Thursday, February 26, 2009

MINGGU ANTI DADAH 2009





GAMBAR MINGGU ANTI DADAH AKTIVITI MEWARNA BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS

Bilik Penataran S.K Pekan Satu W.P Labuan : 26 Feb, Mesyuarat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) S.K Pekan Satu W.P labuan telah diadakan pada jam 12.30 tengahari dan berakhir kira-kira jam 1.15 petang. Hadir merasmikan mesyuarat berkenaan ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah iaitu Puan Faridah Bte Datuk Hj Zaini.

Antara kandungan yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah persiapan aktiviti MINGGU ANTI DADAH 2009 sekolah yang akan dilaksungkan pada 2 hingga 5 Mac 2009. Beberapa aktiviti telah disusun atur bagi menjayakan minggu tersebut antaranya seperti perutusan khas pentadbir, bacaan ikrar, menyanyi lagu 'Dadah Durjana', pertandingan melukis poster, mewarna gambar, ceramah, pameran dan pertandingan deklamasi sajak.

MARI LAUNGKAN " WARGA S.K PEKAN SATU W.P LABUAN BENCI DADAH!!!"

Monday, February 9, 2009

TUGAS GURU SEBENAR

KENINGAU: Ketua Pengarah Pelaja-ran Malaysia (KPPM) Kementerian Pelajaran, Malaysia Dato’ Alimuddin Hj. Mohd. Dom, berkata tugas seorang guru bukan untuk digunakan cari makan semata-mata tetapi ia mempunyai skop yang amat luas dalam pembangunan pendidikan negara.
Katanya, selain memberi pendidikan kepada pelajar guru juga memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan menanam sikap keyakinan diri kepada pelajar.
Beliau berkata, guru mempunyai tiga tanggungjawab yang besar iaitu memberi ilmu kepada pelajar, memberi kemahiran kepada pelajar dan membentuk insan yang cemerlang.
Justeru itu katanya, tanamkanlah semangat juang yang tinggi kepada pelatih Institut Pendidikan Guru yang bakal menjadi guru agar mereka dapat mempergunakan pengetahuan dan kebolehan yang diperolehi apabila bertugas di sekolah nanti.
“Peranan guru yang sudah mencapai seramai 350,000 yang bertugas di 10,000 buah sekolah di seluruh nagara pada masa ini amat penting dalam mencurahkan ilmu kepada pelajar bagi merealisasikan halatuju pembangunan pendidikan negara,” katanya semasa berucap pada Majlis Wacana Ilmu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau pada Sabtu.
Dalam masa yang sama Alimuddin mengingatkan guru-guru supaya jangan memberi tekanan kepada pelajar tetapi se-baliknya membina personaliti dan memastikan pelajar berkualiti.
“Berilah pendidikan yang terbaik kepada pelajar dan tunjukkan kemesraan kepada kepada mereka,” katanya.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia itu berkata, guru juga perlu memainkan peranan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.
Katanya, profesion perguruan masih dihormati oleh masyarakat umum sebagai wadah ilmu.
Oleh itu katanya, warga guru mesti bersyukur kerana selain profesiaon ini dihormati oleh masyarakat umum ia mempunyai masa depan yang terjamin.
Terdahulu Pengarah IPGM Kampus Keningau Puan Penny Lim berkata, IPGM Kampus Keningau dengan kapasiti 73 pensyarah dan 60 staf sokongan bertanggungjawab melatih bakal pendidik seramai 870 pelatih pada tahun ini.
Penny berharap para pelatih di IPGM ini akan menjadi contoh yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti serta sentiasa berfikiran global, bermentaliti kelas pertama dan memiliki towering personality.
Mereka juga katanya, jangan sekali-kali terjebak dalam sebarang kes jenayah dan salah laku.
Pelatih yang bakal menjadi guru haruslah bertindak secara terarah dengan menjadikan etika profesion keguruan dan pelan Integriti Nasioanl sebagi panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
SUMBER:NEWS SABAH TIMES