Tuesday, November 25, 2008

PAKAI TALIPINGGANG KESELAMATAN SEMASA KERETA SEDANG BERGERAK KE DESTINASI PERCUTIAN ANDA.HAPPY HOLIDAY..HAPPY COMEBACK TO THE SCHOOL ON 5 JANUARY 2009


Kerajaan tidak akan memansuhkan dasar pemakaian tali pinggang keledar belakang walaupun ia dikatakan menimbulkan masalah kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, walaupun kementerian bersimpati dengan golongan itu, namun kerajaan sudah mengambil kira amalan hidup rakyat termasuk beban yang dipikul oleh keluarga besar sebelum memutuskan untuk menguatkuasakan dasar tersebut.
“Walaupun begitu, kerajaan juga memberikan kelonggaran tertentu kepada rakyat dalam perkara ini seperti yang dimaklumkan melalui media, tetapi rakyat tidak boleh mengambil mudah perkara ini.
“Walaupun ada kelonggaran, tidak bermakna kita mengizinkan semua kereta persendirian boleh diisi dengan seramai penumpang, itu tidak patut menjadi amalan hidup kita,” katanya ketika menggulung Perbahasan Bajet 2009 peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pengangkutan pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ong berkata pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar belakang itu mencerminkan komitmen kementerian terhadap daya usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung isu keselamatan di jalan raya.
Beliau berkata peraturan yang akan dilaksanakan Januari tahun depan turut diterima pakai di peringkat antarabangsa, malah kerajaan sudah melaksanakan kempen advokasi sejak Jun lepas menerusi bimbingan dan nasihat kepada pengguna kereta persendirian.
“Kempen advokasi yang dilaksanakan kerajaan itu adalah untuk membantu rakyat dan ia boleh disifatkan sebagai mesra rakyat dan tidak membebankan kerana hanya dikenakan kepada kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Jan 1995.
“Kebanyakan kereta ada sekarang dilengkapi dengan tali pinggang keledar belakang manakala bagi kenderaan yang belum ada, kementerian berusaha untuk mendapatkan persetujuan pengilang untuk membuat pemasangan secara percuma,” katanya.
Berhubung isu tahap keselamatan pelabuhan di negara ini, Ong berkata semua kapal perlu melengkapkan diri dengan pelbagai piawaian yang ditetapkan oleh International Marine Organization (IMO), selain semua pegawai pelabuhan dilatih dengan sewajarnya bagi mengelakkan kapal menjadi sasaran mudah lanun.
Berkenaan usaha untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai ’the world renowned seaport city’, Ong berkata pihak Lembaga Pelabuhan Klang telah mengenal pasti tanah-tanah kosong di persekitaran Pelabuhan Selatan untuk dibangunkan sebagai ’harbour city’.
Ong berkata, kerajaan juga pada masa ini sedang melaksanakan program khidmat masyarakat di 22 buah daerah di luar bandar bagi membanteras amalan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar terutama di kalangan remaja.
Beliau berkata selain daripada daya usaha yang konsisten dan berterusan untuk mengadakan program kesedaran yang ditumpukan kepada kaum remaja ini, penguatkuasaan yang ketat juga perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut.
Ong yang hadir pada persidangan hari ini sebagai Presiden MCA, mengambil tempat di sebelah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Friday, November 7, 2008

UPSR diumum 13 November : Good Luck year 6 S,K Pekan Satu Labuan

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diumumkan pada 13 November ini, sehari sebelum cuti penggal persekolahan, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
kalau tak dapat 5 A..dapat 5C dan lulus pun ok baa