Monday, January 25, 2010

BERHATI-HATI DENGAN CARA PENYEBARAN HIV YANG BAHARU

SILA AMBIL PERHATIAN : -

Cara Terbaru Menyebar HIV POSITIF...VIRUS
PENYAKIT AIDS
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian
sekiranya anda belum membacanya...

Sila baca artikel berikut mengenai orang
yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV.
Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen.

Thai dimana pesakit HIV ditangkap & didakwa tapi
apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang
awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati...
Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian
menemui jarum penyuntik yang telah digunakan
penagih :


1.Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di
pantai sila pakai
selipar sebab jarum yang ada HIV telah terdedah
dan menimbus
jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya
terdedah akibat ombak.

2.Di kawasan permainan kanak-kanak.
Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di
Australia di
mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk
jarum penyuntik
apabila beliau turun daripada papan lunsur
kemudiannya
didapati HIV positif.

3.Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg
anda duduki. Kes
yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di
kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk.
Beliau
berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota
berbunyi "Welcome to the real world, you are now
HIV positive". Doktor telah memeriksa jarum
tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV.
Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati....


4.Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan
pesakit HIV
meletakkan penyuntik di dalam tempat
mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi
pastikan bila anda membeli air atau kandi,
perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang
syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward'
maklumat ini kepada orang lain,
especially keluarga, kawan2 dan sesiapasahaja...

Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate
Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology School of Medical
Sciences USM

Wednesday, January 20, 2010

KEBAIKAN PISANG

JANGAN sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang yang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “sukrosa, fruktosa dan glukosa” yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, ”Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Friday, January 15, 2010

JADUAL WAKTU

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU (DISLEKSIA)

ISNIN 3ZARYA(10.50PG-12.20TGHRI)
SELASA 3ZARYA(7.00PG-8.30PG) 4SOYUZ(8PG-9.30PG)
RABU 4SOYUZ(9PG-10.00PG)
KHAMIS 4SOYUZ(8PG-9PG) 3ZARYA(9.50PG-11.20PG)
JUMAAT 3ZARYA(8PG-9.30PG) 4 SOYUZ(8.30PG-10.00PG)

jumaat 15 jan..pagi pertama yang tenang

apabila hati merasa tertekan dengan gangguan makhluk yang mungkin telah mendiami rumah itu sekian lama..aku merasa seperti merasa tercabar dengan gangguan yang diberikan makhluk itu kepada orang rumahku pada setiap jam 1 pagi dan malam..aku menjadi hilang sabar dengan sikap pengecutnya makhluk itu yang hanya menonjolkan lembaganya bukan di depan mataku. Kumerasa tersentak bila mengetahui bilik yang hujung kujadikan stor itu merupakan bilik makhluk itu yang sangat cantik ujar orang rumahku..sikap makhluk itu yang suka meracuni pemikiran orang rumahku(isteriku) dan selalu duduk di sofa dan berdiri-diri didapur membuat aku nekad untuk menghapuskannya pada petang kelmarin. aku memasang surah al fatihah dan al baqarah dari telefon bimbitku dan kuletakkan dibilik penunggu itu, tatkala hari semakin gelap, ayat terakhir surah al baqarah semakin jelas kedengar dan pabila surah itu tamat, aku tersentak lagi kerna orang rumahku ketakutan mendengar suara menangis dan angin yang lain, tapi aku seperti biasa dibutakan untuk melihat, dipekakkan untuk mendengar tangisan itu dan tidak merasai apa-apa makhluk itu. tetapi tiba-tiba, tatkala hujan semakin lebat, Aku semakin dapat merasakan makhluk itu ingin berperang dengan aku, aku nekad mengangkat speaker besar dibilikku dan kuletakkan di ruang dapur berdekatan bilik itu, dan sekali lagi kupasang ayat-ayat suci al quran ( al fatihah, al baqarah, al kahfi, al jin dan yasin ) dengan kuat sepanjang malam. kini aku terjaga jam 1 pagi, dan tidak terlelap selepas itu, aku tidak lagi mendengar pekikan anjing melolong dan bunyi yang mengerikan. bacaan ayat-ayat suci itu benar-benar berjaya menenangkan malam yang mendebarkan itu, aku bangun jam 5stgh pagi dengan hati yang indah. kumasih mendengar bacaan surah itu melalui laptop. dan sehingga jam 6 pagi kubiarkan surah al baqarah itu dibaca sehingga tamat baharulah aku packing laptop untuk ke sekolah. malam ini, aku akan memastikan adakah kelibat makhluk itu masih mengganggu. untuk rekod, rumah tempatku sewa ini pernah didiami oleh orang cina, dan sabahan bukan islam yang pemabuk. kalaupun makhluk itu masih mengganggu,tetapi aku yakin ia tidak sekuat dulu lagi. aku yakin makhluk itu cedera teruk seperti kena bom.

Monday, January 4, 2010

kembali beraksi

tahun 2010 menjelma
pasti cabaran menerpa
andai tumbang bangun semula
gigih dan tabah berusaha
robohkan segala api sengketa
berganding bahu mencipta jaya
melangkah ke hadapan penuh bergaya

Tahniah dan syabas

Kepada pasukan bola sepak Malaysia yang memenangi emas di Laos