Tuesday, September 15, 2009

Pernikahanku





Tarikh : 16 September 2009 ( Rabu )
Masa : 3.00 Petang

Tempat : Tingkat 7 ( Surau ), Bangunan Jabatan Kerajaan, Ujana Kewangan

Saturday, September 12, 2009

SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA TERUS GAGAH

Skuad bola sepak Malaysia kembali di landasan yang betul dalam usahanya meningkatkan lagi prestasi skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa. Walaupun tumpuan kita lebih kepada kemenangan 5-1 England ke atas Crotia, tetapi bagi saya kemenangan 5-0 skuad Malaysia ke atas Lesotho satu petanda awal kebangkitan bola sepak Malaysia. Kepada Skuad Malaysia, teruskan kecemerlangan kalian. Buktikan Malaysia Hebat!
PETALING JAYA - Skuad bawah 23 Malaysia mengakhiri fasa kedua persediaan ke Sukan SEA Laos dengan membelasah Lesotho 5-0 dalam satu perlawanan persahabatan semalam. Mohd. Zaquan Adha Razak, Norshahrul Idlan Talaha, Abd. Manaf Mamat (2) dan Amirul Hadi Zainal memastikan kemenangan di Stadium Petaling Jaya itu dengan gol pada minit ke-40, 44, 83, 87 dan 90. Kemenangan besar itu diperoleh selepas skuad negara pulang daripada Jelajah Asia Barat yang menyaksikan mereka dikalahkan Arab Saudi 1-2, Kelab Al-Qadisiyah 0-1 dan mengikat Jordan 0-0. Malaysia bagaimanapun dipaksa menunggu hingga ke penghujung babak pertama untuk membuka jaringan menerusi tolakan Zaquan hasil kesilapan bek kiri pelawat dan penjaga golnya. Gol kedua pula hadir menerusi tolakan mudah Norshahrul selepas hanya cuma berdepan dengan penjaga gol lawan. Abd. Manaf turut merobek gawang Lesotho yang berpunca hasil sepakan jauh penjaga gol negara, Syed Adni Syed Hussien sebelum disambung dengan umpanan Baddrul Bakhtiar dari sebelah kiri. Amirul Hadi turut tidak mahu ketinggalan menambah derita pelawat dengan gerakan solo pada minit ke-87. Manaf sekali lagi mencatat nama selaku penjaring Malaysia setelah memperdayakan beberapa pemain lawan pada minit-minit terakhir permainan. "Saya amat gembira kerana pemain berjaya mencapai kemenangan besar walaupun ia tidak membayangkan kekuatan sebenar pasukan lawan. "Saya tidak fikir ranking lawan yang lebih bawah menjanjikan kemenangan besar ini kerana lawan turut bermain dengan baik pada babak pertama khususnya bahagian pertahanan. "Kita telah bermain dengan Jordan, China , Kenya dan Arab Saudi yang lebih baik rankingnya tetapi mereka tidak mampu menjadikan kita pasukan belasahan," kata ketua jurulatih negara, K. Rajagobal.
SKUAD bola sepak kebangsaan mudah membenam Lesotho 5-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Malaysia memperoleh gol pembukaan pada minit ke-40 selepas Zaquan Adha Radzak mudah menolak bola masuk ke gawang Lesotho hasil kesilapan pertahanan lawan, Thabo Masualle. Gol kedua Malaysia menyusul empat minit kemudian menerusi Norshahrul Idlan Talaha. Malaysia memperoleh gol ketiga pada minit ke-83 hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Manaf Mamat. Amirulhadi Zainal menambah derita Lesotho apabila pantas menyambar bola hantaran Abdul Manaf pada minit ke-87 untuk gol keempat Malaysia. Abdul Manaf menjaringkan gol kelima pada masa kecederaan.


Wednesday, September 9, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Menuju Gerbang Perkahwinan

Semua insan yang mengenali saya dijemput menghadiri walimatul urus saya dengan tunang saya Cik Marni Binti Abdullah ( Guru SMK Mutiara ) seperti ketetapan berikut :

Rumah Pengantin Perempuan
Tarikh : 23 September 2009 ( Rabu )
Masa : 1 Petang hingga larut malam
Tempat : Kg Marudu Darat, Kota Marudu Sabah

Rumah Pengantin Lelaki
Tarikh : 15 November 2009 ( Ahad )
Masa : 8 Pagi hingga 6 Petang
Tempat : Kg Pandiki, Kota Klias Beaufort Sabah





SESI PERSEKOLAHAN TAHUN DEPAN BERMULA 4 JAN 2010

KUALA LUMPUR 8 Sept — Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.
“Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011,” katanya.
Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.
— BERNAMA

TIKUS BESAR MACAM KUCING


PORT MORESBY - Sekumpulan ahli biologi dan jurukamera Perbadanan Penyiaran British (BBC) menemui beberapa ekor labah-labah ganjil, seekor tikus bersaiz kucing dan seekor katak bertaring di kawah Gunung Bosavi, Papua New Guinea, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus yang ditemui itu sepanjang 91.44 sentimeter dan seberat 1.49 kilogram dan sayur-sayuran menjadi makanannya.
Penerbit siri Lost Land of the Volcano, Steve Greenwood berkata, mereka menemui haiwan- haiwan berkenaan selepas memanjat puncak gunung berapi setinggi 2,800 meter.
"Penemuan utama kami termasuk sejenis cicak yang boleh menyamar, katak bertaring dan ikan yang kami panggil Henamo Grunter kerana ia mengeluarkan bunyi bising," kata Greenwood.
Menerusi bantuan penunjuk arah tempatan, pasukan itu menghabiskan masa dua minggu membuat dokumentasi haiwan yang ditemui mereka.
Pengembaraan itu dirancang sejak berbulan-bulan lalu kerana kesukaran untuk tiba di kawah gunung tersebut. - Agensi

Saturday, September 5, 2009

Masalah bekalan air di Labuan diatasi menjelang akhir 2010

LABUAN: Masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini dijangka dapat diatasi apabila projek paip air dasar laut bernilai RM365 juta dari Beaufort, Sabah siap sepenuhnya menjelang akhir 2010. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata buat masa ini bekalan air di pulau itu kekurangan 20 peratus daripada 56 juta liter bekalan yang diperlukan setiap hari. "Permintaan air lebih kurang 56 juta liter tetapi hanya 42 juta liter yang boleh dibekalkan kepada pengguna dan bekalan air itu turut dikongsi oleh kilang Methanol Petronas, menjadikan hanya 32 juta liter saja untuk penduduk," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 200 penduduk di Kampung Sungai Bedaun di sini, hari ini.
Beliau berkata, jumlah bekalan air itu masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna dan beliau akan menulis surat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican mengenai isu ini. "Mungkin Petronas boleh mencari air yang mereka perlukan untuk kilang mereka dari sumber yang lain di tanah besar Sabah," katanya. - Bernama