengenai isu itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

Wednesday, March 3, 2010

aku rasa ni macam lawak sikit

kelmarin 2Mac2010 (Selasa), aku ada kelas mengajar murid aku Bahasa Melayu..nak dijadikan cerita, aku ajarlah budak ni mengeja dan membaca petikan dalam buku aktivti..tiba-tiba murid ni tunjukkan aku sesuatu. Dia tunjuklah,"cigu, perkataan ni macam sama dengan namaku" ..... murid ni bagi tau lagi kalau perkataan 'm' ni ditukar 'u', mesti jadi namaku.

Murid ni tunjuk perkataan Ampang ( Suatu nama tempat di Kuala Lumpur ). Untuk makluman, nama murid aku tu ialah Aupang ........waaaaaaa hahaha gelak lah raja lawak ni waaaaarggggggghhhhhhhhhh:p

saja ja nak beritahu..

aku tak reti dan tak pandai serta tak meminati untuk mendalami ilmu facebook

Bagi aku la..punca remaja hamil luar nikah ialah dorang ni tak sabar nak kahwin tapi susah sangat nak urus maklumlah banyak prosedur kena ikut

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong cadangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) membina sebuah pusat penempatan bayi luar nikah dan meminta supaya langkah itu disegerakan.

Pengurus Besar Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datuk Sheeda Romli berkata, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memastikan pusat itu mampu memainkan peranannya sebagai tempat perlindungan bayi luar nikah.

"Jika dilihat daripada sudut positif, cadangan ini sesuatu yang bagus kerana mampu menyelamatkan bayi tidak berdosa daripada dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

"Namun, daripada sudut negatifnya, ia seakan-akan menggalakkan gejala sosial ini lebih berleluasa dalam kalangan masyarakat kita," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membina pusat itu untuk mengelak kemungkinan bayi mati akibat dibuang selain menangani gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, usaha membina penempatan itu perlu disegerakan bagi mengurangkan kes buang bayi.

"Penempatan ini dapat memberi perlindungan kerana dalam keadaan sebegitu, remaja hamil luar nikah tiada tempat untuk dituju akibat perselisihan dengan keluarga," katanya.

Beliau menambah, penempatan tersebut juga boleh memberi khidmat kaunseling dan pendidikan agama kepada mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

Ditanya mengenai kebimbangan langkah membina penempatan itu akan menggalakkan lebih ramai wanita melahirkan anak luar nikah, Zaleha berkata, usaha menyelamatkan nyawa tidak berdosa lebih penting daripada melihat mereka dibuang atau dibunuh.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah turut bersetuju dengan penyediaan perkhidmatan kaunseling di pusat itu, namun identiti pengadu perlu dirahsiakan.

Subjek Pendidikan Seks? tak sesuai namanya.kalau nak laksanakan pun tukarlah namanya ke Pendidikan Gender

KUALA LUMPUR - Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau memberitahu Bernama semalam bahawa guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.

Setuju sangat guru bertugas di pedalaman bagi merapatkan jurang pendidikan dan bagi membentuk guru yang berkualiti

KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.

Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.

Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.

“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.

“(Ini) sebagai satu kewajipan, bukan sebagai satu pilihan dan ini memang perlu kita lihat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian sewaktu ditemu bual dalam rancangan Agenda Awani yang disiarkan oleh stesen televisyen Astro, di sini malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sebenarnya telah menyediakan beberapa bentuk galakan untuk guru bertugas di kawasan pedalaman seperti elaun sara hidup maksimum RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, yang lebih penting ialah kesungguhan dan kesediaan warga perguruan untuk berkorban demi anak bangsa.

“Kalau semua nak pergi ke kawasan bandar, tidak ada pihak yang bersedia untuk berkorban mendidik anak- anak di pedalaman. Ini adalah satu kepincangan dalam sistem (pendidikan) kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai arahan mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan, Muhyiddin berkata, pihak sekolah tidak wajar memberikan pelbagai alasan untuk tidak mematuhinya.

Muhyiddin mengakui antara masalah yang ditimbulkan ialah sesetengah sekolah terutama yang tidak mempunyai prasarana sukan mencukupi seperti kemudahan padang dan kelengkapan.

Beliau berkata, mereka masih mempunyai alternatif lain seperti menjalinkan kerjasama menang-menang dengan persatuan sukan, badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan kemudahan yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

“Sukan mempunyai prospek yang amat besar dan saya yakin ia mampu dilaksanakan serta pada masa yang sama, kerajaan sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain itu, kerajaan juga mempunyai tujuan bersifat serampang dua mata dalam melaksanakan dasar ini iaitu bagi menangani masalah terlalu ramai kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti,” katanya.

walaupun aku penyokong fanatik Manchester City tapi..


..aku tak setujulah si Bridge tak sambut jabat tangan Tery untuk balas dendam akan kejahatan yang Tery lakukan padanya..kerana..

1. Bukan mudah menipu hati dan perasaan tetapi seboleh-bolehnya sembunyikan kelemahan anda daripada khalayak dan tunjukan kelebihan serta kekuatan anda. 2. Keburukan yang anda tonjolkan hanya akan menambahkan kerosakan hidup anda.
3. Terima kelemahan orang lain untuk mengasah kebaikan dan kecemerlangan diri sendiri.

Klausa di atas adalah original daripada En Hisyammieddy :p